ISLAM TIDAK BERKOMPROMI PERKARA JEJAS AKIDAH – TAN SRI HARUSSANI

Tinggalkan komen


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meminta mereka yang pernah hadir dalam perhimpunan lilin bagi memperingati kematian segera bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, Islam tidak pernah berkompromi dalam perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah kerana ia merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang.

”Kita harus jelas tentang perkara ini iaitu setiap majlis yang dianjurkan oleh orang bukan Islam bagi memperingati kematian dalam apa jua bentuk sekalipun adalah haram bagi seseorang Islam menyertainya.

”Kita (muslim) hanya dibenarkan melakukan ziarah sahaja. Perkara ini jangan dipandang ringan kerana mereka yang melakukannya boleh jatuh syirik. Saya amat berharap umat Islam mengambil berat tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas isu tersebut meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung perbuatan yang dilakukan oleh Mohammad Nizar.

Dewan Ulama Pas pula menyifatkan majlis yang disertai oleh Mohammad Nizar itu sebagai meragukan dan sepatutnya beliau tidak hadir kerana adanya sifat berkenaan.

Dalam pada itu, ketika menjawab satu soalan berhubung isu berkenaan, Harussani berkata, Rasulullah dalam satu hadisnya pernah memberitahu bahawa sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum itu, dia akan termasuk di dalam kaum tersebut.

”Orang Islam dilarang meniru cara dan tindak tanduk kaum lain dan ini telah pun dipesan oleh Rasulullah dalam satu hadisnya. Sebagai umatnya, kita wajib menjadikan hadis ini sebagai panduan,” tekan beliau.

Sementara itu, beliau berkata, orang Islam yang menziarah kematian orang bukan Islam dilarang membaca doa ke atas mayatnya.

Tahniah Tan Sri kerana akhirnya menyuarakan pendapat beliau. Tetapi apa kan daya, pengikut-pengikut PAS lebih suka ber Tuhankan DAP, ber Rasulkan Lim Kit Siang dan ber Imamkan Karpal Singh…. Apa saja mereka buat kerana mengampu dan menjilat buntut DAP adalah tak berdosa… Dosa dan pahala bukan urusan manusia Nik Aziz, itu urusan Allah. Siapa kita nak ambil hak Allah?

Advertisements

Nik Aziz pertahankan tindakan bangang Nizar…

2 Komen


KOTA BHARU 23 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock walaupun Dewan Ulama Pas menyifatkannya sebagai meragukan.

Beliau yang menyifatkan isu itu sengaja diperbesar-besarkan menyerahkannya kepada Nizar jika ia berhubung kait dengan niat ketika menghadiri majlis tersebut.

”Dewan Ulama menyatakan meragukan, ia tidak serupa dengan haram kerana ‘ragu’ lain, ‘haram’ lain, kalau ditanya adalah bergantung dengan niat, biarkanlah (serah kepada Nizar).

”Saya sendiri kalau orang agama Hindu atau Cina jemput, saya tanya, ini agama atau adat resam, kalau agama saya tidak boleh pergi tetapi kalau adat resam saya boleh buat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di pekarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini hari ini.

Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Beng Hock Jumaat lalu yang turut disertai oleh Mohammad Nizar sebagai meragukan.

Sehubungan itu ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak tersebut sepatutnya tidak hadir pada majlis berkenaan kerana sifatnya yang meragukan itu.

Nik Abdul Aziz menambah, berhubung majlis nyalaan lilin, beliau hairan apabila masalah itu diperbesarkan kerana telah ramai masyarakat pada hari ini meraikan majlis sambutan hari jadi dengan menyalakan lilin.

”Tiap-tiap tahun anak kita yang sekarang ini telah merebak, tahun pertama sebatang lilin dia hembus, tahun kedua, dua batang lilin dan seterusnya yang digunakan sebagai simbolik untuk sukatan umur.

”Sebelum ini sibuk mengatakan Cina dalam DAP baca al-Quran, sibuk kata haram. Saya jawab, Nabi Muhammad SAW tulis surat kepada raja-raja Mesir dan Iran guna ayat al-Quran dan bagaimana Nabi tulis surat kepada raja kafir begitu, tiba-tiba kita kata tidak boleh orang Cina baca ayat al-Quran, jadi semua ni benda-benda pelik,” katanya.

