Makin ramai tidak mahu ISA dimansuh

Tinggalkan komen


Desakan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semakin jauh merosot dalam undian di laman web berita Keselamatan Dalam Negeri (KDN) – tinggal lagi 57 peratus daripada 92 peratus.

Jumlah responden yang menjawab soalan “Apa yang anda mahu dari ISA?” bagaimanapun meningkat mendadak kepada 22,722 daripada 522 responden dalam semakan awal Malaysiakini, Khamis lalu.

Sebanyak 481 responden atau 92 peratus mahu akta kontroversi itu dihapuskan minggu lalu, hampir 24 jam selepas undian itu dimuat naik di portal berita rasmi kementerian berkenaan.

Hari ini tinggal 57 peratus atau 12,993 responden mahu ia dimansuhkan, selebihnya ingin ia disemak seperti janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara tanggapan pengunjung gerbang berita rasmi KDN juga berubah, setakat semakan jam 2.50 petang ini – 51 peratus atau 12,206 daripada 24,127 responden menyifatkan akta itu “zalim”.

Minggu lalu, 597 responden atau 88 peratus menganggapnya sedemikian.

Sumber: Malaysiakini

Nampaknya rakyat Malaysia sudah berfikiran matang dan rasional. Mereka mula menerima ISA sbg satu langkah pencegahan awal dari anasir pengganas serta komunis. Mereka yang tidak suka ISA ialah mereka yang buta hati. Akal mereka penuh dengan perkara negatif mengenai ISA. Hanya orang yang buat salah sahaja takut dengan ISA.

Jom berikan undi anda di: Portal Berita iKDN

PPIM, Perwaris cadang saman GMI

Tinggalkan komen

Empat organisasi lagi bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demonstrasi membantah akta ISA minggu lalu atas alasan “kerugian material dan psikologi” kepada peniaga dan pengguna.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Kuala Lumpur akan menfailkan saman pemula dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Buat masa sekarang, keempat-empat badan tersebut termasuk Pewaris yang menganjurkan perhimpunan pro-ISA pada Sabtu lalu, sedang mengumpulkan bukti-bukti daripada pengguna berhubung demonstrasi tersebut.

PPIM akan bertindak sebagai penyelaras untuk mengumpulkan tuntutan-tuntutan daripada individu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Ma’amor Osman (dua dari kiri).

“Kami mewakili tuntutan tersebut secara individu dan persatuan pun akan buat tuntutan. Ada dua tuntutan.

“Kita menjangkakan mungkin ribuan individu akan buat tuntutan tersebut,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri oleh tiga lagi pemimpin badan tersebut.

“Kita jangkakan daripada respons, barangkali ada sepuluh ribu yang respons, tapi kita nak tengok bukti yang mereka ada. Kalau mereka ada, saya rasa mungkin kita boleh kurangkan kepada satu ribu orang yang menuntut.

“Tetapi, saya nak cerita rasa sengsara orang ramai, akibat daripada demonstrasi. Tapi saya agak kecewa kenapa demonstrasi buat di kawasan orang Melayu.

“Saya bukan racist. Buatlah di kawasan lain, buatlah di Petaling Street, kalau berani. Kenapa buat di Masjid India, kawasan Melayu ramai di situ.”

Kelmarin, tiga persatuan penjaja membuat laporan polis terhadap Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), penganjur utama perhimpunan tersebut, dalam rancangan mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Persatuan Penjaja Lorong Masjid India, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah dan Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPBWP) juga menuntut pampasan atas kerugian kira-kira RM10 juta yang dialami kira-kira 1,000 peniaga sekitar Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kerugian yang didakwa dialami termasuklah kerosakan barang-barang, kerugian akibat penutupan kedai dan kekurangan pelanggan.

Dalam sidang media di sebuah kafe pagi ini, Dr Ma’amor menambah, empat organisasi itu sedang membuat kajian berhubung jumlah peniaga yang mengalami kerugian dan berharap tuntutan orang ramai disertai bukti.

Tambahnya, mereka akan membuat tuntutan tersebut kepada penganjur atau individu yang dikenal pasti sebagai penganjur atau pihak yang berselindung di sebalik pengajuran perhimpunan tersebut.

“Kita kena pastikan dalam tempoh ini, siapakah pengajur demonstrasi tersebut,” katanya.

Diminta menjelas lanjut identiti penganjur yang dimaksudkannya, Dr Ma’amor enggan mendedahkannya sehingga saman pemula difailkan.

Beliau juga menuntut polis bertanggungjawab atas alasan gagal menghalang penganjuran demonstrasi tersebut dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa itu.

Sumber: Malaysiakini

Yeahh!! Aku sokong 500 peratus cadangan PPIM, Perwaris, Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Kuala Lumpur itu. Sememangnya GMI patut di saman. Saman sekali mastermind demo ini, iaitu Al-Juburi Bin Al-Yahudi… Sememangnya Bapak Demonstrasi Malaysia ni patut di saman juga. Asyik nak saman orang je kerja dia, kita saman dia laks… Hei hei hei… Apapun, SAMAN TETAP SAMAN!!!

