Najib Tertekan… Tapi Rafizi Pula Letak Jawatan…

Tinggalkan komen

Harakah Laporkan Najib Tertekan… Tapi Mengapa Rafizi Pula Yang Letak Jawatan??

Kah kah kah kah… eXception nak gelak bila baca Harakah ni… Banyak berita lebih kepada SYOK SENDIRI…

Takde langsung berita yang bermaklumat macam Utusan Malaysia… Sebagai contoh berita-berita jenayah dalam dan luar negara… Berita sukan…

Tapi yang artikel bawah ni laaaaagi kelakar… Apa pasal plak Najib yang tertekan??

Sedangkan yang meletakkan jawatan ialah RAFIZI RAMLI….

Ha ha ha ha ha ha ha….

eXception malas betul la nak ulas pasal keengganan Najib berdebat dengan Nuar…

Sebab Nuar sendiri enggan berdebat dengan Tun Dr M…

Satu lagi… Nuar kena cermin diri sendiri dulu…

Hang tu siapa nak debat dengan Najib??

Hang cuma KETUA PUNAISIHAT PARTI SAHAJA!!

BUKAN PRESIDEN!! Ha ha ha ha ha ha ha ha!!

Najib ada kerja lain… Kerja Najib adalah untuk membantu rakyat…

Beliau takkan layan macai macam Anwar ni…

Kesian… @Ambiga_S Dimalukan @KhairyKJ…

6 Komen

KJ ‘Budak-Budakkan’ Ambiga Di Depan Penyokong Bersih

PETALING JAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya ‘membudak-budakkan’ Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan, di dalam majlis debat, “Spark The Debate” yang bertajuk “Electoral Reforms” anjuran akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail, di sini malam tadi.

Meskipun lebih separuh dewan The Club Bukit Utama Damansara Golf Club itu dipenuhi para penyokong Bersih, Ambiga dilihat tunduk dan akur dengan hujah Khairy yang mempersoalkan kewajarannya mengadakan Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Beliau berkata, Ambiga tidak sepatutnya bersikap “pre-amptive” dan prejudis dengan menyemat pemikiran di kalangan rakyat bahawa Pilihanraya Umum ke-13 adalah yang paling kotor dan tidak adil di dalam sejarah.

Menurut Khairy, beliau menghormati hak Ambiga untuk berhimpun secara aman, namun apa yang membuatkannya tidak setuju ialah pembohongan demi pembohongan fakta yang dicanang Ambiga kepada rakyat.

Beliau memberikan contoh tentang satu poster Bersih 3.0 yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 42,000 pengundi yang kononnya ‘pengundi hantu’ yang didalangi SPR dan kerajaan.

Ambiga memulakan hujah di pentas debat dengan mendedahkan beberapa fakta hasil kajian Ong Kian Ming mengenai sistem dan pengkalan data SPR yang dikatakan agak mencurigakan.

Antara isu yang dibangkitkan Ambiga ialah mengenai tiga juta nama yang didaftar mengundi tidak mengikut kawasan alamat di dalam kad pengenalan, tindakan SPR yang mengeluarkan nama 42,000 individu dari senarai mengundi oleh SPR dan pengundi pos di luar negara.

Mula bersahaja dengan jenaka ‘memori disembur gas pemedih mata dari pasukan polis yang sama’ pada himpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu, Khairy menegaskan kepada Ambiga bahawa beliau senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) adalah yang paling adil dan bersih yang pernah diadakan di negara ini.

Khairy menyatakan bahawa segala tuntutan Bersih telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dan semua cadangan dari jawatankuasa itu dijangka mengambil masa untuk dilaksanakan, tapi menjelaskan bahawa ada beberapa perkara yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu mempersoalkan kewajaran Ambiga dengan menggunakan taktik penipuan dalam pengedaran fakta melalui risalah Bersih 3.0 yang sangat mengelirukan, palsu dan mampu menyebabkan rakyat salah faham dengan fakta yang sebenar.

Menurut Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ itu menjelaskan bahawa SPR telah menyerahkan sebanyak 12.5 juta nama pengundi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disemak satu persatu.

