Cubaan memfitnah BN dan UMNO

8 Komen

Wang palsu RM100 untuk undi BN


Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

“Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama “wang” berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi “tolong undi calon BN”.


“Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

“Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini,” katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA

Ada sahaja taktik PR nak memburukkan BN, kali ini taktik yang pernah digunakan dalam pilihanraya lepas diulang semula. Iaitu menyogok duit palsu kepada penduduk Permatang Pasir. Dalam pilihanraya yang lepas juga terjadi perkara yang sama. Jika BN nak menyogok sekalipun, BN akan beri duit betul, bukan duit palsu. Hanya orang yang tolol sahaja menggunakan duit palsu.

Kepada Mahfuzi Al Mampusi, macam lah aku tak tau sebalik kata-kata nko, nko nak menuding jari kat UMNO. Hei tolonglah. UMNO takkan lakukan perkara yang tak bermoral seperti menyogok pengundi. PAS sendiri pernah menyogok pengundi pada pilihanraya kecil Manik Urai yang lalu. Tapi PAS kata itu bukan rasuah, tapi armalah. Cheh! Macam-macam la taktik PAS… PAS tidak kisah menggunakan apa sahaja taktik yang tidak bermoral untuk menjatuhkan BN dan UMNO. Termasuk memberi rasuah, mencerca peribadi calon. Tetapi apabila UMNO mengutuk keperibadian pemimpin PR, dengan segera PAS melenting… Kenapa harus melenting, sedangkan korang pun lakukan juga…

Oh ya hampir aku terlupa. UMNO dan BN tak boleh buat semua itu. Hanya PAS je layak. PAS kan parti yang dijamin masuk syurga? Syurga fantasi Nik Aziz aje la…. Bukan syurga Allah… Kepada penduduk Permatang Pasir, sila buat laporan Polis. Aku percaya dalangnya akan tertangkap juga nanti.

Bila UMNO bagi BEG kat penduduk Manek Urai PAS kata RASUAH tapi PAS bagi penduduk Manek Urai DUIT, dikatanya ARMALAH

3 Komen

Hai macam-macam kes sekarang berkaitan PAS, Parti Ajaran Songsang. Baru-baru ini semasa UMNO berkempen di Manek Urai, UMNO memberi beg kepada penduduk Manek Urai, PAS terlompat-lompat sambil menjerit UMNO cuba merasuah penduduk Manek Urai. Sekarang ni bila PAS bagi duit RM 150 kepada penduduk Manek Urai, PAS tak kata itu rasuah. Katanya itu armalah atau sedekah. Pelik betul dengan parti lidah bercabang ni. Cakap tak serupa bikin. Macam ni ke parti yang memperjuangkan Agama Islam? Pirah mabuk, ini bukan memperjuangkan Agama Islam namanya tapi memperalatkan Agama Islam demi kepentingan parti dan tembolok pemimpin terutamanya Nik Ajis. Mereka putar sana putar sini. Mereka auta sana auta sini sampai ramai yang terpesona kononnya PAS perjuangkan Islam. Inikah rupa parti yang perjuangkan Islam? Tidak… Tidak… Ini bukan rupa parti yang perjuangkan Islam. Ini parti yang perjuangkan segala amalan-amalan syaitan. Antara amalan-amalan syaitan yang mereka perjuangkan termasuklah rasuah, memfitnah, menipu, bermusuh dengan saudara se Islam tetapi berkawan dengan kafir harbi, menyokong peliwat dan banyak lagi lah…. Sebagai bukti yang kenyataan PAS memberi RASUAH kepada penduduk Manek Urai, lihatlah gambar di bawah ini:

KALAU UMNO BAGI PAS KATA RASUAH, KALAU PAS BAGI DIORANG TAK KATA RASUAH, TAPI ARMALAH



NAMPAK SANGAT PAS NI TERDESAK, RASUAH PUN DIHALALKAN

AL KISAHNYA DI MANEK URAI….

PAS MEMBERIKAN RASUAH PADA PENGUNDI DI MANIK URAI SEBANYAK RM150 TUNAI YANG DI LETAKKAN DI DALAM SAMPUL SURAT BERKEPALAKAN SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM. NAMUN BUKAN SAHAJA ANAK-ANAK YATIM MALAH SELURUH WARGA YANG ADA DI PASTI MANIK URAI LAMA DI BERIKAN SAMPUL BERISI WANG RM 150.

WOW…..YANG HADIR TU SEMUA ANAK-ANAK YATIM KE???

EMMM PAS KATA TU BUKAN WANG RASUAH!!!
ITU WANG ARMALAH. UNTUK DI SEDEKAHKAN. YE LAH….SEDEKAH KAT ANAK YATIM UDAH LAH. NI SAMPAIKAN MAKCIK TUA BANGKA PUN DAPAT. APA CERITA PULAK SEDEKAH TU JADINYA???

PAS SEMEMANGNYA MENGAMALKAN RASUAH. NAMUN BERSELINDUNG DI SEBALIK SEDEKAH DAN ISLAM. LIHAT SAHAJA APA YANG MEREKA LAKUKAN DI BUKIT GANTANG PADA PILIHANRAYA KECIL YANG LALU. BERAS, GULA DAN YANG PALING ISTIMEWA TOTO DARI SIAM YANG DI SELUDUP DI RASUAH KAN OLEH PAS INI PADA PENDUDUK BUKIT GANTANG.

DAN SEKARANG SI MANIK URAI PULA PAS MELAKUKAN RASUAH DENGAN MEMBERIKAN RM150 PADA PENGUNDI BAGI MENGHALALKAN JALAN UNTUK MEREKA MEMERINTAH. INI LAH PAS YANG SEMEMANGNYA BERSELINDUNG DI SEBALIK NAMA ISLAM. WALHALKAN PAS BUKANLAH MEMPERJUANGKAN ISLAM SEMATA-MATA.

RAKYAT HARUS SEDAR ANTARA RASUAH DAN SEDEKAH!!!

(Dipetik Dari Blog Gomo
Lagi cerita berkaitan:

MANEK URAI (2) PAS BERI RASUAH RM 150.00 SEORANG

PAS RASUAH RM 150 TUNAI DI MANIK URAI

RASUAH WANG DI MANEK URAI: BUKTI JELAS PEMIMPIN PAS ULAMA LIDAH CABANG SYAITAN

GEMPAR – PAS BERI RASUAH DI MANIK URAI BARU