KUIN Dah Bayar Gaji Kakitangan Ke Belum??

Tinggalkan komen

KUIN Dah Bayar Gaji Kakitangan Ke Belum??

Ni eXception nak tanya kat Ostad Jijan Razak…

Gaji kakitangan KUIN yang tertunggak dah bayar ke belum??

Dah nak raya ni… Kakitangan Awam yang lain semua dah dapat gaji, siap dapat bonus lagi…

Sebagai Lembaga Pengarah KUIN takkan Ostad Jijan tak tahu kot??

Asyik tak tahu jer… Apa benda yang hang tau Ostad Jijan oii??

Tak kesian ke kat kakitangan KUIN yang masih belum menerima gaji diorang??

Diorang pun nak berhari-raya jugak…

Ostad Jijan… Ooo… Ostad Jijan…

Man hang pi lari??

Semuanya Hang Tak Tahu… Apa Yang Hang Tahu??

Tinggalkan komen

Semuanya Hang Tak Tahu… Apa Yang Hang Tahu??

Azizan… Azizan… Semua perkara hang tak tahu…

PKNK beli saham FGVH pun hang tak tahu…

Takkan Azizan tak tahu kot dia ni Pengerusi PKNK??

Segala tindakan PKNK juga adalah keputusan pengerusinya…

Siapa pengerusi PKNK?? Hang laa…!! Itupun hang tak tau!!

Apa punya MB la macam ni… Serba-serbi dia tak tahu…

Disko kat Tesco Mergong pun hang tak tahu…

Walaupun Kerajaan Kedah yang bagi lesen…

House Bar kat DUN Alor Mengkudu pun hang tak tahu…

Walaupun Kerajaan Kedah yang bagi lesen…

Oii… Azizan… Elok hang letak jawatan laa…!!

Sebab hang bukan pandai pun!! Serba-serbi hang tak tau!!

Eloknya hang tukar profession jadi Professor la…

Hang elok jadi ‘Professor Serba Tak Tahu’…

Rakyat Kedah Marah?? Apa Kes??

Tinggalkan komen

Rakyat Kedah Marah… Kerajaan PAS Kedah Buat Tak Peduli…

PENULIS RASA TERCABAR !!! dan terpanggil megapa kedah yg di perintah oleh kerajaan baru seolah-olah menghalalkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan sedangkan ini kerajaan pas yg menperjuangan islam..diman pemimpin2 pas yg mahu mencegah amar’makruh nahi mungkar…!!!
Siapa sangka kerajaan yg memerintah kedah menbiarkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di sekitar alor setar dan bandar-bandar besar dan kecik di kedah, sakit mata memanndang sakit hati lagi kita yg berugama islam yg memerangi gejala sosial, apa dah jadi dengan slogan negara islam dan kedah sejahtera kini.kini 4 tahun memerintah kelab malam baru dan besar tumbuh seperti cendawan,di sekitar TESCO mergong saja ada 3-4 kelab malam dan di di pusat bandar jalan putra kelab malam 2 masih kekal beroperasi dan tidak dikira di bandar-bandar besar di seluruh kedah..!!! di sekitar alor setar kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan ‘hidangan’ yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

dimana exco kerajaan tempatan,ahli-ahli majlis yg memantau premis-premis ini di benarkan beroperasi,bila di tanya kepada exco dan ahli majlis ..jawapan yg sama kita tak boleh buat apa-apa ? siapa yg berkuasa ..!!! jika exco dan ahli majlis tak berkuasa siapa lagi…? yg meluluskan lesen dan premis ini beroperasi sebenarnya DO dan Dato bandar alor setar..? siapa DO alor setar dan siapa Dato Bandar Alor setar bukan kah mereka di bawah kuasa kerajaan yg memerintah,
jika benar D.O dan Dato Bandar Alor Setar sila bagi arahan dan tukar atau pecat mereka sebagai D.O dan Dato.Bandar,mereka bukan saja jadi pengkianat kepada pemerintah malah mereka juga telah melanggar sebagai peguasa seorang yg berugama islam di kedah ini…

Rakyat bukan mahu jawabpan yg berbelit-belit tapi rakyat mahu kerajaan yg sedia ada tunai janji sebagai pemerintah yg memerintah negeri seperti negeri yg pemerintahnya berugama Islam,jangan cemarkan nama islam jika kita tak manpu mengikut perintah islam….


eXception malas nak komen…
Ostad Jijan pasti akan kata ‘SAYA TAK TAHU MENAHU’…

Artikel berkaitan isu di atas:

Panas!! Pusat Maksiat Baru Di Buka Di Mergong??
Pesta Maksiat Di Kedah… Semua Salah UMNO… Takdir…

Sumber kemarahan:

KELAB MALAM TUMBUH SEPERTI CENDAWAN DI KEDAH…

Pesta Maksiat Di Kedah… Semua Salah UMNO… Takdir…

2 Komen

Pesta Maksiat View Nite Di Kedah… Ostad PAS Buat Buta Ke Hape??

