Arak tidak sampai boleh merosak akidah! – MSO

Tinggalkan komen

Mohd Sayuti Omar Mengatakan Arak Tidak Menjejaskan Akidah?

Arak hanya boleh memabukkan tetapi tidak sampai boleh merosak akidah!

Berikutan isu lawatan Khalid Gereja ke Kilang Carlsberg pada bulan yang lalu dan cadangan memindahkan operasi kilang tersebut ke tapak yang lebih luas, aku telah terbaca satu artikel dalam blog MSO (Mohd Sayuti Omar) yang sedaya upaya cuba mengampu Khalid Gereja dengan mengatakan ‘Arak hanya boleh memabukkan tetapi tidak sampai boleh merosak akidah!’.

Aku cukup tak bersetuju dengan pendapat MSO ni mengatakan arak tidak merosakkan akidah… Mungkin MSO tak pernah baca Al-Quran mengapa Allah mengharamkan khamar (arak) dari diminum oleh umat Islam. Allah mengharamkan arak apabila umat Islam mula lalai dalam mengerjakan syariat dan kewajipan terhadap Nya akibat mabuk.

Banyak kes kerosakan akidah yang terjadi akibat arak, antaranya bunuh, rogol, pukul dan anak-anak muda berpesta seks selepas mabuk-mabuk… Bukankah ini merosakkan akidah? Adakah ini MSO masih mengatakan satu perkara yang NORMAL??

Kepada MSO, teruskanlah mengampu, walaupun tindakan pemimpin PAS sampai mahu menjual Agama Islam sekalipun dipandang mulia oleh kamu…

Advertisements

Bukti PAS Kuat Fitnah

2 Komen

PAS Fitnah YB Kamalanathan Untuk Menutup Kurap Sendiri

Jika korang tengok gambar kat atas ni, tentu ada yang kata gambar RE-AL… Tapi sedarkah korang bahawa gambar di atas merupakan salah satu fitnah jahat PAS untuk menutup pekung sendiri dan memburukkan UMNO kononnya membenarkan YB Kamalanathan memberi ceramah di dalam masjid.

Korang lihat gambar sebenar di bawah ini. Sebenarnya gambar di atas adalah diedit semula berdasarkan gambar di bawah ini. Kononnya nak menunjukkan YB Kamalanathan berceramah di dalam masjid. Sedangkan apa yang berlaku sebenarnya beliau hanya berceramah di perkarangan masjid, bukan di dalam masjid.

Fitnah ini heboh diperkatakan hingga Malaysiakini juga turut mengiktiraf fitnah ini. Sudah sememangnya Malaysiakini kaki fitnah… Malah beberapa blog pencacai PAS tanpa segan silu menyiarkan cerita fitnah ini.

Fitnah ini direka sendiri oleh Arc Bishop Kristian Selangor iaitu Father Khalid Gereja A.K.A Khalid Beer… Korang tengoklah link di bawah…

UMNO, Kura-Kura dan Perahu

BONGKAR: ‘Ustaz Kamal’ masuk masjid – Pukulan maut buat penyokong totok Umno!

‘Ustaz Kamal’ MIC pula didakwa masuk masjid

Aku cabar semua penyokong PAS sekelian agar membawa hal ini kepada MAIS dan JAIS… Jangan banyak beralasan…

Pautan blogger lain yang turut mengutuk fitnah PAS ini:

Fitnah Khalid Samad terhadap Kamalanathan kantoi , terbukti PAS kaki fitnah !!

GEMPAR! KHALID GEREJA KANTOI MENIPU!

Hakikatnya… PAS MEMANG KAKI PENIPU NOMBOR WAHID!!!

Kilang Carlsberg Akan Dipindahkan Ke Lokasi Yang Lebih Luas : Khalid Samad

4 Komen

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DITUTUP. KILANG ARAK DIPERBESARKAN

Tahniah diucapkan kepada PAS (Parti Arak Se-Malaysia), kerana mempunyai Duta PAS ke Carlsberg, iaitu Khalid Samad atau lebih dikenali sebagai Khalid Gereja… Sesungguhnya perjuangan PAS membela kilang arak wajar dipuji. Aku menjangkakan khabar kilang Carlsberg di Shah Alam akan ditutup, tetapi, ianya tidak ditutup, cuma akan dipindahkan ke lokasi baru. Itulah yang dicadangkan oleh Duta PAS ke Carlsberg, Father James Khalid.

