Pekan Sungai Lembing Dinaiki Air

Tinggalkan komen

Pekan Sungai Lembing Dinaiki Air

Imej di atas adalah imej terkini yang eXception perolehi dari Real Time Camera Infobanjir yang menunjukkan keadaan Pekan Sungai Lembing, di Pahang yang mula dinaiki air akibat limpahan air sungai Sungai Lembing…

Diharap banjir ini akan segera surut, disebabkan hujan lebat yang turun petang tadi sudah mulai reda…

Sumber: Infobanjir Real-Time Flood Cameras [ Pahang ]

Terkini!!

Banjir sudah surut… Kerja pembersihan sedang dilakukan… Banyak timbunan sampah tersangkut pada jambatan kayu yang menghubungkan Pekan Sg Lembing dengan kampung seberang…

Advertisements

Kerajaan Negeri Selangor Bakal Disaman?

Tinggalkan komen

Batal Projek Tebatan Banjir. Kerajaan Negeri Selangor Bakal Disaman?

Di atas jelas bukti Kerajaan Pakatan Haram Jadah Selangor membatalkan projek tebatan banjir Sg Langat. Malah menganggap projek tersebut tidak membawa manfaat kepada rakyat… Sekarang lihatlah apa akibatnya projek kononnya didakwa sebagai ‘TIDAK MEMBERI MANFAAT’ tidak dilaksanakan…

Bagaimana MB Selangor, Khalid Gagap mengambil keputusan semberono sebegitu? Begitu mudah mengatakan projek bermanfaat itu tidak membawa manfaat. Maka natijahnya Kajang dilanda banjir kilat petang semalam…

Kepada mereka yang terlibat dengan banjir di Kajang semalam, terutama sekali kepada mereka yang mengalami kerosakan kenderaan atau premis yang dinaiki air, anda semua boleh menyaman MB Selangor, Khalid Gagap kerana banjir tersebut berpunca dari dia…

Mengapa eXception berkata sedemikian… Sekiranya projek tebatan banjir tersebut diteruskan maka masalah banjir kilat yang berlaku semalam tidak akan berlaku apabila aliran air Sungai Langat dilencongkan ke Sg Kelang…

Untuk pengetahuan semua, Projek Canal City yang bermula hujung 2007 lalu melibatkan tanah seluas 1,960 hektar. Ia termasuklah projek tebatan banjir sepanjang 18 km terowong yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat.

Sekiranya projek ini siap pada hari ini, maka masalah banjir yang dialami oleh warga Kajang semalam tidak akan berlaku. InsyaAllah… Tetapi lihatlah apabila MB Selangor bertukar ganti dengan MB yang bebal dan bodoh… Semua projek yang tidak melibatkan kroni-kroni Pakatan Haram Jadah dibatalkan begitu sahaja, tanpa membuat kajian terperinci…

Oleh itu dipersilakanlah membuat laporan Polis terhadap MB Selangor dan segera saman dan tuntut kerugian dari Kerajaan Selangor… Banjir pasti akan datang kembali. Ini kerana kita tak dapat menghalang kuasa Tuhan… Tetapi kita boleh mengelakkannya dari berlaku… Inilah natijahnya apabila jawatan MB diberi kepada seorang yang BEBAL… Apatah lagi PUNAHSIHAT Kerajaan Selangor hanya tahu dok berceramah… PUNAHSIHAT pun sama tak boleh pakai…

Sumber:

Kerajaan negeri batal projek tebatan banjir Canal City

Selangor batalkan projek Canal City

Projek Canal City dan Banjir di Kajang

Banjir Kilat di Kajang kerajaan negeri patut di persalahkan

Kajang Dilanda Banjir Kilat! Salah UMNO Lagi Kah?

Tinggalkan komen

Banjir Kilat Di Kajang… UMNO Juga Yang Dipersalahkan?

Petang semalam warga Kajang kecoh apabila air Sungai Langat melimpah dan membanjiri sekitar Pekan Kajang… Hujan lebat yang luar biasa petang semalam menyebabkan Sungai Langat tidak mampu menampung kadar hujan yang turun petang semalam hingga menyebabkan air Sungai Langat melimpahi tebing dan membanjiri Pekan Kajang petang semalam.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang dirakam di sekitar Pekan Kajang petang semalam… (gambar ihsan blog Sah dan Tak Sah)

Di sini eXception ingin mengulas antara punca-punca banjir kilat yang mendadak itu berlaku…

1) Kadar hujan yang turun petang itu sangat lebat menyebabkan paras air sungai tidak mampu menampung kadar hujan dan melimpahi tebing.


Di atas ialah graf kadar hujan yang turun di Kajang pada 2 Disember 2011.


Di atas merupakan graf menunjukkan paras air Sungai Langat pada 2 Disember 2011.

2) Pembuangan sampah yang tidak terkawal ke dalam sungai dan longkang menyebabkan aliran tersekat. Ini disebabkan kontraktor baru yang dilantik oleh Kerajaan Selangor, mungkin tidak melaksanakan tugas mereka…

3) Dikatakan Kerajaan Negeri Selangor telah membatalkan projek tebatan banjir di Kajang yang diluluskan oleh Kerajaan terdahulu.

4) Boleh dikatakan banjir di Kajang merupakan AMARAN dari Allah bahawa aktiviti maksiat, murtad semakin berleluasa… Rumah urut tumbuh bagai cendawan… Aktiviti kristianisasi berleluasa…

5) Jika dulu semasa banjir di Pekan, Pahang. Ramai yang mengatakan punca bajir tersebut adalah kerana dosa Datuk Seri Najib, maka tak salah jika eXception katakan di sini bahawa banjir di Kajang merupakan akibat dosa MB Selangor, iaitu Khalid Gagap…

Mungkin ada puak-puak PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa banjir di Kajang juga sebahagian dari dosa mereka akan menyalahkan UMNO… Walaupun UMNO sudah tidak ada kena mengena dengan Selangor, mereka akan mengada-adakan cerita kununnya, UMNO arahkan melepaskan air empangan supaya Kajang banjir… Ha ha ha ha ha ha!! Mungkin juga mereka mengada-adakan cerita kununnya… UMNO menyekat aliran air Sungai Langat… Ha ha ha ha ha ha!! Hanya puak-puak dungu dan BAHALOL sahaja percaya cerita BODOH ini… Ha ha ha ha ha ha ha!!

Keadaan Banjir Tekini Kelantan

Tinggalkan komen

Laporan Terkini Banjir Di Kelantan

LAPORAN PARAS SUNGAI DI KELANTAN

LAPORAN SUKATAN HUJAN DI KELANTAN

SENARAI JALAN YANG DITUTUP DI KELANTAN

Untuk maklumat terkini berkenaan keadaan banjir di negeri-negeri yang terlibat, sila layari halaman di bawah ini:

Paras Air Sungai Terkini Kelantan
Sukatan Hujan Terkini Kelantan
Penutupan Jalan Akibat Banjir Di Kelantan

Paras Air Sungai Terkini Terengganu
Sukatan Hujan Terkini Terengganu
Penutupan Jalan Akibat Banjir Di Terengganu

Paras Air Sungai Terkini Pahang
Sukatan Hujan Terkini Pahang
Penutupan Jalan Akibat Banjir Di Pahang