Wajarkah Kanak-Kanak Digunakan Bagi Mencapai Agenda Politik?

5 Komen


Oleh Noor Hayati Muda

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Pepatah Melayu menyebut “melentur buluh biarlah dari rebung” bermaksud jika mahu mendidik seorang anak sebaiknya ia hendahlah bermula sedari kecil.

Namun insiden di tengah ibu kota pada Sabtu lalu, yang menyaksikan kanak-kanak dan remaja terlibat dalam satu perhimpunan haram didalangi parti-parti politik menimbulkan persoalan apakah bentuk didikan yang ingin diterap oleh mereka yang berkenaan itu.

Berpegang pada alasan perhimpunan dirancang secara aman, penganjur dan mereka yang menyokongnya mungkin berpendapat tidak salah mengheret anak-anak di tengah panas terik matahari untuk tujuan itu.

Ia acara santai, hujah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang juga antara orang kuat dalam menganjurkan perarakan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ketika diminta mengulas rasional melibatkan kanak-kanak dan remaja dalam protes jalanan tersebut.

“Seperti apa yang telah saya sebutkan banyak kali, perhimpunan yang kita anjurkan sebelum ini adalah satu perhimpunan yang aman, (untuk) bersantai dan memang saya banyak kali menyatakan boleh bawa anak-anak dan isteri kita bersama-sama,” katanya.

Malah, menurut Salahuddin, mereka merancang untuk bersurai selepas satu jam berhimpun.

Sekalipun mengakui peserta perhimpunan haram berisiko disembur air dan dilontar gas pemedih mata, Salahuddin berkata insiden pada hari berkenaan berpunca daripada pihak polis yang tidak mahu memberi kerjasama kepada mereka.

“Bukan kami tak tahu risiko, tapi kami ada niat nak berhimpun secara aman. Kalau kami ada niat tak baik buat apa kami nak isytiharkan rancangan kami,” katanya.

Ironinya itulah yang berlaku pada Sabtu lalu apabila pihak polis yang sebelum ini berulang kali meminta penganjur membatalkan perhimpunan, bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan menyembur air selepas keadaan menjadi tidak terkawal.

Lebih buruk lagi apabila segelintir mereka yang ditahan polis kerana menyertai perhimpunan haram itu adalah kanak-kanak dan remaja, sekali gus memberi ruang kepada parti politik yang mendalangi protes untuk terus mengecam pihak berkuasa.

Bagi pemerhati politik pula, protes jalanan menggunakan “perisai kanak-kanak” itu adalah taktik pengecut tetapi berkesan untuk menarik perhatian masyarakat.

“Taktik ini bukan suatu yang asing. Dulu Hindraf pun buat macam ini. Penggunaan kanak-kanak ini efektif sebab secara automatik meletakkan pihak berkuasa dalam keadaan serba salah untuk mengambil tindakan secara fizikal,” kata Asri Salleh, pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara kampus Dungun, Terengganu.

Beliau berpendapat tindakan membabitkan kanak-kanak dalam isu yang diperjuangkan lebih mudah mendapatkan simpati umum.

“Memang tidak wajar sama sekali mereka membabitkan kanak-kanak sebab mereka tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. Tetapi kini ia sudah menjadi trend.

“Kita faham ada yang terbabit dalam perhimpunan itu adalah keluarga kepada mereka yang pernah ditahan di bawah ISA, tetapi wajarkah meletakkan anak-anak dalam keadaan bahaya seperti itu,” katanya.

Atau, kata Asri, parti pembangkang melihat kanak-kanak itu sebagai “collateral damage” iaitu korban sampingan demi mencapai agenda mereka.

“Pada mereka walaupun keselamatan kanak-kanak dan remaja itu terjejas, ia tidak sampai mengorbankan nyawa jadi halallah apa yang mereka lakukan,” katanya.

Persoalannya jika benar pembangkang mahu menjadikan golongan lemah seperti kanak-kanak sebagai korban sampingan, tidakkah mereka terfikir kesan psikologi yang dialami oleh golongan itu.

Pakar perunding psikologi dari Malaysian Psychology Centre Dr Edward Chan berkata pengalaman ditahan polis boleh meninggalkan kesan mendalam kepada kanak-kanak dan remaja berkenaan.

“Ini akan menjadi satu trauma kerana mereka akan merasa tertekan seolah-olah keselamatan dan kebebasan mereka terancam,” katanya.

Chan berkata kanak-kanak yang melihat demonstrasi jalanan seperti yang berlaku pada Sabtu lepas akan juga dibayangi igauan.

“Lebih buruk lagi jika mereka melihat sendiri perlakuan ganas dalam satu-satu demonstrasi,” katanya.

Akibatnya, kata Chan, kanak-kanak ini akan membesar dengan pemikiran yang negatif terhadap pihak berkuasa dan juga terhadap kerajaan jika sesuatu isu itu tidak dijelaskan dengan baik kepada mereka.

Bersetuju dengan pandangan pakar psikologi itu, pemerhati politik menyimpulkan bahawa tindakan parti pembangkang berhubung perkara itu boleh merosakkan masa depan kanak-kanak dan remaja.

