Suara Pakatan Rakyat Bantah Tanah YBK Dikembalikan?

Mungkin cerita ini sudah basi bagi korang, tapi eXception perlu mengulas apa yang dicanang oleh Suara Pakatan Rakyat berkenaan tanah Yayasan Basmi Kemiskinan yang dirampas secara zalim oleh Pakatan Rakyat Selangor. Kononnya Pakatan Rakyat mendakwa YBK gagal menjelaskan cukai tanah, sedangkan Ketua Menteri Melaka secara sukarela membayar cukai tersebut bagi pihak YBK, tetapi ditolak oleh Pakatan Rakyat.

Jangan Kembalikan Tanah YBK

SELURUH negara terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang memutuskan untuk mengembalikan semula tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas kerajaan Selangor pada 2010 kerana kegagalan membayar cukai.

Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa ada elemen dalam sistem kehakiman negara ini masih tidak bebas dari pengaruh eksekutif yang diterajui UMNO kerana YBK adalah organisasi kebajikan yang ditubuhkan kerajaan Selangor sewaktu berada di bawah pentadbiran UMNO dahulu.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom adalah bekas ADUN UMNO bagi kawasan Batang Kali.

Paling memeranjatkan kerana keputusan dibuat di peringkat Mahkamah Tinggi – peringkat Mahkamah yang diketahui telah melalui reformasi besar-besaran sewaktu Datuk Zaid Ibrahim menjadi Menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang!!

Ketika itu, Zaid berjaya menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar melantik hakim dan pesuruhjaya kehakiman (terutama diperingkat Mahkamah Tinggi) dari kalangan mereka yang lebih bebas dan berkredebiliti serta tidak mudah dipengaruhi kerajaan memerintah.

Termasuk di antaranya bekas penasihat undang-undang PAS, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof.

Tidak hairan kenapa banyak kes-kes melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya di peringkat Mahkamah Tinggi sebelum keputusan bertukar sebaliknya di peringkat Mahkamah lebih tinggi seperti Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimana pun, penulis lihat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu mempertahankan tanah ini dari terlepas ke tangan YBK – walaupun setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan.

Gunakanlah segala saluran perundangan yang ada untuk memastikan 4 blok tanah seluas 323.7 hektar tersebut kekal dalam pemilikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Penulis yakin perkara ini mampu dilakukan kerana Pakatan Rakyat mempunyai barisan peguam yang hebat-hebat untuk memastikan perkara ini menjadi kenyataan.

Kegagalan mempertahankan tanah ini pasti ‘memeritkan’ semua orang kerana ia bermaksud menyerahkan apa yang sepatutnya jadi milik Pakatan Rakyat kepada UMNO.

Lagipun, penulis dimaklumkan, beberapa bahagian tanah ini dalam proses diserahkan kepada syarikat pemaju untuk dibangunkan dengan pusat perniagaan komersial yang akhirnya mampu mendatangkan pendapaatan yang lumayan kepada kerajaan negeri.

Nak dibandingkan dengan perancangan YBK untuk membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Serendah yang tidak mempunyai nilai komersial tinggi. Selain kadar cukai yang tidak seberapa.

Maka itu, tanah ini wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Semalam penulis dimaklumkan, perancangan sudah dibuat untuk melengah-lengahkan proses rayuan di Mahkamah Rayuan sehingga selepas PRU 13 berakhir.

Rencananya, kalau Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, segalanya dijangka akan lebih mudah, hasil dari reformasi kehakiman yang bakal dijalankan secara menyeluruh nanti.

Suara Pakatan Rakyat seolah-olah menyokong tindakan MB Selangor merampas tanah milik hak orang lain. Itu baru perintah Selangor. Esok bila dah perintah satu Malaysia, tanah mak-bapak kita kat kampung pun akan dirampas ikut suka tekak diorang.

Kononnya YBK tu NGO di bawah Barisan Nasional, sebab itu hak YBK cuba dinafikan oleh rejim Khalid Gagap ini… Sedangkan YBK hanyalah sebuah NGO bebas yang tidak berasaskan keuntungan yang bertujuan untuk membantu rakyat miskin dalam negeri Selangor. YBK hanyalah sebuah Yayasan yang merupakan satu tabung untuk membantu golongan miskin. YBK tidak ada kaitan langsung dengan politik. Tetapi cuba diheret ke kancah politik apabila isu pemulangan semula tanah YBK cuba dipolitikkan.

Apakah tanah milik YBK bakal menerima nasib yang sama seperti tanah milik Yayasan Selangor yang diserahkan bulat-bulat kepada Pusat Kebudayaan Cina? Apa kewajaran tanah milik sebuah Yayasan yang sepatutnya membantu orang melayu, tetapi diberi kepada orang cina??

Kepada Suara Pakatan Rakyat, terima sahaja hakikat dan kebenaran dengan pahit. Allah akan bayar cash atas apa kejahatan dan kekejaman kita lakukan di atas dunia… Usah lagi ditegakkan benang yang basah… Tanah siapakah yang akan jadi mangsa selepas ini?? Tanah mak bapak anda?? Atau tanah mak bapak sahabat anda?

Advertisements