Malaysiakini Mainkan Persepsi Isu Kenaikan Tarif Elektrik?

Tinggalkan komen

Malaysiakini Mainkan Persepsi Isu Kenaikan Tarif Elektrik?

Seperti biasa, Malaysiakini bermain dengan persepsi dengan membuat andaian kononnya akan berlaku kenaikan tarif elektrik pada bulan November. Walaupun Malaysiakini tidak menyatakan dengan jelas, tetapi ramai blogger bangang di luar sana secara semberono mempercayai apa yang disampaikan oleh Malaysiakini… Yang menghairankan, hanya Malaysiakini yang memaparkan berita ini, akhbar-akhbar lain tidak menyiarkannya hatta Bernama sekalipun.

Malaysiakini menyebarkan berita di atas dipercayai untuk mengaburi isu dana George Soros dan ramai kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai akal setengah masak mempercayai bulat-bulat. Hakikatnya tarif elektrik sudah dinaikkan sejak bulan Jun yang lepas, tetapi hanya melibatkan pengguna bukan domestik sahaja. Pengguna domestik terkecuali dari kenaikan ini.

Kebijaksanaan Malaysiakini memutar belitkan berita temuramah Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dengan Sin Chew Daily dengan menokok tambah berita, wajar dipuji. Kerana dengan cara itu Malaysiakini terus dapat memanipulasi pemikiran rakyat Malaysia yang kebanyakannya mempunyai akal setengah masak…

Apa yang pasti tahun ini tidak akan berlaku kenaikan tarif elektrik untuk pengguna domestik kerana Perdana Menteri kita tak pernah umumkan semasa pembentangan Bajet 2013 tempoh hari. Berhati-hati apabila menyebarkan satu berita yang kita tak pasti

Sumber: Tarif elektrik naik…tapi tak libatkan 4.4 juta pengguna domestik

Advertisements

Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Tinggalkan komen

Najib Razak Rasuah Budak Untuk Raih Undi??

Bila membaca tajuk di atas sahaja tentu ada kalangan kita yang tertanya-tanya… Benarkah dakwaan di atas?? Adakah ianya fitnah atau satu kebenaran?? Jika sesetengah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap pemikiran singkat (simpleton) akan terus percaya dengan berita disampaikan tanpa berdolak-dalik lagi…

Mainan persepsi boleh memerangkap mindset kita untuk mempercayai cerita atau maklumat yang cuba disampaikan… Oleh itu sekiranya tahap pemikiran yang singkat, akan terus mempercayai apa yang disampaikan tanpa dakwa dan dakwi lagi…

Sebagai contoh, tajuk yang eXception letak di atas adalah satu contoh persepsi untuk menggambarkan sisi negatif pemimpin. Bagi mereka yang berfikiran singkat, mereka tidak akan perasan dengan dua tanda soal dihujung tajuk. Tanda soal dihujung tajuk menggambarkan ianya satu persoalan… bukan satu kenyataan… Ianya mahu mengajak pembaca memikirkan adakah ianya benar atau salah…

Jika cybertrooper sebelah PR, sudah cukup bagi mereka mempermainkan minda pembaca hanya dengan meletakkan gambar kanak-kanak di atas yang sedang memegang wang di bawah tajuk seperti di atas… Maka terpulanglah kepada pembaca hendak percaya atau tidak… Tanggungjawab cybertrooper PR ini cuma mahu memainkan persepsi negatif terhadap pemimpin…

Bermacam cara boleh digunakan untuk memainkan persepsi… Termasuklah gambar di bawah ini…

Gambar paling atas adalah gambar kanak-kanak yang menjadi antara penerima zakat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak. Majlis penyampaian zakat ini diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

Zakat berkenaan dibayar oleh pelbagai pihak untuk diagihkan kepada asnaf di Parlimen Pekan, antaranya Bank Rakyat membayar RM 600,000 manakala Amanah Raya Berhad dan Uda Holdings masing-masing RM200,000.

Penyumbang zakat lain ialah Affin Islamic Bank dan Lembaga Tabung Haji, masing-masing RM100,000. Manakala Yayasan Basmi Kemiskinan RM50,000 dan diikuti pembayar individu lain termasuk Datuk Seri Najib sendiri.

Sumber: Zakat wujudkan masyarakat adil

Panas!! Najib Pakai Rantai Emas??

5 Komen

Najib Pakai Rantai Emas?? What A Joke!!

eXception nak tergelak bila membaca komen-komen dalam YouTube di atas yang percaya Najib pakai rantai emas…

Ha ha ha ha ha… eXception tak pasti samaada video tersebut asli atau sengaja diedit…

Persoalannya kenapa sekarang baru nak tunjuk??

Jika benar Najib pakai rantai emas, kenapa video dan gambar sebelum ini tidak ada??

Satu soalan yang memang GAGAL dijawab oleh tukang fitnah…

Inilah salah satu contoh fitnah, iaitu menimbulkan persepsi…

Yang peliknya, ada yang dok percaya…

Apa yang pasti yang berkilat itu kemungkinan wayar alat komunikasi yang dipasang pada telinga Najib…


Updated…

Humm… setelah mencari-cari gambar Najib seperti yang didakwa…
Gambar di bawah eXception perolehi…

eXception tak pasti samaada ianya emas, ataupun suasa…

Dari segi kilauan nampak macam emas…

Daripada warna tidak menampakan kekuningan seperti emas…

Ianya lebih kepada warna perak…

Ada sesiapa boleh beri jawapan??

Mungkin ini yang dipakai oleh Najib…

Benda di atas ni dinamakan Energy Pendant, banyak dijual dalam Internet…

Untuk mengetahui lebih lanjut pasal produk di atas, sila rujuk laman di bawah ini…

Scalar Dynamics
Quantum Scalar Energy Pendant