Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Tinggalkan komen

Sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong

Foto rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah

Seperti kelazimannya, setiap hari Sabtu pertama di dalam bulan Jun. Seluruh negara akan diisytiharkan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong tanpa mengira hari keputeraan sebenar Sultan-Sultan atau Raja-Raja yang dilantik sebagai YDP Agong.

Bagi tahun 2012, hari Sabtu pertama bagi bulan Jun adalah pada tarikh 2 Jun 2012 (hari ini) manakala tarikh Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2013 ialah 1 Jun, 7 Jun bagi tahun 2014 dan 6 Jun bagi tahun 2015.

Sultan Kedah iaitu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Sultan Badlishah sebenarnya diputerakan pada 28 November 1927. Manakala sambutan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini jatuh pada 15 Januari 2012 yang lalu. Disambut pada setiap hari Ahad minggu ketiga bulan Januari. Walaubagaimanapun, tarikh sambutan tersebut boleh dipinda kerana sebelum ini pernah juga disambut pada bulan lain.

Apapun… Di sini eXception ingin merafak sembah takzim sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong. Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku… Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!!

Advertisements