Bina Badan VS Badan Cantik : Haram VS Halal

Bila Kerajaan Negeri Melaka menganjurkan pertandingan bina badan. Dewan Pemuda PAS Melaka meroyan marahkan Datuk Ali Rustam apabila Melaka menganjurkan Mr. Muscle Beach 2011.

Wah!! Bukan main hangat Dewan Pemuda PAS Melaka mengeluarkan segala jenis fatwa dan hadis… Meluncur laju ajer…

“Bila mana agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah di buang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.”

Ha ha ha ha… Jadi bagaimana dengan ini? Mengapa Dewan Pemuda PAS Melaka senyap??

Gambar di atas ni merupakan Kejohanan Badan Cantik yang diadakan di Kelantan… Mengapa Dewan Pemuda PAS tak bising?? Oh lupa… Sememangnya PAS akan menghalalkan segala apa yang dilakukan oleh mereka ataupun sahabat-sahabat mereka… Sebagai contoh… Parti Buih di Hard Rock Hotel Pulau Pinang

PAS akan membuat tuli dan membutakan mata… Jika ia berlaku di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional. Cepat sahaja PAS meroyan… Blogger-blogger anjing PAS akan mengeluarkan bermacam-macam fatwa dan hadis yang dicedok dari Internet, demi mengutuk penganjuran oleh Kerajan BN, tapi bila PAS atau DAP atau PKR yang buat… Sepi… Seolah-olah ianya tidak menjadi satu isu…

Sebagai contoh kecoh dulu mengenai Tiger Show di Hotel Marriot Putrajaya, juak-juak PAS berserta pemimpin PAS kecoh sekampung, apabila mengetahui bahawa hotel tersebut berada di dalam negeri Selangor, terus senyap. Inilah dia dinamakan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA…

Bukan eXception nak sokong penganjuran pertandingan bina badan yang dianjurkan oleh Kerajaan Melaka, sekurang-kurangnya PAS jangan bersikap double standard dan memilih bulu… Tindakan PAS yang mendiamkan diri jika berlaku kemaksiatan di negeri sendiri dan negeri PR lain jelas menunjukkan perjuangan PAS sudah semakin terpesong lebih-lebih lagi penguasaan geng-geng Erdogan di dalam PAS.

Kini slogan PAS bakal bertukar menjadi…

Wal Halalku… Wal Harammu… (Halal Bagiku… Haram Bagimu…)

Artikel Berkaitan

Acara Mr.Muscle Beach di Melaka mencemar agama dan budaya.

Kejohanan Badan Cantik Di Kelantan – Boleh Pula Dedah Aurat Ya Pak Nik?

Kelantan Anjur Aktiviti Separuh Bogel!!!

Advertisements