Tahniah! Tan Sri Khalid Abu Bakar Dilantik Ketua Polis Negara

Tinggalkan komen

Tahniah! Tan Sri Khalid Abu Bakar Dilantik Ketua Polis Negara

Sekalung tahniah diucapkan buat Tan Sri Khalid Abu Bakar di atas perlantikan beliau Ketua Polis Negara yang baru. Perlantikan Tan Sri Khalid adalah sebagai mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis Negara setelah Tan Sri Ismail Omar yang akan bersara wajib 17 Mei ini.

Berkuatkuasa 17 Mei 2013 juga, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil alih tugas Tan Sri Ismail Omar untuk memimpin pasukan Polis.

Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Ismail Omar yang berjaya memimpin pasukan Polis Diraja Malaysia sehingga ke tahap sekarang. Bakti yang dicurahkan oleh Tan Sri Ismail Omar kepada PDRM semestinya dikenang sampai bila-bila…

Blogger Milo Suam Ditahan Ketika Cuba Lari Ke Jerman

Tinggalkan komen

Blogger Milo Suam Ditahan Ketika Cuba Lari Ke Jerman

Maklumat yang diterima beberapa minit sebelum pukul 12:00 tengah malam tadi, mengesahkan Blogger tersohor Pakatan Rakyat, MILOSUAM telah ditahan pihak berkuasa selepas beberapa hari hidup dalam buruan.

MILOSUAM dilaporkan telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang dalam cubaan untuk melepaskan diri ke luar negara. Sebaik-baik sahaja ditahan, Blogger berkenaan telah dibawa ke Bukit Aman untuk membantu siasatan berhubung fitnah kertas undi dan fitnah terhadap SPR.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga peruntukan atau akta yang boleh digunakan terhadap MILOSUAM kerana menyebar maklumat palsu.

Pastinya para pecacai Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan penangkapan MILOSUAM dan tindakan pantas pihak berkuasa Malaysia terutama sekali PDRM. Dan pastinya juga barisan peguam handalan PKR dan DAP sudah bersedia untuk membela MILOSUAM.

Apa pun kita tunggu siasatan selanjutnya. Kita juga tunggu apakah MILOSUAM akan mengaku yang dia MILOSUAM kerana khabarnya para blogger pro-Pakatan amat berani dan tidak takut-takut untuk memperkenalkan diri mereka walaupun mereka juga berselindung di sebalik nama pena.

Atau dia juga akan meniru gerak langkah seorang lagi pecacai Pakatan yang sangat aktif di YOUTUBE suatu ketika dahulu yang enggan mengakui pengguna akaun bernama HAFIZ adalah dirinya?

Kita tunggu sama-sama…

The Flying Kick

Aikkk? Mau lari ka Milo Suam? Apa pasal mau lari kalau lu tak buat salah… Kata orang-orang tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali… Sekali lu buat jahat, lu memang tak boleh lari punya maaa… Apapun nasihat aku kepada PDRM, jagalah Milo Suam ni bebaik… Jangan lupa bagi dia makan friskies sehari 3 kali… Ha ha ha ha ha ha ha ha!!

Khabarnya nama sebenar si Milo Suam ni, Yusuf Al Siddique Suratman dan berumur 29 tahun… Nama Al Siddique, tapi langsung tak menyampaikan perkara yang benar… Sedangkan sahabat Rasulullah SAW, iaitu Abu Bakar, diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud (yang membenarkan)…

Pencacai Pakatan Haram Spin Isu Mobile Unit AES

Tinggalkan komen

Pencacai Pakatan Haram Spin Isu Mobile Unit AES

Seperti biasa, dah resmi pencacai Pakatan Haram, semua isu akan dispin sampai pening… Isu kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan yang mempunyai label Automated Enforcement Mobile Unit disangkanya milik syarikat swasta… Sudah dasar orang bodoh, akan cuba memperbodohkan diri sendiri…

Pemasangan sistem kamera AES sememangnya melibatkan syarikat swasta, tetapi AES Mobile Unit sepenuhnya dikendalikan oleh PDRM dan JPJ.

Beza antara AES Mobile Unit dan AES Kamera Statik ialah Mobile Unit merujuk kepada unit yang akan membawa kamera mudah alih, di mana di kawasan tersebut tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya.

Sebagai contoh, speed trap konvensional yang memerlukan anggota Polis untuk berada di lokasi untuk merakam kenderaan yang melebihi had laju. Ini adalah contoh mobile unit. Tidak ada kena mengena langsung dengan syarikat swasta. Jelas pencacai Pakatan Haram cuba memperbodohkan diri sendiri dan rakyat Malaysia. Malah pemimpin Pakatan Rakyat juga berjaya memperbodohkan diri sendiri di dalam parlimen.

Cuma bezanya AES dengan speed trap yang lama, di mana lokasi AES adalah tetap. Manakala speed trap yang lama tidak tetap kedudukannya. Sila rujuk portal Jabatan Pengangkutan Jalan untuk maklumat yang lebih jelas…

Sumber Fitnah

Awal-awal Kroni Sudah Besar Kepala, Syarikat Konsesi AES Menyamar Pegawai JPJ

Sumber Fakta

Automated Enforcement System (AES)

Jenayah Meningkat Salahkan BN. Tapi Mereka Sokong Penjenayah.

Tinggalkan komen

Jenayah Meningkat Salahkan BN. Tapi Mereka Sokong Penjenayah.

Bila kes-kes jenayah meningkat, Pakatan Rakyat segera menuding jari kepada Barisan Nasional…

Mereka menuduh bahawa Barisan Nasional menjadi penyebab peningkatan kes-kes jenayah…

Pakatan Rakyat cuba ‘membasuh’ pemikiran rakyat untuk membenci Polis serta Barisan Nasional…

Tetapi pada masa yang sama… Mereka bersandiwara pula dengan bersimpati dan menyokong penjenayah…









Rakyat Malaysia tak perlu terpesona dengan sandiwara Pakatan Rakyat…

Sokongan mereka terhadap penjenayah tak pernah berubah…

Malah kalangan ahli dalam PR juga terdiri daripada PENJENAYAH!!

Lihatlah apabila melayu dibunuh oleh penjenayah dari kalangan ahli PR…

Adakah mereka akan bantu keluarga mangsa??

Adakah mereka bersimpati??

Adakah mereka mengutuk pembunuh tersebut??


Mereka di bawah juga adalah mangsa penjenayah…

Mahukah korang lihat ahli keluarga korang jadi begini??

Hanya polis yang mampu membenteras jenayah…

Tetapi Pakatan Rakyat juga membencikan pasukan Polis…

Malah ada yang mahu membunuh anggota Polis…

Bagaimana jenayah hendak kurang…

Pakatan Rakyat menyokong penjenayah…

Pakatan Rakyat juga memusuhi pasukan Polis…

Hanya penjenayah sahaja takut dan bencikan Polis…

Tak perlu terpedaya lagi dengan sandiwara demi sandiwara oleh Pakatan Rakyat…

Artikel Berkaitan: PDRM – Rakan Jenayah Si Mati Dakwa Polis Lepaskan Tembakan Ala Ala Filem Koboi.

Bakar Kekasih. Teman Lelaki Akhirnya Ditahan Polis.

Tinggalkan komen

Bakar Kekasih. Teman Lelaki Akhirnya Ditahan Polis.

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya.
“Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

Alhamdulillah… Akhirnya penjenayah kejam ini berjaya juga ditahan Polis… Harap muka je poyo… Perangai macam lahanat… Tahniah kepada PDRM kerana berjaya juga menahan penjenayah ini… Harap penjenayah ini diberi hukuman yang berat dan setimpal dengan perbuatannya itu…

eXception doakan semoga adik Nurul Firzanah kembali sihat dan berupaya meneruskan hidup secara normal…