Bagaimanapun, JPN mendapati bahawa sebanyak 42,051 nama pengundi mencurigakan di dalam rekod SPR di mana mereka tidak mengemaskini alamat terkini dan senarai nama tersebut telah dipamerkan selama tiga bulan di jabatan terbabit bagi perhatian atau tindakan pemiliknya.

Dalam tempoh tersebut, seramai 1,248 orang telah tampil mengemaskini maklumat terbaru mereka, sekaligus membuktikan bahawa mereka masih hidup dan nama mereka tidak patut dikeluarkan dari senarai daftar pengundi SPR.

Justeru, beliau mempersoalkan kewajaran Bersih yang sebelum ini menyebarkan cerita kononnya senarai pengundi tersebut adalah pengundi palsu sedangkan ia terbukti sebagai pengundi yang sah menurut Perlembagaan.

Hujah KJ tersebut telah menyebabkan Ambiga sedikit berang dan menyatakan bahawa SPR tidak melaksanakan tugas mengikut prosedur ditetapkan di mana Perkara 13 di dalam Perlembagaan membenarkan nama-nama tersebut dipadam begitu saja jika pemiliknya tidak membalas notis yang dihantar kepada mereka.

Ambiga menyindir KJ yang berhujah mengenai 42,000 pengundi tersebut dan tidak menyentuh tentang tiga juta pengundi yang dikatakan mengundi di luar kawasan alamat kad pengenalan mereka serta menuduh mereka juga adalah ‘pengundi hantu’.

KJ menjawab bahawa SPR tidak menggunakan akta tersebut memandangkan wujudnya kes seperti 1,248 pengundi yang tampil membuktikan mereka masih bernyawa dan berhak mengundi.

Katanya, SPR sedang bertungkus lumus mengesan pengundi-pengundi yang tidak mengemaskini alamat terkini mereka dan ada di antaranya yang gagal dikesan menerusi alamat lama.

Menurut KJ, dakwaan SPR memindahkan kawasan mengundi seramai 31,000 orang di dalam poster Bersih termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, adalah kerana sistem mengemaskini data kawasan mengikut standard “google earth”.

KJ berkata, alamat Khalid dahulu diletak di kawasan Petaling Jaya dan selepas dikemas kini kedudukan rumah tersebut yang terletak di sempadan Kuala Lumpur itu, SPR mendapati bahawa ia terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, terkeluar dari Selangor.

Menurut KJ lagi, ia tidak menimbulkan sebarang isu kepada Khalid kerana beliau kini tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam, luar dari kawasan beliau mengundi dan itulah yang terjadi kepada 31,000 orang yang dikatakan Ambiga sebagai ‘pengundi hantu’ itu.

KJ menyindir kembali Ambiga mengenai Khalid yang tidak peduli untuk menukar alamat terkini beliau dan mengundi di kawasan yang sama di dalam kad pengenalannya.

Mungkin tertekan dengan jawapan KJ yang agak pedas, tepat dan tajam itu, Pengerusi Bersih itu kembali menyerang SPR serta menegaskan bahawa beliau tidak lagi percaya kepada anggota agensi pilihan raya itu dan mendesak mereka meletak jawatan serta merta.

KJ membalas, sekirnya Pengerusi Bersih itu tidak percaya kepada SPR, mengapakah beliau perlu meminta untuk bertemu agensi tersebut?

KJ mengasak lagi, sekiranya SPR tampil memberikan fakta yang benar dan kukuh, apakah Ambiga sanggup menerima dan mengakui kebenaran agensi pilihan raya itu?

Seterusnya, Ambiga terus menerus menekankan perkara yang sama menyatakan bahawa beliau tidak percaya kepada SPR, mahu mereka meletak jawatan serta merta.

Cuma, kali ini beliau menambah sedikit dengan meminta PRU13 ditangguhkan sehingga segala tuntutan Bersih 3.0 ditunaikan dan beliau sedia bertemu dengan ahli-ahli Parlimen untuk berbincang mengenainya.

