Selangor Ambil Alih Syarikat Konsesi Tol??

Tinggalkan komen

Selangor Ambil Alih Syarikat Konsesi Tol??

Dikhabarkan kununnya Kerajaan Selangor nak ambil alih beberapa syarikat konsesi tol seperti KESAS, Grand Saga dan SPRINT minggu depan dan menawarkan tol percuma pada Januari 2013. Apakah ini cerita Maharaja Lawak? Atau mungkin cerita Mahaguru Lawak?? Mungkin juga cerita Mahaguru Berak Tak Lawas?? Kah kah kah kah kah!!

Persoalan sekarang… Kenapa baru sekarang kerajaan Selangor nak umumkan tol percuma?? Kenapa tak sejak tahun 2008 lagi?? Atau adakah kerana Kerajaan PR Selangor menyedari bahawa adalah MUSTAHIL untuk memenangi PRU 13 nanti dengan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Selangor??

Mungkin Kerajaan PR menjangka bahawa PRU 13 akan diadakan pada bulan hadapan? Mungkin juga pada bulan Disember 2012?? Maka dicanang bahawa akan beri tol percuma pada Januari 2013. Bagaimana jika PRU 13 tak diadakan pada tahun 2012? Bagaimana jika ianya diadakan pada bulan Mac atau April 2013?? Adakah Kerajaan Selangor akan tunda pula tol percuma ke bulan Januari 2014 sambil memberikan bermacam-macam alasan yang mana akan menuduh kononnya mendapat halangan kerajaan persekutuan??

Gameplay Kerajaan PR Selangor sudah boleh dibaca… Jika benar, Kerajaan PR Selangor hendak mengambil alih syarikat konsesi tol tersebut? Berapakah kos ganti-rugi yang perlu Kerajaan Selangor bayar kepada syarikat konsesi? Siapakah yang akan menanggung kerugian tersebut?? Syarikat milik kerajaan negeri yang manakah sekali lagi menjadi kambing hitam menanggung semua kerugian tersebut seperti mana PKNS terpaksa mengambil alih hutang milik Talam Corporation?

Duit manakah kerajaan Selangor akan REMBAT kali ini?? Adakah duit baitulmal?? Adakah duit Yayasan Selangor? Apakah akan ada tanah yang akan di REMBAT oleh Kerajaan Selangor kemudian dijual??

Mengapakah hanya melibatkan 3 lebuhraya? Mengapa tak melibatkan Lebuhraya Persekutuan? Lebuhraya KL-Kuala Selangor? Lebuhraya Guthrie? Lebuhraya DUKE? Lebuhraya SKVE? Lebuhraya NKVE? Lebuhraya LDP?

Kepada rakyat Selangor, diminta tidak tergoda dengan berita ini… Kerajaan PR Selangor tidak mampu untuk mengambil alih syarikat konsesi tersebut dan menanggung segala kos kerugian yang dialami oleh syarikat konsesi… Janji untuk memberikan tol percuma bermula Januari 2013 hanyalah gula-gula untuk menghadapi PRU 13 yang mereka sangka akan diadakan pada tahun ini. Sekiranya PRU 13 diadakan pada tahun 2013, adakah mereka akan menunaikan janji mereka atau memberikan bermacam-macam alasan?? Fikirkan… Sedangkan masalah air bersih yang semudah itu tak dapat diselesaikan, inikan pula hendak ambil alih syarikat konsesi tol?

Advertisements

Tips Hangat!!: Bagaimana Hendak Dapatkan Pengecualian Tol?

Tinggalkan komen

Cuepacs Cadangkan Agar Semua Kenderaan Kerajaan Dapat Pengecualian Tol

Kecualikan tol kepada semua kenderaan kerajaan – CUEPACS

KOTA BHARU 12 Feb. — Selepas membuat saranan agar kenderaan bomba dan penyelamat dikecualikan daripada tol, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPCAS) kini turut mencadangkan skop pengecualian bayaran tol dibuat ke atas semua kenderaan rasmi kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah itu bagi meringankan beban pemandu yang terpaksa membayar sendiri tol ketika menjalankan tugas.