Prof Dr Ahmad Atory Hussain daripada Universiti Sains Malaysia berkata: “Ini strategi murahan yang tidak membawa sebarang makna. Mereka gunakan kanak-kanak dan apabila kanak-kanak ini cedera terkena gas pemedih mata, kena tangkap, mereka (parti pembangkang) salahkan polis.

“Soalnya siapa yang membawa anak-anak ini mengikuti satu perhimpunan yang tidak dibenarkan?”

Sememangnya pengorbanan yang dilakukan golongan kanak-kanak dan remaja itu tidak membawa makna besar khususnya dalam konteks tujuan perhimpunan haram itu diadakan iaitu menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mendesak agar ISA dimansuhkan.

Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri pada April lalu telahpun bersetuju untuk meneliti semula akta itu yang didakwa golongan anti-ISA sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia.

Namun jika hak asasi manusia menjadi isu yang diperjuangkan mereka, bagaimana pula dengan hak asasi kanak-kanak dan remaja itu yang turut diseret dalam kancah permainan politik orang dewasa?

Sumber: Bernama

Kepada SUHAKAM, tolong ambil tindakan terhadap Pakatan Rakyat. Jangan campur adukkan soal politik dengan soal hak asasi manusia. PR mempergunakan kanak-kanak yang tak tahu apa-apa sebagai alat mencapai agenda politik sempit mereka. Jika SUHAKAM masih membisu dan salahkan Polis. Kami Blogger Pembela Negara mencabar agar bubarkan sahaja SUHAKAM….

GMI dan PAS cuba lari dari tanggungjawab

Tinggalkan komen

Tuntut RM10 juta dari KDN, Polis

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) – Sebarang kerugian para peniaga di ibu kota, Sabtu lalu mestilah dituntut daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis kerana mengarahkan premis-premis perniagaan ditutup, di samping mencetuskan suasana huru-hara dengan tangkapan rambang serta tindakan ganas dalam menyuraikan perhimpunan aman ISA itu.

Pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), telah memberi jaminan bahawa himpunan akan berlangsung secara aman dan memastikan para peserta tidak mengganggu dan melakukan tindakan salah sehingga menyusahkan orang awam namun keadaan bertukar kelam-kabut akibat tindakan pihak polis dan larangan KDN.

Demikian dinyatakan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli ketika diminta mengulas berhubung tuntutan RM10 juta oleh 1,000 peniaga yang mendakwa mengalami kerugian akibat demonstrasi tempoh hari.

“Jika polis dan KDN benarkan kita berhimpun secara aman, pasti Kuala Lumpur tidak lumpuh 1 Ogos lalu dan tidak timbul suasana kecoh atau peniaga rugi.

“Sehingga kini, tidak kedengaran ada laporan rompakan, ceroboh, mencuri atau barangan dirampas daripada peniaga pada hari himpunan itu. Yang ada ialah peniaga rugi kerana polis mengarahkan perniagaan kedai-kedai ditutup.

“Selain itu orang ramai, pengguna dan pelanggan bertempiaran lari bukan suka-suka tetapi ditembak gas pemedih mata dan diasak ganas polis, jadi sebarang kerugian sila tuntut kepada polis dan KDN,” katanya ketika dhubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Sementera, itu beliau menjelaskan bahawa terdapat maklumt yang diterima mana-mana para peniaga yang ‘berani’ membuka kedai, mereka mendapat keuntungan lumayan, kerana jumlah peserta yang berhimpun amat ramai sekaligus menjadi pengguna dan pembeli pada hari tersebut.

Perkara ini turut diakui oleh Pensyarah Media Universiti Malaya,Dr Abu Hasan Hasbullah dalam sebuah laporan yang menyatakan bahawa para peniaga mendapat keuntungan berlipat ganda hasil himpunan aman besar-besaran Sabtu lalu.

Dalam masa yang sama, Dr Hatta menggesa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat taksiran kerugian dan keuntungan yang diperolehi oleh peniaga yang dibimbangi dimanipulasi dan diada-adakan oleh pihak-pihak tertentu.

“Angkanya juga dicurigai. Jika sebuah pasaraya kerugian RM300,000 selama 2 jam, berapakah untung yang diperolehi jika ianya beroperasi selama 12 jam, tentunya RM 1.8 juta…jadi LHDN sila siasat jumlah ini. Jika benar tuntut kepada pihak polis dan KDN,” katanya yang turut dikasari pihak polis pada hari tersebut.

Beliau, juga tidak terkejut apabila Pemuda Umno cuba menjadi ‘hero’ untuk mewakili para peniaga membuat tuntutan kepada pihak penganjur yang menunggu masa untuk menjejaskan imej GMI, NGO dan Pakatan Rakyat yang menentang akta zalim ISA itu.

“Kita sentiasa bersedia, jika ada tuntutan undang-undang, kita akan berhujah dan bertemu di mahkamah,” katanya mengakhiri perbualan.

Semalam tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.

Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).

Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga. – azm _

Sumber: HaprakDaily


Bila aku baca akhbar HaprakDaily ni, serta-merta bertambah meluat. GMI dan PAS menyarankan peniaga yang terlibat dengan penutupan premis mereka supaya menuntut ganti rugi mereka dari Kementerian Dalam Negeri dan Polis Di Raja Malaysia. Nampak sangat mereka cuba lari dari tanggungjawab. GMI dan PAS cuba lepas tangan dalam hal kerugian peniaga atas mereka sendiri yang berdegil mahu melakukan demonstrasi haram 1 Ogos lalu. Kini apabila Kerajaan Persekutuan menyarankan peniaga yang terlibat dengan penutupan premis semasa perhimpunan haram 1 Ogos lalu agar menuntut ganti rugi pada GMI.

Inikah Kerajaan Berkebajikan yang mereka war-warkan selama ini? Kebajikan para peniaga yang terlibat langsung tidak dipedulikan. Inikah pemimpin yang kita mahukan memerintah negara? Andai jika terjadi bencana alam seperti banjir, adakah mereka mahu bantu peniaga yang terlibat dengan bencana alam tersebut? Jawapannya sudah tentu tidak. Kerajaan Berkebajikan hanyalah kata-kata manis Pakatan Rakyat yang mahu memerintah Malaysia, tetapi tidak mahu mempedulikan nasib rakyat. Tengoklah apa yang terjadi pada negeri Selangor dengan kes-kes penyelewengan Exco dan ADUN.

Mahukah anda pemimpin seperti ini? Adakah anda mahu pemimpin yang mempertahankan tindakan seorang kafir harbi yang jelas bertentangan dengan undang-undang, tetapi melacurkan agama sendiri demi kepentingan kafir harbi tsb? Anda fikirkan sendiri. Tepuk dada tanya selera…

Anak saya diperguna sertai demonstrasi – Abdul Aziz

2 Komen


BUTTERWORTH 4 Ogos – Seorang pemandu lori hari ini berkata, anaknya berusia 15 tahun telah diperguna untuk menyertai demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara pada Sabtu lepas.

Abdul Aziz Ibrahim, 45, berkata, anaknya Muhamad Azreen dibawa oleh penganjur dari sebuah parti pembangkang tanpa kebenarannya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, anaknya dan 25 lagi peserta yang mengikuti rombongan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung tidak jauh dari Kuala Lumpur pada 6 pagi Sabtu lepas.

“Anak saya cedera di bahagian mata kanan dan mulut. Pihak penganjur bersikap lepas tangan selepas kejadian itu,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Beliau berkata, anaknya dan beberapa peserta lagi yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Muhamad Azreen dihantar pulang ke rumah di Permatang Rawa pada pagi Ahad lepas.

“Semalam wakil penganjur bawa anak saya ke hospital di sini tetapi hari ini kami terpaksa membawa Azreen sendiri ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah memberi kebenaran untuk anaknya menyertai sebuah unit dalam parti pembangkang itu mahupun untuk menyertai demonstrasi itu.

“Anak saya tidak pernah ke Kuala Lumpur, sebab itu dia beriya-iya sangat untuk pergi apabila diberi peluang,” katanya.

Muhamad Azreen pula berkata, 20 daripada peserta rombongan yang terdiri pelbagai lapisan umur itu adalah penduduk kampung dan enam lagi merupakan orang luar.

“Saya bayar RM35 untuk mengikuti rombongan itu dan saya diberitahu oleh penganjur bahawa kami pergi untuk menjaga keselamatan dan kami diberi sehelai baju berwarna merah untuk dipakai,” kata pelajar Sekolah Menengah Permatang Rawa itu.

Muhamad Azreen yang menyertai unit itu sejak tiga tahun lepas berkata, dua peserta rombongan itu mengalami kecederaan teruk dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah yang melawat Muhamad Azreen di rumahnya, menasihati ibu bapa membuat laporan polis jika mendapati anak mereka dipergunakan untuk tujuan demonstrasi itu.

Sabtu lepas, sekitar 10,000 orang menyertai perarakan dan perhimpunan haram di ibu negara membantah ISA. – Bernama

Ni dia salah satu bukti Pakatan Rakyat mempergunakan kanak-kanak sebagai bahan politik mereka. Sepatutnya Suhakam perlu dakwa mereka, bukan komen pasal Polis melakukan tindakan. Suhakam perlu ingat Polis ada bidang kuasa dan tanggungjawab mereka. Suhakam juga perlu ingat apa tanggungjawab Suhakam. Jangan sibuk nak jaga Pakatan Rakyat….

Video Rakaman Perhimpunan 1 Ogos 2009

7 Komen


Di sini aku siarkan beberapa klip video rakaman sepanjang perhimpunan haram anjuran GMI. Pesan aku, tengok boleh tapi jangan ikut perangai diorang ni… Semuanya manusia bodoh yang tidak menghargai akal yang diberikan Allah…

Apapun terima kasih kepada: Marahku kerana sudi membenarkan klip video ini disiarkan.