View Nite, pusat hiburan yang baru dibuka di Kedah...

Jika semasa penganjuran Hari Belia Negara 2012 yang bertempat di Putrajaya, penganjur iaitu Stadium First telah menjemput kumpulan K-Pop dari Korea iaitu Del-Shabet, U-Kiss dan lain-lain untuk membuat persembahan, ulat-ulat taik Pakatan Anak Haram Jadah telah menyalak macam anjing gila mengatakan UMNO menyokong maksiat…

Tetapi apabila MAKSIAT berlaku di negeri-negeri bawah tadbiran PR… Mereka seolah-olah buat tak nampak?? Buta agaknya?? Ataupun mata mereka sudah ditutup dengan WANG RINGGIT??

Sebagai contoh di Kedah… Yang mana baru-baru ini telah dibuka sebuah pusat hiburan baru iaitu View Nite, di Tesco Mergong… Yang banyak memaparkan kisah ini ialah kalangan blogger BN dan blogger sendirian berhad… Manakala blogger PR, seperti Milo Suam, Anak Sungai Derhaka, Malaysian Waves dan lain-lain… Seolah-olah memandang sepi kisah tersebut… Mungkin mereka ada share dengan pusat hiburan tu, sebab itu mereka TAK MENYALAK MACAM ANJING GILA??

View Nite menganjurkan pesta maksiat dan mabuk-mabuk di Kedah...

Jika dilihat pada Timeline FB View Nite ini, semestinya setiap pusat hiburan… Hidangan wajib ialah MINUMAN KERAS… Iaitu ARAK dan BEER… Biasalah… Kalau tak mabuk-mabuk… Tak feel dosa… Malah penganjur juga menjemput DJ dari luar, iaitu DJ Liz Candy dari Perancis yang merupakan top DJ wanita di sana…

DJ Liz Candy Top Female DJ in France

Tapi macam biasalah… PAS dengan arak mana boleh dipisahkan…

pasberg

pasberg

take beer

take beer

Persoalannya sekarang… Siapakah yang MELULUSKAN lesen pusat hiburan ini??

Jika ditanya pada Ostad Jijan akan soalan di atas, sudah tentu dia akan pusing cerita mengatakan lesen ini telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum PAS mentadbir Kedah… Alasan lapuk… Serupa dengan alasan pemberian lesen pembalakan di Kedah…

Sumber:

KEDAH SEJAHTERA: AKSI SEKSI DJ LIZ BUKTI SLOGAN PAS FOR ALL BUKAN RETORIK.

View Nite

View Nite (page)

Nota: Mohon sahabat-sahabat sekelian siarkan artikel ini di dalam blog masing-masing… Kita mulakan perang!!

Betul ke PAS tak rasuah?

Tinggalkan komen

Benarkah kata-kata pemimpin PAS yang lantang mengatakan pemimpin BN banyak makan rasuah? So apa cerita dengan hal balak di Kedah? Siap bagi cek RM 10 ribu lagi kat Pengarah Perhutanan Negeri Kedah. Tak percaya? Atau ada yang katakan ianya propaganda BN? Sila baca artikel ini:

Skandal Balak Di Kedah

Mungkin segelintir penyokong PAS akan kata perbuatan itu bukannya rasuah, tetapi tidak lebih dari sedekah. Janganlah buat kelakar lagi….

Azizan baru sedar tembelang DAP?

Tinggalkan komen

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 4 Julai – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas DAP Kedah kerana didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan negeri selain bertindak seolah-olah hanya parti itu sahaja yang berjuang untuk kaum Cina di negeri ini.

Malah, beliau membayangkan tindakan pemimpin DAP itu berkemungkinan sengaja mahu mencetuskan isu perkauman di samping menimbulkan perasaan kebencian pelbagai kaum terhadap beliau sebagai ketua kerajaan negeri.

Katanya, dakwaan DAP Kedah menerusi pengerusinya, Thomas Su bahawa kerajaan negeri merancang merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong Cina tidak berasas sama sekali kerana beliau sendiri tidak tahu-menahu mengenainya.

“Saya tidak kata fitnah, tapi rakyat boleh menilainya. Saya sebagai Menteri Besar Kedah sendiri tidak tahu, Setiausaha Kerajaan Negeri tidak tahu. Tiba-tiba dia boleh beritahu kepada orang.

“Mungkin lagi satu dia nak cetuskan bagi kebencian pelbagai kaum kepada saya, mungkinlah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Siswa Diploma Kelas 2009 di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas di sini hari ini.