Soal majlis nyalaan lilin itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan kaum Majusi yang memuja api, beliau berkata, perkara tersebut diulas secara berlebihan.

”Kalau begitu kita naik motokar sekarang pun tidak boleh kerana itu dikaitkan dengan Inggeris, teruk benarlah tu. Sebab kalau hendak dikira, songkok yang Melayu banyak pakai ni, kalau pergi ke Bombay dan Madras, ramai Hindu yang pakai songkok dan asalnya dari sana.

”Jadi teruk jugalah kita, teruk kalau kita tidak mengikuti politik kerana dunia sekarang ini, pakaian dan makanannya saling kait mengait seluruh dunia dan kita juga guna Internet itu bukan orang Islam yang cipta tetapi orang Eropah,” ujarnya.

Ditanya berhubung parti itu yang dikatakan telah mula menjalankan kempen sebagai persediaan kemungkinan menghadapi pilihan raya kecil di Galas, ekoran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Che Hashim Sulaima, 45, dilaporkan uzur, Nik Abdul Aziz berkata ia cuma ‘perkara biasa’.

”ADUN tersebut memang sedang sakit dan pagi tadi telah berangkat ke China untuk mendapatkan rawatan dan kalau dikaitkan dengan kempen Pas di sana, Pas kalau tidak ceramah, nak buat kerja apa lagi,” ujar beliau

Sementara itu ketika ditanya pandangannya berhubung tindakan seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, bersetuju dan meminta hukuman enam sebatan yang dijatuhkan kepada oleh Mahkamah Tinggi syariah Kuantan, Pahang selepas mengaku bersalah meminum arak dipercepatkan beliau berkata, masyarakat sudah dapat menerima hukum hudud.

”Kami (Pas) telah siap hudud berapa tahun lalu, bila ada kesedaran, manusia semua hendakkan sebat, hendakkan kerat tangan sebab apa sahaja hukuman di dunia tak kena dengan Islam, di akhirat kena pula.

”Daripada kita kena bakar di akhirat lebih baik selesai atas muka dunia, ini puncanya timbul hudud. Tetapi sebab mantan Perdana Menteri melarang kami, kalau buat hudud juga ada jadi rusuhan,” ujarnya

Sumber: Penyebar Fikiran Rakyat

Akhirnya orang tua ini berkokok juga. Seperti biasa sambil berkokok sambil mengeluarkan najis yang berbau politik. Nik Aziz sudah semestinya mempertahankan tindakan meragukan Nizar itu. Bagi Nik Aziz, walaupun Nizar pegang colok sekalipun, Nizar tak berdosa. Nizar masih suci… Suci dalam debu… Ha ha ha ha ha….
Apapun, fatwa Nik Aziz tu tak mengejutkan sangat. Nanti dia akan putar macam-macam fatwa yang pelik-pelik dan tak masuk dek akal… Kita tunggu ajelah nanti… He he he he… Amacam ada orang-orang PAS nak menyerang blog aku ni?

Candlelight vigil: Bukan sunnah Rasul

3 Komen

From Wikipedia, the free encyclopedia

A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset. Such events are typically held either to protest the suffering of some marginalized group of people, or in memory of lives lost to some disease, disaster, massacre or other tragedy. In the latter case, the event is often called a candlelight memorial. A large candlelight vigil will usually have invited speakers with a public address system and may be covered by local or national media. Such vigils may also have a religious or spiritual purpose. On Christmas Eve many churches hold a candlelight vigil.

Apapun maksudnya, candlight vigil ini bukanlah cabang ajaran Islam. Malah ianya bukan sunnah Rasulullah SAW. Jadi mengapa Nizar dan ahli-ahli PAS Perak mengikut upacara ini? Bukankah candelight vigil ini merupakan cabang dari budaya agama Kristian? Adakah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mengatakan ianya tak salah di sisi Agama Islam? Nampak sangat Nizar mengikut telunjuk dua ekor DAP tak guna tu. Taubatlah Nizar… Bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup apabila nyawa sudah berada di tenggorok.

VIGIL BUKAN SEBAHAGIAN DARI AJARAN ISLAM!!!