Awas!! Serangan Siber Kedua 4 Julai 2011!!

1 Komen

Awas! Penggodam Bakal Melancarkan Serangan Siber Kedua 4 Julai 2011

Berdasarkan maklumat yang diterima dari MAMPU, kemungkinan tarikh 4 Julai ini laman web-laman web sektor kerajaan bakal menerima serangan kedua oleh sekumpulan penggodam. Dijangkakan serangan akan berlaku pada jam 9.37 malam (Waktu Malaysia).

Serangan ini bakal mensasarkan laman web-laman web kerajaan yang mempunyai domain (.gov.my). Serangan yang dilancarkan pada minggu yang lepas berjaya menggodam beberapa laman web kerajaan. Berkemungkinan serangan kedua ini juga dilancarkan oleh sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Anonymous…

Oleh itu semua agensi kerajaan diminta berwaspada dan melakukan langkah pengukuhan seawal hari ini… Di sini MAMPU telah menggariskan langkah-langkah penting dalam mencegah serangan ini berlaku…

  1. Memasang tools/modul tambahan (mod security/mod rewrite/URL scan) pada server web bagi meningkatkan keselamatan aplikasi web
  2. Mengaktifkan intrusion prevention system (IPS) dan membuat pemantauan rapi terhadap aktiviti/trafik rangkaian
  3. Mengemaskinikan application database firewall bagi menghalang pencerobohan
  4. Memastikan peralatan sensor PRISMA sentiasa berfungsi dengan baik
  5. Membuat semakan konfigurasi network firewall bagi memastikan ia hanya membenarkan perkhidmatan (port) yang dibenarkan sahaja
  6. Memasang security patch pada semua server dan peralatan rangkaian
  7. Memastikan perisian antivirus dikemas kini dan diaktifkan.

Sekiranya berlaku insiden serangan atau sebarang aktiviti mencurigakan, agensi hendaklah memaklumkan kepada MAMPU serta merta melalui: gcert@mampu.gov.my atau pada talian 03-88725138 dan 03-88726299 (waktu pejabat) atau 012-3312205 (beroperasi 24 jam).

P/S: Maklumat ini eXception perolehi dari emel Jabatan dan WAJIB disebarkan kepada semua… Selain dari sektor kerajaan, sektor swasta terutamanya perbankan juga harus berhati-hati dan mengaktifkan langkah pengukuhan sistem…

Advertisements

BERSIH 2.0 – Bersih Sangat Ke PKR Ni?

Tinggalkan komen

BERSIH 2.0 – Bersih Sangat Ke PR Ni?

Satu Malaysia, PR dok palu gong mencanang dan mengajak rakyat Malaysia supaya turun ke ibu kota untuk melakukan perhimpunan haram kononnya untuk menuntut supaya diadakan pilihanraya yang bersih, telus dan adil…

Tapi di sini aku nak tanya kepada juak-juak PR yang dok palu canang ni… Pemimpin korang ni bersih sangat ke? Aku tengok PKR dengan PAS lagi lah lok lak…

PKR dengan masalah dalaman parti yang mana ramai kalangan ahli tidak berpuas hati dengan manipulasi undi yang mana muka-muka favorite Al-Juburi menaiki takhta PKR manakala muka-muka baru yang toya dan takde value serta tak tau mengampu Punaisihat Parti… Malah kebanyakan pemilihan berlaku kekecohan kerana ramai ahli tidak berpuas hati dengan undi… Isu ini gagal dijawab oleh Punaisihat PKR dan kebanyakan pemimpin PKR berdalih mengatakan ahli UMNO sengaja sabotaj pemilihan tersebut… Lawak sungguh…

Malah bukan sahaja dalam PKR, malah dalam PAS pun tak kurang hebat bau bangkainya… Dengan isu politik wang dalam pemilihan yang lepas-lepas malah pemilihan 2011 kita boleh lihat ramai golongan Ulama’ PAS disingkirkan, manakala golongan professional Pro Anwar (Erdogan) pula naik…

Isu Nik Aziz memberi ‘zakat’ kepada orang asli semasa pilihanraya kecil di Kelantan yang lepas juga juga menjadi isu hangat… Manakala Nik Aziz tidak mengaku ianya rasuah, tetapi merupakan zakat… Mengapakah sewaktu PRK baru nak beri zakat? Kenapa sebelum ini langsung Nik Aziz tak pedulikan hidup mati orang asli tersebut?

Satu soalan ingin eXception kemukakan kepada juak-juak PKR ni….

BERSIH SANGAT KE PERMIMPIN KORANG??

P/S: eXception meminta maaf sebab lama tak update blog ini kerana sibuk menguruskan majlis perkahwinan…