Menariknya, Khairy menyindir Ambiga lagi apabila menyatakan bahawa beliau memerlukan semangat kerjasama yang kuat dari Ambiga untuk membaikpulih proses pilihan raya dengan bekerjasama dengan pihak SPR dan ahli-ahli Parlimen.

Namun, dengan mengambil sikap tidak percaya, tidak boleh bekerjasama dengan SPR, tidak boleh menerima alasan yang benar dan cepat menghukum PRU13 sebagai pilihanraya paling kotor dalam sejarah menyebabkan Khairy menegaskan bahawa beliau ragu dengan keikhlasan perjuangan Ambiga.

Tapi Ambiga membalas keraguan Khairy itu dengan menyatakan bahawa pihaknya akan hadir sekiranya SPR menjemput mereka untuk sesi penerangan mengenai proses pilihanraya itu.

Sekali lagi Ambiga dibidas Khairy yang mengingatkan Pengerusi Bersih itu bahawa beliau sebentar tadi beriya-iya tidak percaya kepada SPR dan mahu mereka meletak jawatan!

Diselang seli dengan beberapa pertanyaan dari para hadirin yang dilihat condong ke arah pro-Bersih dan hanya satu pertanyaan dari wakil Pemuda UMNO, Khairi dilihat lebih mendominasi isu sehingga berjaya membuat Ambiga terkedu dan tunduk kepada hujah-hujahnya.

Soalan-soalan dari beberapa individu pro-Bersih itu juga berjaya dijawab KJ dengan hujah yang munasabah dan berfakta menyebabkan ramai di kalangan mereka yang terpaksa akur dengan jawapan meyakinkan itu.

Akhirnya, Ambiga berjaya ditundukkan Khairy Jamaluddin apabila beliau bersetuju untuk bertemu dengan SPR serta ahli-ahli Parlimen bagi bekerjasama membincangkan lebih lanjut berkenaan hal tuntutan Bersih itu secara profesional tanpa perlu timbul sebarang provokasi. – Mynewshub.my


Alahai kesiannya Ambiga…. Kena malukan depan budak-budaknya sendiri… Disangkanya dia boleh budak-budakkan KJ, akhirnya dia yang diperbudakkan oleh KJ… Kalo eXception jadi Ambiga, petang ni jugak eXception kemas beg dan baju, pastu lari ke India… Ha ha ha ha ha ha!!

Malu siot!! Dah le kena ayam depan penyokong sendiri… Pastu dok ulang benda yang sama… Tak habis-habis dengan retorik…

Skrip Debat KJ-Ambiga

Tun Dr Mahathir di bidas: Kenapa??

Tinggalkan komen


Kenapa Tun Mahathir di bidas melalui tulisannya KAKI DALAM KASUT. Mantan Perdana menteri hanya mengatakan data dan fakta yang sebenar. Kenapa data dan fakta di persoal?? Coba fikir, jika bukan Tun dr Mahathir yang menulis artikel ini, apa kah mantan PM ini akan dituduh racist, divide and rule at work again dan semacamnya?

Mereka yang membidas data dan fakta adalah mereka yang menidakkannya, yang sebenarnya mereka lebih arif mengenainya, kalau tidak, mereka tidak akan membidasnya. Mereka tidak mahu fakta dan data yang benar dirungkai dan diketengahkan. Mereka mahu data dan fakta dibungkus dengan kuat agar tidak terbongkar.

Siapa kata melayu terbela dalam negaranya, melayu sebenarnya terkorban dalam negaranya,melayu terpaksa mengorbankan dirinya kerana mahu cepat-cepat keluar dari gengaman penjajah. Melayu, tidak mampu lagi menderita dalam gengaman penjajah,kerana itu, peluang untuk merdeka, disambar dengan cepat, walaupun bahagiannya terpaksa dikorbankan.