Menteri Besar mengulas dakwaan Thomas semalam bahawa kerajaan negeri pakatan pembangkang pimpinan Pas bukan saja merobohkan pusat penyembelihan babi tetapi merancang untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong Cina.

Dalam pada itu, ditanya adakah dakwaan dan tindakan DAP Kedah itu kerana sengaja hendak menimbulkan isu perkauman, Azizan berkata:

“Mungkin juga, berkemungkinan. Sedangkan DAP mengatakan dia berjuang bukan untuk satu puak (tetapi untuk) semua rakyat Malaysia. Jadi tindakan dia kali ini nampaknya berlainan dengan dasar dia.”

Azizan turut mengingatkan DAP supaya tidak berasakan parti itu sahaja yang berjuang untuk kaum Cina tetapi parti-parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), MCA dan Gerakan turut mewakili kaum tersebut.

Sementara itu, beliau memberitahu, sejak isu mengenai DAP Kedah keluar pakatan pembangkang di negeri ini diperkatakan Rabu lalu, pihaknya belum menemui kepimpinan parti berkenaan dan hanya mengetahui perkembangannya menerusi laporan media.

Azizan menambah beliau juga tidak tahu mengenai wakil tunggal DAP di negeri ini, Lee Guak Aik mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkecuali kerana tiada sebarang mesyuarat antara mereka diadakan setakat ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Hai Azizan baru tersedar dari buaian mimpi indah pabila tidur sebantal dengan DAP. Setelah kentut DAP yang berbau seperti telur tembelang itu terburai keluar. Takkan sekarang baru sedar kot? Kenapa dari awal tak sedar?

DAP sengaja cetus isu perkauman?

Tinggalkan komen

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan DAP Kedah, yang kononnya kerajaan negeri akan merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina di negeri itu dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sengaja ingin mencetuskan isu perkauman.

Azizan berkata kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak pernah membincangkan tentang perkara merobohkan mana-mana tokong atau kuil di Kedah.

“DAP kata dia berjuang untuk semua kaum tapi kali ni nampak sengaja nak cetuskan isu perkauman sebab Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan dan majlis bandaraya pun tak pernah tau pasal perkara ini, tiba-tiba dia orang (merujuk Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su) boleh tau,” katanya ketika ditemui pemberita di Alor Star hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Thomas di Ipoh semalam yang mendakwa kerja-kerja merobohkan beberapa kuil dan tokong di kawasan Alor Star telah diluluskan oleh MBAS, lapor Bernama.

Sehubungan itu, katanya semua ahli majlis tempatan dan ketua kampung DAP Kedah meletak jawatan serta merta.

Mengenai pengumuman DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu, Azizan berkata sehingga hari ini masih belum ada wakil daripada parti itu datang bertemu dengannya untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Saya cuma tahu DAP nak keluar pakatan daripada akhbar sahaja. Perkara ini boleh dibincangkan secara keluarga, tapi dibesar-besarkan dan ia tak wajar berlaku.

“DAP jangan ingat dia saja mewakili kaum Cina… MCA, PKR dan Gerakan pun wakil kaum Cina juga, saya tak nak bergaduh dengan Cina, apa sahaja bantuan semua dah bagi, kat DAP pun semua bantuan bagi, tak tau tak puas hati kat mana,” katanya.

Lim nak jumpa MB

Rabu lalu, Su mengumumkan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak puas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu yang merobohkan
pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di Alor Star.

Sementara itu, pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang dilaporkan oleh Bernama sebagai bderkata, ketegangan yang timbul antara DAP Kedah dengan kepimpinan kerajaan negeri itu akan cuba diselesaikan di peringkat negeri.

Sehubungan itu, katanya, beliau sendiri akan berjumpa dengan menteri besar untuk membincangkan tentang perkara itu secepat mungkin.

“Saya akan berjumpa dengan menteri besar dan merangka (penyelesaian) untuk
mengatasi masalah ini supaya kerajaan pakatan dapat diperkukuhkan.

“Kalau tak dapat selesai di peringkat negeri, seluruh Malaysia pun akan bertanya adakah pakatan boleh jadi pilihan yang kredibel,” katanya dalam sidang media di Alor Star hari ini.

Katanya, selepas berbincang dengan DAP Kedah, beliau kini lebih memahami dan mendapati bahawa DAP negeri mempunyai alasan tersendiri untuk keluar dari pakatan pembangkang di negeri itu.

“Isu penutupan tempat penyembelihan babi itu cuma salah satu sebab. Selain itu mereka juga mendakwa pandangan atau pendapat DAP di Kedah tidak diambil kira…apa saja masalah yang dihadapi seeloknya diselesaikan di peringkat negeri,” katanya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan DAP Kedah untuk keluar dari Pakatan Rakyat, Lim berkata “Sama ada saya setuju atau tidak, itu perkara lain”.

