Pencacai Pakatan Haram Spin Isu Mobile Unit AES

Tinggalkan komen

Pencacai Pakatan Haram Spin Isu Mobile Unit AES

Seperti biasa, dah resmi pencacai Pakatan Haram, semua isu akan dispin sampai pening… Isu kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan yang mempunyai label Automated Enforcement Mobile Unit disangkanya milik syarikat swasta… Sudah dasar orang bodoh, akan cuba memperbodohkan diri sendiri…

Pemasangan sistem kamera AES sememangnya melibatkan syarikat swasta, tetapi AES Mobile Unit sepenuhnya dikendalikan oleh PDRM dan JPJ.

Beza antara AES Mobile Unit dan AES Kamera Statik ialah Mobile Unit merujuk kepada unit yang akan membawa kamera mudah alih, di mana di kawasan tersebut tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya.

Sebagai contoh, speed trap konvensional yang memerlukan anggota Polis untuk berada di lokasi untuk merakam kenderaan yang melebihi had laju. Ini adalah contoh mobile unit. Tidak ada kena mengena langsung dengan syarikat swasta. Jelas pencacai Pakatan Haram cuba memperbodohkan diri sendiri dan rakyat Malaysia. Malah pemimpin Pakatan Rakyat juga berjaya memperbodohkan diri sendiri di dalam parlimen.

Cuma bezanya AES dengan speed trap yang lama, di mana lokasi AES adalah tetap. Manakala speed trap yang lama tidak tetap kedudukannya. Sila rujuk portal Jabatan Pengangkutan Jalan untuk maklumat yang lebih jelas…

Sumber Fitnah

Awal-awal Kroni Sudah Besar Kepala, Syarikat Konsesi AES Menyamar Pegawai JPJ

Sumber Fakta

Automated Enforcement System (AES)

Pemimpin PKR Manakah Yang Akan Membida Nombor PKR 1 Nanti?

Tinggalkan komen

Bidaan Nombor Pendaftaran PKR 1 – PKR 9999 Dibuka Oleh JPJ

Untuk pengetahuan korang semua, JPJ Pulau Pinang telah membuka tawaran kepada orang awam bagi yang ingin membida nombor plat bermula dari PKR 1 hingga PKR 9999. Tawaran telah dibuka bermula 21 Mei 2012 hingga 4 Jun 2012 (jam 12.00 tengahari).

Kini menjadi teka-teki siapakah yang akan membida nombor plat PKR 1 ini… Serta berapakah harga bidaannya nanti? Adakah harganya akan menjadi RM 520,000.00?? Ataupun harganya akan menjadi RM 600,000.00?? Siapa tahu?? Mungkinkah beliau ini yang akan membida nombor PKR 1 nanti??

Atau mungkin individu ini??

Mungkin juga MB Selangor mempunyai minat untuk membidanya??

Apa pula kata pencacai-pencacai Pakatan Anak Haram Jadah nanti apabila pemimpin mereka membida nombor plat ini nanti??

Sama-sama kita fikirkan…

Mengapa Penunggang Motorsikal Dipersalahkan?

1 Komen

Peningkatan Kemalangan Motorsikal. Wajarkah Penunggang Motorsikal Dipersalahkan Sepenuhnya??


Gambar ihsan Ondscene

KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Mulai tahun depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara memandangkan kadar kemalangan pengguna motosikal semakin kritikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, perkembangan ini boleh dilihat pada data-data Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan kemalangan membabitkan pengguna motosikal meningkat kepada 61.6 peratus berbanding 59.7 peratus pada tahun lepas.

“Kalau kita tengok dalam tempoh 2001-2010, kadar kemalangan maut di kalangan pengguna motosikal ialah 58.2 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Inovasi JPJ Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.

Ismail berkata, memandangkan masalah motosikal begitu kritikal di Terengganu, negeri itu dipilih sebagai perintis operasi tersebut diikuti negeri-negeri yang lain dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, hasrat JPJ untuk mengurangkan kadar peratus kemalangan maut tidak akan berjaya sekiranya ada peningkatan kemalangan di kalangan pengguna motosikal. – Bernama


JPJ kelihatan mahu lepas tangan dengan menyalahkan penunggang motorsikal 100% akibat peningkatan jumlah kemalangan melibatkan motorsikal. Ini kerana dari pengalaman eXception, sikap pemandu kenderaan lain juga harus dipersalahkan terutama sekali pemandu kereta…

Adakalanya sikap pemandu kereta yang tidak menghormati penunggang motorsikal dengan bertindak menghimpit penunggang motorsikal juga penyumbang kepada kemalangan ini.

Malah tindakan pengguna kenderaan meletakkan kenderaan sesuka hati di bahu jalan juga membahayakan penunggang motorsikal. Akan tetapi mengapa JPJ tidak mengambil tindakan menyaman pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sesuka hati tanpa meletakkan papan tanda? Apabila sudah berlaku kemalangan baru JPJ hendak bertindak… Akan tetapi langkah yang dilakukan oleh JPJ langsung tidak berkesan…

Sepatutnya JPJ bertindak mengelakkan perkara ini dari berlaku dengan kerap melakukan rondaan… Bukan hanya musim perayaan baru hendak membuat rondaan? Jika ini sikap JPJ, maka tak hairanlah jumlah kemalangan melibatkan pengguna motorsikal semakin meningkat…

Jika anda lihat video di bawah, jelas menunjukkan betapa Putrajaya juga tak terlepas berlakunya kemalangan… Bukan berpunca kepada penunggang motorsikal 100% tetapi pengguna jalan raya yang lain juga…

Kepada Jabatan Pengangkutan Jalan… Diharap jalankan kerja anda yang sebetulnya… Bukan hanya menuding jari kepada orang lain kemudian duduk goyang kaki… Tugas anda bukan hanya menyaman atau melakukan operasi… Tugas anda juga melibatkan pencegahan kemalangan… Tiada jalan pencegahan, maka segala kempen yang dilakukan adalah GAGAL…