Semasa mengisi kemerdekaan, melayu mengatur langkah, hanya memertabatkan bangsanya, hanya membantu bangsanya supaya terkeluar dari malapetaka penjajahan. DEB diwujudkan, semata-mata pembahagian kek ekonomi tidak mengorbankan milik bangsa melayu, kerana jika tidak dilakukan demikian, bangsa melayu, tidak tahu bagaimana mendapatkan bahagiannya,kerana bangsa melayu terdidik mengorbankan miliknya.

Setelah 39 tahun, milik bangsa melayu, tidak juga berjaya mereka genggam, malah dasar yang menunjuk ajar bangsa melayu, bagaimana memiliki haknya, dipersoal, dijadikan bahan politik, sehinggakan, bangsa melayu yang ingin terus berkuasa, terpaksa mengorbankannya.

Mereka mahu bangsa melayu, menjadi pengemis dalam negaranya, tanah tumpah darahnya, mereka tidak mahu melayu maju, kerana jika bangsa melayu maju, maka bagining powernya menjadi kuat, maka suara-suara yang menentangnya tidak akan mampu mengoyangnya.

Tindakan kerajaan masa kini, hanya menguntungkan bangsa melayu yang ada di bandar-bandar dan pekan-pekan, sedangkan bangsa melayu yang berada non ceruk di desa masih sangat terbelakang, seperti berada di ambang kemerdekaan. DEB masih mereka perlukan!!!

Petikan dari blog: Apa Yang Tersirat

Komen aku: Puncanya dari orang melayu sendiri. Tak nak ambil peluang. Ambil sikap tunggu dan lihat. Berfikiran negatif. Bila tak maju, salahkan orang lain.

Nik Aziz cuba alih perhatian?

Tinggalkan komen

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KUALA KRAI 4 Julai – Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat tentang Islam adalah strategi mengalih perhatian penyokong Pas terhadap kesilapannya membuat keputusan berkenaan cadangan kerajaan perpaduan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat baik dan mendapat sokongan pelbagai pihak.

Namun, jelasnya, tentangan keras Nik Abdul Aziz termasuk mendesak Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan menyebabkan banyak pihak dalam Pas sendiri kecewa.

Katanya, debat yang dicadangkan itu sepatutnya dibuat dengan pemimpin DAP yang secara jelas menolak dasar-dasar Islam di negara ini.

“Tentunya sebagai seorang tokoh politik dan agama, orang harap apa yang keluar dari mulut beliau (Nik Abdul Aziz) boleh menyenangkan hati semua pihak tetapi nampak jelas bahawa ia tidak lebih daripada politik semata-mata.

“Jadi saya berpendapat beliau nak tutup tindakannya yang terlanjur sebelum itu iaitu cara dia menolak pertemuan antara UMNO dengan Abdul Hadi maka dia cetuskan cadangan berdebat dengan UMNO,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan ceramah bebas di Laloh, Manek Urai di sini semalam.

Ibrahim berkata, adalah lebih relevan jika Nik Abdul Aziz berdebat dengan Karpal Singh dan DAP yang menolak Islam sedangkan Pas berjuang untuk menegakkan ajaran Islam.

Jelasnya, banyak perkara mengenai dasar DAP di negara ini terbukti membelakangkan Pas meskipun kedua-dua parti itu bekerjasama dalam pakatan pembangkang.

“Eloklah Nik Abdul Aziz berdebat dengan Karpal Singh yang pernah menyatakan langkah mayat dia dulu masa Pas nak tubuh negara Islam.

“Kita lihat di Kedah sendiri pun, isu kecil mengenai pusat penyembelihan babi pun mereka tak boleh terima walaupun atas kepentingan ramai. Banyak lagi perkara yang kita lihat sebelum ini DAP membelakangi dasar perjuangan Pas,” tegas beliau.

Ibrahim menambah, sekiranya Nik Abdul Aziz ingin meneruskan niatnya berdebat dengan Perdana Menteri, biarlah ia menjurus kepada rancangan pembangunan Kelantan.

Sumber: Utusan Malaysia

Hummm… Tak payah bagitau pun kitaorang dah tau. Nik Aziz tu memang macam tu, nanti bila Datuk Seri Najib setuju nak debat, nanti Nik Aziz cuba cari alasan untuk mengelak pula.