Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Wilayah Persekutuan

Ulasan Dimatikan pada Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Wilayah Persekutuan

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Wilayah Persekutuan

Salam sejahtera kepada semua pengamal media sosial 1 Malaysia, tak mengira anda penulis blog, facebooker ataupun twitterian. Sukacita dimaklumkan bahawa Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 14 Julai 2012 di Regency International Hotel, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan anda semua, masuk adalah percuma. Difahamkan ada hadiah untuk cabutan bertuah. Jika di Selangor tempoh hari, hadiahnya ialah Netbook… Mungkin hadiah peringkat Wilayah Persekutuan ni berupa telefon Blackberry?? Mungkin iPhone 4S?? Mungkin Netbook?? Mungkin laptop?? Mungkin Samsung Galaxy SIII?? Mungkin…. Segalanya mungkin… Jadi eXception tak boleh nak bagi confirmation lagi…

InsyaAllah eXception akan turun juga ke sana… Kita jumpa di sana nanti…

Sila emelkan maklumat diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, no telefon, facebook/twitter/blog kepada Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia: daftarkms1m.wpkl@gmail.com

Advertisements

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Negeri Selangor

Tinggalkan komen

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Peringkat Negeri Selangor

Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia akan menganjurkan Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2012 seperti butiran berikut:

Tarikh : 5hb Jun 2012
Hari : Selasa
Masa : Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi
Tempat : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Adalah sukacita dimaklumkan bahawa semua pengamal media sosial Malaysia yang berminat dijemput hadir ke konvensyen ini.

Sila emelkan maklumat peribadi anda seperti di bawah, dan emelkan kepada: daftarkms1m.selangor@gmail.com

Nama penuh:
No K/P:
No Telefon:
Nama FB:
Nama Twitter:
Nama Blog:
Size baju:

500 pendaftaran online terawal akan mendapat hadiah cenderahati misteri dan begitu juga pendaftar 500 terawal pada hari konvensyen.

Pertanyaan dan keterangan lanjut boleh diperolehi dari laman ini:

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR