Rakan blogger lahanat yang kian popular mengalahkan Mawi, dek kerana kelancangannya menghina Almarhum Sultan Johor yang mangkat ingin mendakwa Berita Harian atas tuduhan menfitnah…

Kononnya dakwa rakan blogger lahanat ni, Berita Harian memfitnah Aduka Taruna dengan mengatakan Polis menahannya, sedangkan blogger lahanat itu sendiri yang menyerah diri.

Ini adalah kandungan berita dalam Berita Harian Online

Penulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahan

Oleh Azida Shaharuddin
azida@nstp.com.my

JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan.

Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan; IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam.

Sehubungan itu, Mohd Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog.

“Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahguna saluran multimedia,” katanya.

Difahamkan, penulis blog yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu, menyembunyikan diri di Kota Bharu selepas kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Sabtu lalu, menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya.

Aduka Taruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan.

Pada 0gos 2008, penulis blog `Penarik Beca’, Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis.

Kemudian baca pula kenyataan rakan blogger lahanat itu…. Penulisnya menamakan diri sebagai Ali…


UPDATED: Berita Palsu di Berita Harian Online

TV3 menerusi Buletin 1.30 sebentar tadi menyiarkan berita palsu yang sama seperti yang dilakukan oleh BHarian Online. Mengatakan bahawa AT di TAHAN!! Saman!
Keluarga AdukaTaruna sebenarnya Jutawan
oleh ali :

Salam satu Malaysia. Pagi ni den baco Berita Harian Online. Den terkejut campur kagum dengan kebodohan Berita Harian kerana boleh menyiarkan satu berita menipu. Berita malafide. Berita yang sebenarnya bermaksud jahat kepada AdukaTaruna. Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Itu prinsip asas den dan semua orang. Tapi takkan penulis Azida Shaharuddin menjadi lebih mangkuk dari den. Dia penulis dari paper yang besar dan ternama. Utusan Malaysia lebih jujur menyiarkan berita tentang AdukaTaruna. Malah gambar Aduka pergi menyerah diri dah pun tersebar sejak malam tadi. Takkan Azida tidak mengetahui itu semua. Menyembunyikan diri ?? Ditahan Polis ?? Nampak sangat nak melariskan paper Berita Harian dengan berita sensasi tetapi menipu rakyat Malaysia. Di mana integriti anda wahai Berita Harian.

Kepada Keluarga AdukaTaruna

Jadi nasihat den kepada famili Adukataruna, sila saman Azida Sharuddin dan paper Berita Harian. Mereka berniat jahat memalukan Aduka dan keluarganya. Saman malu dan ganti rugi perlu untuk menebus maruah keluarga Aduka dan Aduka sendiri. Jangan biarkan Berita Harian memalukan anda sekeluarga. Saman RM101 juta. Yang satu juta tu bagi kek den. Den nak buek amal jariah. Ha Ha Ha. Sebelum ini ada kes yang individu tu menang saman terhadap media massa arus perdana. Den dah lupo. Takpo. Yang penting sekarang famili Aduka mulakan prosiding menyaman Berita Harian. Jangan tunggu esok hari.

Inilah kata-kata paling bodoh untuk manusia yang sememangnya bodoh… Segala kenyataan dalam akhbar dan dalam TV adalah BENAR!! Kalo nko dakwa kat mahkamah pun, nko dan keluarga blogger lahanat tu pun akan menanggung malu buat kali kedua dan menjadi bahan cemuhan dek kerana kebodohan yang melampau…

Memanglah si blogger lahanat tu menyerah diri, tapi Polis tetap ikut prosedur menahan blogger lahanat ni untuk siasatan lanjut… Sememangnya penulis artikel yang bodoh melampau ni jelas berniat jahat untuk menyatakan bahawa akhbar-akhbar arus perdana serta stesen tv sedia ada tidak boleh dipercayai. Adakah akhbar lain yang boleh dipercayai? Harakah lagi la tak boleh percaya… Apapun nasihat, jika nak saman, samanlah… Jangan pula menanggung malu kemudian hari…. Adios amigos…

Advertisements