Lim Guan Eng tak mampu tangani isu Kampung Buah Pala?

2 Komen

Kerajaan Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

“Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Lim berkata walaupun kerajaan negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Lim bagaimanapun, tidak menyatakan kos untuk mengambil alih tanah itu.

Beliau berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu.

Bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka itu.

Sumber: Malaysiakini

Kesian penduduk Kampung Buah Pala, harapkan pagar, pagar makan padi. Nampaknya Khalifah Lim Guan Eng cuba lepas tangan dan mahu serahkan bulat-bulat isu Kampung Buah Pala ini kepada Kerajaan Persekutuan. Apa punya Ketua Menteri dah. Tak boleh pakai langsung. Satu sen pun tak guna. Harap cakap dan menipu je banyak, tapi habuk pun takde. Inilah dia contoh pemimpin yang tak boleh diharap sama sekali. Sepatutnya Lim Guan Eng wajib menyelesaikan sendiri isu Kampung Buah Pala ini tanpa meminta bantuan Kerajaan Persekutuan. Mintak tolong kat Anwar ke. Oh ya lupa pulak, Anwar pun dua kali lima je dengan Lim Guan Eng. Semua kaki kelentong. Harap kokok je berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi. Apa nak jadi tak tahulah. Apapun aku harap Datuk Seri Najib tidak melayan permintaan Lim Guan Eng, jangan kita campuri urusan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya lebih berkebajikan dari Kerajaan Persekutuan. Biar mereka uruskan sendiri dan biar rakyat tengok sendiri kemampuan atau kemampusan Kerajaan Pakatan Rakyat yang mereka bangga-banggakan sangat.

Anwar kata lain, DAP kata lain.

2 Komen

Hai macam-macam hal terjadi pada Kera-Jaan Fuckatan Riot Kedah nih. La ni kes DAP Kedah nak keluar dari pakatan. Puncanya berkemungkinan dari isu seekor binatang yang dipanggil BABI ataupun KHINZIR ataupun TONYOK ataupun KERBAU PENDEK…. Apa-apa sahaja nama yang berkaitan, sama sahaja. Babi tetap babi. Tapi ada pulak kenyataan yang cukup menggelikan hati dari Anwar yang mengatakan isu tersebut hanya diperbesar-besarkan media. Sebenarnya Anwar cuma takut media menyiarkan kepincangan Fuckatan Riot ni. Ye lah bila dah pincang, maka tergugat lah Anwar. Kalau tak percaya sila baca berita di bawah ini:


BUKTI…Lee menunjukkan keratan akhbar isu pusat
penyembelihan babi menyebabkan beliau keluar dari Pakatan
Rakyat Kedah

ALOR STAR: Parti DAP Kedah, semalam membuat keputusan menarik diri daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah pimpinan Pas berikutan kecewa dengan kerajaan negeri yang didakwa tidak mengikut prinsip Pakatan Rakyat yang mengutamakan keadilan dan kebajikan rakyat.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar diadakan di sini, petang semalam dan pihaknya sudah menghantar surat berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat serta memaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Sekiranya Jawatankuasa Tertinggi parti menerima keputusan itu, satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah iaitu Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Darulaman akan diisytiharkan sebagai Adun Bebas.

“Selain itu, tiga ahli majlis dan 43 ketua komuniti dari DAP di negeri ini akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Keputusan mengejutkan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan kerajaan negeri yang tidak mengendahkan rayuan mereka untuk menangguhkan kerja meroboh dan memindahkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini petang semalam.

Pusat penyembelihan babi itu yang mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan penduduk berhampiran sejak 30 tahun lalu sepatutnya diroboh awal bulan lalu ditangguhkan sebulan sehingga semalam bagi memberi peluang kepada pengusaha mencari lokasi baru.

Bagaimanapun, usaha DAP mencadangkan enam lokasi baru kepada kerajaan negeri baru-baru ini ditolak.

Malah, DAP turut kecewa apabila janji Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk membawa perkara itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dalam pertemuan mereka kelmarin tidak dilaksanakan apabila ia tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Exco, semalam.

Su berkata, mereka bukan menentang kerja merobohkan pusat penyembelihan itu, malah menyokongnya kerana kawasan itu tidak lagi sesuai selain mengambil kira sensitiviti penduduk di situ.

“Apa yang kami mahukan ialah keadilan dan kebajikan 25 pengusaha yang beroperasi di pusat penyembelihan itu. Kelewatan mendapatkan lokasi baru menyebabkan mereka mengalami kerugian selain menjejaskan bekalan daging haiwan berkenaan di negeri ini.

“Ini juga bukan soal perkauman, tetapi adalah keadilan dan hak rakyat. Jika kawasan itu pusat penyembelihan lembu dan keadaannya sama seperti itu, kami juga akan bantah,” katanya.

Terdahulu, kerja meroboh pusat penyembelihan itu oleh MBAS cuba dihalang Su serta kira-kira 20 ahli DAP.

Su berkata, kekecewaan DAP Kedah terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak prihatin dengan keadilan untuk rakyat dengan pelaksanaan dasar baru pemilikan rumah iaitu kuota Bumiputera dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus dan isu perobohan kuil serta tokong di Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan Jalan Tanjung Bendahara, di sini yang didakwa sudah diluluskan MBAS.

Katanya, keputusan itu juga dibuat kerana berasakan suara DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dipinggirkan sejak memenangi pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Sementara itu, Azizan ketika dihubungi, berkata DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belit isu itu dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

Sumber: Harian Metro 3 Julai 2009

Dah terang-terang dia tunjuk kat paper tu, so apa lagi yang nak dikata? Encik Anwar, what say you atau you say aku?

Anwar salahkan media, nafi DAP Kedah keluar PR

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

“Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, semalam.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Anwar berkata, beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan keluar daripada PR kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan merobohkan satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Sementara itu. Pengarah pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

“Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita,” katanya.

Bagi Penasihat DAP, Lim Kit Siang, beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Sumber: Sinar Harian 3 Julai 2009