Langkah tersebut wajar dipuji bertepatan sekali dengan slogan Membangun Bersama Carlsberg yang bakal diwar-warkan oleh kepimpinan PAS, iaitu Tok Garu, Nik Ajiszz… Cadangan memindahkan kilang tersebut ke lokasi baru bakal menambahkan lagi pengeluaran arak di Malaysia sekaligus menggalakkan lebih ramai anak-anak muda Islam untuk meminum arak. Ini kerana telah termaktub dalam perlembagaan PAS (Parti Arak Se-Malaysia), arak itu halal, cuma judi sahaja haram. Judi yang diharamkan hanyalah judi berkaitan Piala Dunia sahaja, manakala judi ekor, judi sabung ayam dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

PAS (Parti Arak Se-Malaysia), wajar dipuji kerana bersikap membisu dalam perihal penutupan sebuah pusat latihan kemahiran belia di Selangor, ini kerana pusat latihan tersebut boleh dianggap satu pembaziran serta bercanggah dengan perlembagaan PAS (Parti Arak Se-Malaysia), iaitu sebarang organisasi yang tidak memberikan keuntungan di dunia perlu ditutup tanpa berkompromi. Manakala organisasi yang membawa keuntungan serta menghanyutkan belia-belia Islam ke lembah dosa, perlu dibantu dan diperbesarkan jika perlu.

Rakyat Selangor yang beragama Islam sewajarnya berterima kasih kepada Father James Khalid dan PAS (Parti Arak Se-Malaysia), kerana dengan memperbesarkan lagi operasi kilang Carlsberg ini, maka mudahlah mereka mendapat bekalan Carlsberg setiap hari. Malah Carlsberg bakal menjadi juadah wajib untuk berbuka puasa pada masa akan datang. Percayalah. Aku pasti produk Carlsberg ini pasti akan menjadi laku di seluruh Malaysia, di mana kanak-kanak juga mampu membelinya dan meneguknya umpama meneguk air sirap bandung.

Dengan pembesaran kilang Carlsberg juga bakal menyumbangkan banyak kematian dalam kemalangan jalanraya apabila pemandu, memandu di dalam keadaan mabuk. Ini sekaligus dapat mengurangkan populasi penduduk di Malaysia ini. Sasaran PAS (Parti Arak Se-Malaysia), ialah seribu kematian dalam sebulan akibat memandu di bawah pengaruh alkohol. Malah PAS (Parti Arak Se-Malaysia) juga mensasarkan menjelang 2013, lebih kurang sejuta anak-anak muda beragama Islam akan terus hanyut dengan arak.

PAS (Parti Arak Se-Malaysia), juga dikatakan bakal memperkenalkan perlembagaan baru iaitu mewajibkan semua ahli-ahlinya meminum beer, kerana seperti yang dikatakan oleh Mur-shit-ool Am PAS (Parti Arak Se-Malaysia), Tuan Garu, Nik Ajiszz Nek Nak, arak tidak haram, yang haram ialah judi Piala Dunia.

Apapun kita ucapkan tahniah kepada Father James Khalid dan kepimpinan PAS (Parti Arak Se-Malaysia) yang menyokong pembesaran kilang Carlsberg ini. Semoga Allah membalasnya di dunia dan di akhirat… Amin…

Berita Berkaitan:
Harakah: Khalid Samad lawat kilang Carlsberg
Utusan Malaysia: Tutup kilang arak, bukan pindah ke lokasi baru

Wee Choo Keong Hentam PAS. Dr Lo’ Lo’ dan Khalid Gereja Tak Mampu Membalas.

2 Komen

Pas patut malu besar nikmati hasil aktiviti haram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram.

Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa, Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak.

Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo’lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya.

Bagaimanapun Lo’lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Kiandee ketika menolak peraturan mesyuarat tersebut menjelaskan tidak wujud unsur yang boleh menjustifikasikan wakil rakyat Bebas itu sebagai berniat untuk mengelirukan dewan.

Choo Keong turut menegaskan bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan bahawa ‘hasil haram’ yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti jual beli arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan.

“Ini yang saya tidak faham. Kalau Tok Guru boleh membenarkannya, mengapa ada beberapa kerat wakil rakyat Pas hari ini menentang lesen judi bola sepak? Mengapa membantah? Mengapa bersikap talam dua muka?.

“Apakah mereka tidak setuju dengan fatwa Tok Guru atau mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kiblat mereka,” katanya.

Pada ketika ini, Khalid mula membuat bising dengan mendakwa Choo Keong memang tidak faham tetapi beliau tidak diberi laluan oleh bekas wakil rakyat PKR itu untuk mencelah sebelum disusuli oleh Lo’lo.

Susulan tindakan Khalid dan Lo’lo itu, Choo Keong membacakan dua fatwa Nik Abdul Aziz yang dibuat pada 19 November 1992 dan 26 November 1994 iaitu:

“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”

Dalam pada itu, Choo Keong membidas amalan politik ‘dua alam’ Anwar yang cuba menjadi jaguh kampung dalam menentang amalan judi sedangkan beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

“Perangainya sekarang membuktikan pendirian ‘cakap tak serupa bikin’. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja yang menguntungkan beliau dari segi politik, kira beres. Kini beliau mahu jadi ‘suci dalam debu’, lebih putih daripada pencuci clorox (peluntur pakaian),” tegasnya.

Terima Kasih: Utusan Malaysia

Tahniah kepada Wee Choo Keong, kerana berjaya membuatkan Dr Lo’ Lo’ dan Khalid Gereja gagal menjawab pendedahan yang dibuat oleh beliau. Mereka berdua hanya mampu membantah dengan mengatakan kenyataan Wee Choo Keong mengelirukan akan tetapi bantahan tersebut ditolak YDP Dewan Rakyat.

Akhirnya Dr Lo’ Lo’ dan Khalid Gereja hanya menelan air liur kerana tak dapat menentang pendedahan tak terduga oleh Wee Choo Keong. Pesanan aku buat Dr Lo’ Lo’, jangan berlagak jaguh jika tak tahu fakta. Satu lagi, tolong hormati wakil lain membentangkan usul, jangan mencelah dan membantah. Akhirnya jerat memakan diri… Anda tak mampu menangkis hujah-hujah Wee Choo Keong atau menafikannya…

Itulah sikap PAS, kuman seberang laut nampak jelas. Gajah kat depan mata buat-buat tak nampak… Kesalahan orang segera dicari hingga ke lubang cacing. Kesalahan sendiri sampai dah membusuk jadi pekung bernanah masih tak peduli… Takkan tunggu orang tegur baru nak berubah?

KHALID GEREJA LAKNATULLAH MAHU ORANG RAMAI FAHAMI MAKSUD KALIMAH ALLAH?

13 Komen


Khalid Gereja Laknatullah ni tak habis-habis dengan tipu-dayanya. Bacalah artikel dalam Lidah Rasmi Syaitan ni: Khalid cadang orang ramai mendalami maksud ‘Allah’ Malah anak haram ni bersungguh-sungguh mahu mengatakan kalimah Allah itu mempunyai maksud yang berbeza-beza… Adakah anak gampang ni tau kalimah Allah itu tidak ada maksud lain? Allah tetap Allah… Tiada maksud disebalik kalimah itu. Umat Islam seluruh dunia juga mengungkap kalimah Allah bukan berdasarkan maksud dalam bahasa masing-masing.

Malah anak haram ini merujuk Rasulullah S.A.W menggunakan nama Allah di setiap surat Baginda S.A.W yang diutuskan kepada raja-raja bukan Islam. Tapi tahukah anak gampang ni ceritera sebenarnya? Rasulullah S.A.W mengutuskan surat kepada raja-raja kafirin adalah untuk mengajak raja-raja tersebut berpaling kepada ajaran Islam dan menyembah Allah. Di dalam surat Baginda S.A.W, ada juga menyebut ungkapan, ‘Bismillahirrahmanirrahim’ yang bermaksud, ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang’. Tetapi Khalid Gereja yang gampang ni tak nak ceritakan dengan sepenuhnya… Hanya cerita sekerat-sekerat. Jika tak percaya sila masuk blog ini untuk membaca kandungan Surat Rasulullah SAW. Kepada Najasyi, Raja Habsyah

Khalid Gereja juga pandai mengungkap ayat-ayat Al-Quran sekerat-sekerat. Ayat Al-Quran apabila di baca sekerat-sekerat maknanya akan jadi berlainan… Ini sudah memesongkan akidah Umat Islam sendiri. Serupalah jika kita mengungkap kalimah ‘La Ilaha Ilallah’ yakni ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah’. Jika kalimah tersebut, kita sebut sekerat, contohnya, ‘La Ilah’ yang membawa maksud ‘Tiada Tuhan’, sudah pastinya boleh menjejaskan akidah Umat Islam.

Kepada Khalid Anak Gampang, jika anda tidak faham Islam ala Melayu. Aku lagi tak faham Islam sekerat-sekerat Ala PAS…

Khalid Anak Gampang, berhentilah dari menyesatkan akidah Umat Islam…

Khalid Laknatullah Setuju Gereja Guna Nama Allah? MasyaAllah!!

11 Komen

Guna nama Allah: Khalid setuju keputusan Mahkamah

SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan ‘Allah’.

Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran.

“Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya,” jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.

Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.

“Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.

“Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri,” katanya.

Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja.

“Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja,” jelasnya.

Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.

Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.

Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.

Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka.

Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu.

Dipetik Dari Lidah Rasmi Syaitan: H-Araklah…
Guna nama Allah: Khalid setuju keputusan Mahkamah

PAS begitu bangga apabila berjaya mencemarkan nama suci Allah dengan menyokong kenyataan Khalid Samad. MasyaAllah apa sudah jadi ni ya sheikh?? Dunia sudah jadi empat segi kaa?? Langsung tiada bantahan di dalam lidah rasmi syaitan ini berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur… Malah berbangga apabila gereja boleh menggunakan nama Allah tanpa sekatan…

Peringatan buat semua pemimpin PAS dan terutamanya Khalid Gereja… Ingatlah balasan dari Allah pasti akan tiba…