Rakaman 1

Itulah sahaja rakaman yang dapat aku siarkan. Nanti ada lagi aku siarkan lagi. Wokeh? So sama-samalah kita gelakkan pada kuda-kuda DAP ini. Kerana mereka berjaya diperkudakan oleh DAP demi kepentingan politik mereka… Sememangnya puak-puak bodoh macam ni memang bodoh tak boleh diajar lagi… Jadi kepada pembaca sekelian, pesan aku, tengok boleh, tapi ikut jangan… Setiap ikutan membawa padah…

GMI : Kebodohan Melayu Pakatan Rakyat !!!

4 Komen




Ketika ini… perhimpunan di sekitar K.L mungkin sudah mula surut,…namun perarakan sambil melaungkan Takbir Allahuakbar dilihat seolah-olah cuba menghina Tuhan oleh pemimpin & penyokong pembangkang.Bukan muhrim bersama berhimpit-himpit,…memaki hamun sesama Islam serta menggesa pemansuhan akta yang mana membawa keamanan sejagat dilihat menggambarkan penyokong pembangkang bersifat seperti Yahudi Laknatullah & Jahil!

Perhimpunan yang menyaksikan sekitar 5000 orang penyokong itu mempamerkan kebodohan pemimpin serta masyarakat Melayu Pakatan Rakyat. Jika diamati,…hampir 95% Melayu yang menyertainya. Sedangkan kaum yang sedang menunggu keuntungan dari pemansuhan I.S.A ini iaitu Cina dan India langsung tidak munculkan diri….
Apa nak jadi dgn bangsa kita????

Tindakan Polis & FRU dgn menyembur gas pemedih mata serta bom air amat dialu-alukan oleh silent majoriti penyokong I.S.A dari seluruh negara seperti kami!
Berdasarkan sumber,…hampir kesemua peserta perhimpunan tersebut telah dibawa oleh pihak pembangkang dari seluruh pelusuk negara ke K.L…..dan mereka terdiri dari ahli-ahli parti PAS,PKR & DAP!
Ini bermakna sasaran mereka untuk mengumpul 500,000 rakyat untuk mansuhkan I.S.A pada hari ini tersasar …dan majoriti rakyat Malaysia masih menyokong penuh perlaksanaan I.S.A!

Demonstrasi yang diketui pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Perlimen P.R dan ramai lagi ini dilihat sebagai usaha mengalih perhatian ke atas isu pembunuhan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor.
Selain isu pembunuhan yang mereka ingin alihkan,…ia juga melibatkan isu rasuah, kongsi gelap & gangster, penyelewengan dana kerajaan negeri serta pemansuhan hak-hak masyarakat Islam yang mereka lakukan di Selangor dan negeri pimpinan mereka.

Kami bloggers pembela negara berharap kerajaan TIDAK MEMANSUHKAN I.S.A dan berharap PM Najib Tun Razak mengenakan tindakan sekeras-kerasnya kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab menghuru-harakan negara ini!!!

Kepada pemimpin Pakatan Rakyat,…andalah individu yang dilahirkan sebagai proksi Syaitan di dunia ini,…yang mana bertopengkan Islam!

Petikan dari blog: Suara Demokrasi Malaysia

Siapa bilang ISA tahanan tanpa bicara. Anda tahukah apa yang anda bantah?

Tinggalkan komen


Oleh MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ

AMAT mengejutkan apabila kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Undang-undang Tindakan Siswa Bersatu Universiti Kebangsaan Malaysia (TSB) pada 2001 ke atas 100 orang mahasiswa UKM yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menunjukkan kesemua mereka tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 Seksyen, 4 Bahagian, 12 Bab dan 3 Jadual.

Saya tidak menyalahkan mereka dan ratusan ribu lagi rakyat Malaysia yang menentang ISA ini kerana jelas mereka menentang akta tersebut semata-mata kerana emosi dan sentimen. Membaca helaian demi helaian akta Parlimen juga bukanlah hobi yang menyeronokkan. Sebab itulah wujud jawatan peguam yang di bayar oleh anak guamnya supaya membaca dan memahami akta Parlimen mengikut selera pembayar upah professional peguam tersebut.

Daripada satu sudut, jelas juga kepada kita bahawa kempen pakatan pembangkang dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berjaya meresap masuk ke dalam pemikiran kesemua ribuan penentang dengan momokan “ISA Zalim” dan “ISA Tahanan Tanpa Bicara”.

Pemikiran songsang ini melewati empat generasi kerana selalunya, bayi-bayi yang masih menyusu badan juga diusung menyertai demonstrasi anti ISA.

Tahniah juga kepada GMI kerana tanpa perlu berkempen menggunakan modal yang besar dan tanpa perlu ayat panjang berjela, beribu-ribu orang rakyat marhaen bersedia turun ke jalan raya menentang suatu akta yang mereka sendiri tak tahu hujung pangkalnya.

Jika tiada aral melintang, akan berlaku pertembungan unik dua kelompok penunjuk perasaan “pro dan anti” ISA pada 1 Ogos ini. Genap 37 tahun selepas kali terakhir semakan semula ISA dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Demonstrasi 1 Ogos ini tidak sewajarnya berlaku. Penentangan terhadap ISA jika hanya bersandarkan alasan “Zalim dan Tanpa Bicara” sahaja tidak berbaloi dengan kerosakan harta benda yang bakal berlaku.