“Bagaimanapun perlu dipastikan kenderaan yang akan dikecualikan tol mempunyai logo rasmi jabatan,” katanya di sini hari ini.

Omar berkata, Cuepacs sebelum ini hanya meminta kerajaan mengecualikan tol bagi kenderaan bomba dan penyelamat serta ambulans. — BERNAMA


Di sini eXception nak beri tips kat korang untuk turut dapat pengecualian tol seperti yang Cuepacs minta…

Cara pertama, dapatkan pelekat jabatan kerajaan… Lagi bagus saiz besar untuk dilekatkan pada pintu kereta…

Contoh logo…

Contoh pemasangan…

Lepas menepati syarat yang seperti mana diminta oleh Cuepacs (lihat ayat yang digariskan), maka korang bolehlah guna mana-mana lebuhraya selepas ini (apabila permintaan Cuepacs dipersetujui) tanpa perlu khuatir pasal kos tol, sebab korang boleh masuk lebuhraya secara PERCUMA!!!

Kepada Cuepacs… Sebelum nak beri cadangan yang bukan-bukan… Sila kaji dulu… Sebab ramai kalangan kakitangan kerajaan suka menyalah gunakan kenderaan jabatan untuk kegunaan peribadi… Ini ialah HAKIKAT…

Jika sebelum ini pengecualian tol percuma HANYA diberi kepada kenderaan jabatan kerajaan yang melakukan tugas rasmi seperti rondaan, menyelamat termasuklah kenderaan Bomba, JPJ, Polis, ambulans, SPAD, Jabatan Penjara (sila rujuk artikel di bawah…)


PLUS perjelas isu tol

KUALA LUMPUR 11 Feb. – PLUS Expressways Bhd., pengendali Lebuh Raya Utara Selatan hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengenakan bayaran tol kepada kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan tugas-tugas memadam kebakaran atau kecemasan.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd. Hamid (gambar) berkata, pengecualian tersebut turut diberikan kepada ambulans, kenderaan menyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis, tentera serta Jabatan Penjara.

“Pengecualian ini adalah berdasarkan peruntukan Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984, Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Jadual Keempat Belas (Perenggan 4) yang memperuntukkan bayaran tol tidak dikenakan ke atas semua kenderaan kerajaan.

“Justeru, semua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan tugas kecemasan diberi pengecualian tol, termasuk kenderaan Jabatan Bomba yang menjalankan latihan operasi menyelamat serta operasi rondaan semasa musim perayaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai ketetapan yang diputuskan oleh Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk menggunakan lebuh raya Persekutuan sahaja jika kenderaan rasmi masih dikenakan bayaran.

Menurut Noorizah, caj tol hanya dikenakan ke atas kenderaan Jabatan Bomba yang tidak menjalankan kerja-kerja kecemasan atau menyelamat.

“Kenderaan Jabatan Bomba yang membawa kakitangan atau pegawai bagi menghadiri tugas rasmi seperti mesyuarat, seminar dan kursus serta van yang membawa barangan pejabat masih dikenakan caj tol.

“Selain itu, lori jabatan tersebut yang membawa barangan atau peralatan yang tidak melibatkan peralatan menyelamat dan kecemasan juga turut dikenakan bayaran,” katanya.

Oleh itu jelasnya, arahan telah diberikan kepada kakitangan plaza tol untuk membuka laluan di lorong SmartTAG dan Touch n’ Go kepada kenderaan yang melakukan tugas-tugas kecemasan sekiranya berlaku kesesakan di lorong tunai.

Katanya, PLUS sentiasa memberi kerjasama kepada kenderaan-kenderaan kecemasan untuk membolehkan mereka memberikan bantuan kepada orang ramai secepat mungkin.

Sumber:

PLUS perjelas isu tol

Kecualikan tol kepada semua kenderaan kerajaan – CUEPACS