Katanya, apa sahaja masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik kerana ia bukan hanya melibatkan DAP dan PAS tetapi sebaliknya semua parti dalam Pakatan. Sumber: Malaysiakini

Aku malas nak komen banyak-banyak. Yang pasti Pakatan rakyat di Kedah semakin goyah.

Anwar kata lain, DAP kata lain.

2 Komen

Hai macam-macam hal terjadi pada Kera-Jaan Fuckatan Riot Kedah nih. La ni kes DAP Kedah nak keluar dari pakatan. Puncanya berkemungkinan dari isu seekor binatang yang dipanggil BABI ataupun KHINZIR ataupun TONYOK ataupun KERBAU PENDEK…. Apa-apa sahaja nama yang berkaitan, sama sahaja. Babi tetap babi. Tapi ada pulak kenyataan yang cukup menggelikan hati dari Anwar yang mengatakan isu tersebut hanya diperbesar-besarkan media. Sebenarnya Anwar cuma takut media menyiarkan kepincangan Fuckatan Riot ni. Ye lah bila dah pincang, maka tergugat lah Anwar. Kalau tak percaya sila baca berita di bawah ini:


BUKTI…Lee menunjukkan keratan akhbar isu pusat
penyembelihan babi menyebabkan beliau keluar dari Pakatan
Rakyat Kedah

ALOR STAR: Parti DAP Kedah, semalam membuat keputusan menarik diri daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah pimpinan Pas berikutan kecewa dengan kerajaan negeri yang didakwa tidak mengikut prinsip Pakatan Rakyat yang mengutamakan keadilan dan kebajikan rakyat.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar diadakan di sini, petang semalam dan pihaknya sudah menghantar surat berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat serta memaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Sekiranya Jawatankuasa Tertinggi parti menerima keputusan itu, satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah iaitu Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Darulaman akan diisytiharkan sebagai Adun Bebas.

“Selain itu, tiga ahli majlis dan 43 ketua komuniti dari DAP di negeri ini akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Keputusan mengejutkan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan kerajaan negeri yang tidak mengendahkan rayuan mereka untuk menangguhkan kerja meroboh dan memindahkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini petang semalam.

Pusat penyembelihan babi itu yang mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan penduduk berhampiran sejak 30 tahun lalu sepatutnya diroboh awal bulan lalu ditangguhkan sebulan sehingga semalam bagi memberi peluang kepada pengusaha mencari lokasi baru.

Bagaimanapun, usaha DAP mencadangkan enam lokasi baru kepada kerajaan negeri baru-baru ini ditolak.

Malah, DAP turut kecewa apabila janji Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk membawa perkara itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dalam pertemuan mereka kelmarin tidak dilaksanakan apabila ia tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Exco, semalam.

Su berkata, mereka bukan menentang kerja merobohkan pusat penyembelihan itu, malah menyokongnya kerana kawasan itu tidak lagi sesuai selain mengambil kira sensitiviti penduduk di situ.

“Apa yang kami mahukan ialah keadilan dan kebajikan 25 pengusaha yang beroperasi di pusat penyembelihan itu. Kelewatan mendapatkan lokasi baru menyebabkan mereka mengalami kerugian selain menjejaskan bekalan daging haiwan berkenaan di negeri ini.

“Ini juga bukan soal perkauman, tetapi adalah keadilan dan hak rakyat. Jika kawasan itu pusat penyembelihan lembu dan keadaannya sama seperti itu, kami juga akan bantah,” katanya.

Terdahulu, kerja meroboh pusat penyembelihan itu oleh MBAS cuba dihalang Su serta kira-kira 20 ahli DAP.

Su berkata, kekecewaan DAP Kedah terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak prihatin dengan keadilan untuk rakyat dengan pelaksanaan dasar baru pemilikan rumah iaitu kuota Bumiputera dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus dan isu perobohan kuil serta tokong di Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan Jalan Tanjung Bendahara, di sini yang didakwa sudah diluluskan MBAS.

Katanya, keputusan itu juga dibuat kerana berasakan suara DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dipinggirkan sejak memenangi pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Sementara itu, Azizan ketika dihubungi, berkata DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belit isu itu dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

Sumber: Harian Metro 3 Julai 2009

Dah terang-terang dia tunjuk kat paper tu, so apa lagi yang nak dikata? Encik Anwar, what say you atau you say aku?

Anwar salahkan media, nafi DAP Kedah keluar PR

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

“Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, semalam.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Anwar berkata, beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan keluar daripada PR kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan merobohkan satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Sementara itu. Pengarah pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

“Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita,” katanya.

Bagi Penasihat DAP, Lim Kit Siang, beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Sumber: Sinar Harian 3 Julai 2009