Ramai orang yang emosi menentang ISA. Hujah emosi juga boleh digunakan untuk menerangkan bahawa ISA perlu dipertahankan. Namun kali ini, dengan setitis ilmu dari lautan perundangan yang saya pelajari, saya akan berhujah dengan fakta.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) diluluskan oleh Parlimen pada 1960 dan disemak semula pada 1 Ogos 1972. ISA telah dipinda beberapa kali bermula dari 1962 dan kali terakhir dipinda pada 24 Ogos 1989.

Sebagai pengenalan kepada kononnya “Akta Zalim” ini, di muka surat 9 akta tersebut di nyatakan:

“Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya.”

[Semenanjung Malaysia-1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960; Sabah, Sarawak – 16 September 1963, L.N. 232/1963]

BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

(1) Untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan

(2) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang-undang;

DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;

DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;

Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya

Perkara 149 Perlembagaan menyatakan bahawa:

PART XI – KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan:

(a) Untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) Untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) Untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau

(e) Yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), 163 jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.

Jelas kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan selaku Undang-undang tertinggi Negara menghalalkan Parlimen meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri, melebihi hak-hak asasi individu seperti yang terkandung dalam Fasal 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan.

Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri boleh sesuka hati menahan sesiapa sahaja musuh politik beliau menggunakan akta ini?

Sebenarnya, bukanlah Perdana Menteri yang mula-mula mencadangkan “sipolan atau sipolan” ditahan di bawah ISA. Kenyataan ini ada benarnya kerana Perdana Menteri mempunyai jadual harian yang ketat dengan acara rasmi kerajaan. Kita sering membaca biografi bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak mempunyai masa yang cukup waima bersama keluarga sendiri. Di mana lagi masa 24 jam sehari mahu diperuntukkan oleh Perdana Menteri untuk menyiasat dan membuat risikan keselamatan sendiri.

Sebenarnya, ada pihak lain yang memang tugas bergajinya untuk menyiasat dan merisik berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sememangnya, salah satu tugas utama anggota polis adalah menangkap penjenayah. Jelas bahawa kuasa polis menangkap penjenayah boleh berlaku dengan menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (CPC), Kanun Keseksaan (PC) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

CPC dan PC prosedur tangkapan adalah sama. Secara gambaran asasnya, di bawah CPC dan PC, anggota polis meronda dan melihat seseorang di hadapan bank dalam keadaan “mencurigakan”. Percaya dengan naluri kepolisannya, maka polis itu akan mendekati suspek. Suspek kemudian memecut laju. Polis tersebut mengejar dan berlaku adegan tembak-menembak. Kereta suspek terbabas lalu polis menahan suspek.

Dalam masa 24 jam yang pertama, suspek boleh ditahan di dalam lokap polis untuk membantu siasatan. Selepas 24 jam, polis tidak lagi berhak menahan suspek tanpa izin tahanan reman daripada majistret.

Kebenaran tahanan reman ke atas suspek boleh diberikan oleh majistret kepada polis untuk tempoh maksimum 14 hari bagi menyambung soal siasat jika 24 jam yang pertama, polis gagal melengkapkan siasatan. Selepas tempoh maksimum 14 hari, suspek akan dituduh di mahkamah selepas polis mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara atau suspek akan dibebaskan jika tiada izin mendakwa daripada Peguam Negara.

Di atas adalah gambaran situasi tahanan reman di bawah CPC dan PC. Terdapat banyak persamaan dan sedikit perbezaan apabila polis menahan seseorang di bawah ISA. Perbezaan hanyalah dari sudut tempoh masa tahanan, proses soal siasat dan watak-watak yang terlibat dengan proses siasatan sahaja. Kuasa polis untuk menahan seseorang di bawah ISA di nyatakan dalam seksyen 73 iaitu:

Kuasa untuk menahan orang yang disyaki

73.

(1) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai

(a) Bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8; dan

(b) Bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.

(2) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.

(3) Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8:

Dengan syarat bahawa:

(a) Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;

(b) dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Penguasa; dan

(c) dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Menteri.

(4)-(5) (Dipotong oleh Akta A61).

(6) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) dan (2) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, mana-mana orang yang melaksanakan tugas sebagai pengawal atau jaga di dalam suatu tempat terkawal dan oleh mana-mana orang lain yang pada amnya diberi kuasa bagi maksud itu oleh seorang Ketua Pegawai Polis.

(7) Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan yang sah, dan boleh ditahan di mana-mana penjara, atau di mana-mana balai polis, atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau khas oleh Menteri.

Hanya selepas 48 jam seseorang itu di tahan polis kerana “disyaki oleh polis” sebagai seorang yang boleh “mengancam keselamatan negara”, barulah maklumat berkenaan penahanan tersebut di laporkan kepada menteri bertanggungjawab oleh Ketua Polis yang bertanggungjawab.

Jelas kepada kita bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis menangkap sesiapa di bawah ISA. Sekiranya di buktikan wujud arahan Perdana Menteri kepada polis untuk menangkap musuh politiknya di bawah ISA, ternyata Perdana Menteri berkenaan telah melakukan kesalahan penyalahgunaan kuasa yang amat serius.

Kes duluan yang boleh dijadikan panduan yang keputusannya di kekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2003 adalah kes Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu yang didapati bersalah di bawah Ordinan Darurat kerana memberi arahan kepada polis supaya mengugut saksi kes liwatnya adalah satu contoh arahan yang tidak boleh diberi oleh mana-mana menteri atau Perdana Menteri Malaysia kepada polis.

Seseorang yang ditahan untuk proses soal siasat oleh polis mengikut ISA di atas boleh ditahan untuk membantu siasatan untuk tempoh maksimum 60 hari. Hanya selepas tempoh maksimum berkenaan, hasil siasatan polis akan dipersembahkan kepada menteri dan terpulanglah pula kepada menteri berkenaan sama ada untuk terus menahan suspek pengancam keselamatan negara itu atau tidak.

Beza watak dalam CPC dan ISA adalah majistret atau pegawai polis, Peguam Negara atau menteri dan perbezaan masa maksimum tahanan sama ada 14 hari atau 60 hari. Proses yang lain adalah sama.

Kita lihat peruntukan Seksyen 8 ISA yang memberikan kuasa kepada menteri untuk mengizinkan polis menahan seseorang di bawah ISA selama tempoh maksimum 2 tahun yang menyatakan bahawa:

Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang

8 (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.

CATATAN: Lihat Nota Pesuruhjaya di muka surat 83.

Nota Pesuruhjaya di muka surat 83 menyatakan bahawa:

Nota Pesuruhjaya

PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI

“5. (1) Jika sesuatu perintah tahanan telah dibuat di bawah sub seksyen 8(1) Akta ibu terhadap mana-mana orang semasa tempoh antara tarikh mula berkuat kuasanya akta ibu dan tarikh mula berkuat kuasanya akta ini (kemudian daripada ini disebut “tempoh peralihan”), maka perintah tahanan itu dan penahanan yang dibuat menurutnya semasa tempoh peralihan itu, dan penerusannya selepas itu, jika ada, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang, dan hendaklah disifatkan sebagai, dan sentiasa dan pada setiap masa menjadi sah dan menurut undang-undang, walaupun pada bila-bila masa semasa jangka masa perintah tahanan itu dia telah ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam sub seksyen 8(3) Akta ibu, atau terus ditahan di tempat yang dia telah ditahan di bawah seksyen 73 Akta ibu selepas tempoh maksimum yang diperuntukkan baginya di bawah subseksyen 73(3) Akta ibu tamat, atau telah berada dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam apa-apa jagaan lain ke tempat tahanan seperti yang disebut terdahulu, atau terdapat apa-apa kelengahan dalam menyampaikan perintah tahanan itu kepadanya, atau perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya di mana-mana tempat selain tempat tahanan itu, atau terdapat apa-apa kecacatan yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu kepadanya.

Menteri Dalam Negeri menurut Seksyen 8 secara perundangannya memiliki dua jenis kuasa iaitu kuasa mengeluarkan Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan. Seiring dengan istilahnya, satu perintah menghalalkan penahanan manakala satu perintah lagi mengharamkan penahanan, semata-mata menyekat sahaja. Di atas adalah peruntukan berkenaan Perintah Tahanan manakala Seksyen 8(5) menjelaskan pula tentang Perintah Sekatan iaitu :-

(5) Jika menteri berpuas hati bahawa bagi mana-mana maksud yang disebut dalam sub sekyen (1) perlu supaya pengawalan dan pengawasan diadakan ke atas mana-mana orang atau supaya sekatan dan syarat dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktiviti, kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau pekerjaannya, tetapi bahawa bagi maksud itu tidak perlu untuk menahannya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut “perintah sekatan”) yang mengenakan ke atas orang itu semua atau mana-mana sekatan dan syarat yang berikut:

(a) Bagi mengenakan ke atas orang itu apa-apa sekatan yang dinyatakan dalam perintah itu berkenaan dengan aktivitinya dan tempat kediaman dan pekerjaannya;

(b) Bagi melarangkan daripada berada di luar rumah antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali di bawah kuasa suatu permit bertulis yang diberikan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan sedemikian;

(c) Bagi menghendakinya memberitahu pergerakannya mengikut apa-apa cara pada bila-bila masa dan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu;

(d) Bagi melarangnya daripada berucap di perjumpaan awam atau daripada memegang jawatan dalam, atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau bertindak sebagai penasihat kepada, mana-mana organisasi atau persatuan atau daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti politik; dan

(e) Bagi melarangnya daripada membuat perjalanan di luar sempadan Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali mengikut kebenaran yang diberikan kepadanya oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu.

Hasil daripada gabungan frasa perundangan yang memeningkan kepala pembaca seperti ayat-ayat di atas bermaksud Perdana Menteri tidaklah berkuasa menahan musuh politik beliau secara semberono kerana yang sebenarnya berkuasa membuat perintah penahanan adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Keselamatan Dalam Negeri.

Hanya jika Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, maka barulah benar sebahagian tuduhan rambang berkenaan. Itupun selepas beliau menandatangani Perintah Tahanan tersebut atas kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan bukannya sebagai Perdana Menteri. Jika berlaku salah disignasi jawatan ketika menandatangani Perintah Tahanan berkenaan maka akan menjadi satu sebab teknikal mengapa Perintah Tahanan tersebut menjadi tidak sah.

Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Menteri boleh menahan seseorang di bawah ISA selama mana yang Menteri itu suka?

Juga satu kenyataan yang tidak tepat. Menurut Seksyen 13 ISA yang menyatakan bahawa:

Kajian semula

13. *(1) Tiap-tiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(1), (5) atau (7) atau di bawah seksyen 10 hendaklah, selagi ia masih berkuat kuasa, dikaji semula tidak kurang daripada sekali dalam tiap-tiap enam bulan oleh suatu Lembaga Penasihat:

Dengan syarat bahawa dalam hal sesuatu perintah tahanan yang terhadapnya representasi telah dibuat, kajian semula yang pertama, sama ada mengenai sesuatu perintah tahanan yang dibuat di bawah sub seksyen 8(1) atau mengenai sesuatu perintah tahanan yang dilanjutkan di bawah sub seksyen 8(7) yang baginya proviso kepada sub seksyen yang akhir disebut itu terpakai, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas selesainya pendengaran representasi itu oleh Lembaga Penasihat yang kepadanya representasi itu telah dibuat.

(2) Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian semula di bawah sub seksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang difikirkannya patut.

*CATATAN: Sub seksyen ini telah dimasukkan oleh Akta A61 dan mula berkuat kuasa pada 01-09-1972 dan sebelum tarikh itu peruntukan berikut yang dimasukkan oleh Ordinan No. 4 tahun 1969 (P.U. (A) 186/1969) terpakai:

“(1) Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan 8(1)(a) boleh, selagi ia berkuat kuasa, dikaji semula dari semasa ke semasa oleh suatu Lembaga Penasihat mengikut budi bicara Pengerusinya”.

Seksyen 13 ISA ini menjelaskan kepada kita bahawa Menteri hanya berkuasa membenarkan tahanan untuk tempoh maksimum 2 tahun yang pertama. Tempoh yang asalnya di “arahkan” oleh Menteri itu pun bukan bersifat “mutlak” kerana Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung boleh mengenepikan tempoh maksimum tersebut mengikut budi bicara beliau. Kelihatan Pengerusi Lembaga Penasihat mempunyai kuasa yang lebih besar daripada menteri.

Bagaimanakah prosedur siasatan Lembaga Penasihat ISA ini?

Seksyen 14,15 dan 16 ISA menceritakan bahawa:

Kuasa untuk memanggil saksi

14. Tiap-tiap Lembaga Penasihat hendaklah, bagi maksud akta ini tertakluk kepada Seksyen 16, mempunyai segala kuasa mahkamah bagi memanggil dan memeriksa saksi, mengendalikan sumpah atau ikrar, dan bagi memaksa dokumen dikemukakan.

Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam 15. Tiap-tiap anggota sesuatu Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574], dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya bagi apa-apa tindakan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Bab ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undangundang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.

Pendedahan maklumat

16. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana pekhidmat awam untuk mendedahkan fakta atau mengemukakan dokumen yang difikirkannya sebagai bertentangan dengan kepentingan negara jika didedahkan atau dikemukakan.

Adakah benar tuduhan yang menyatakan “ISA tahanan tanpa bicara?”

Tuduhan ini amatlah tidak bertanggungjawab. Mungkin pemfitnah membuat tuduhan tersebut bersandarkan kepada satu-satunya peruntukan berikut :-

Nota Pesuruhjaya

PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) 1988, [Akta A705] melalui seksyen 5 telah meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (kemudian daripada ini disebut “Akta ibu”) yang hendaklah dibaca bersama peruntukan baru yang berikut mulai dari 15 Julai 1988:

(2) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan, atau apa-apa jua pun prosiding undang-undang lain daripada apa-apa perihalan atau dalam apa-apa bentuk, boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan selepas mula berkuat kuasanya akta ini, atau, jika dibawa atau dimulakan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, terus dikekalkan, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa jua yang dilakukan dengan sahnya berhubung dengan perintah tahanan atau penahanan yang diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang di bawah sub seksyen (1), kecuali bahawa peruntukan sub seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa prosiding undang-undang sedemikian yang telah selesai dan keputusan muktamad mahkamah telah diberikan berkenaan dengannya sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini atau bagi apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan muktamad itu.”

Sedangkan pemfitnah berkenaan membutakan mata mentulikan telinga terhadap

6 lagi seksyen dalam ISA yang membuka ruang seluas-luasnya untuk seseorang itu mencabar keputusan Menteri .

6 seksyen tersebut adalah Seksyen 79 dan 80 ISA yang menyatakan bahawa :-

Bidang kuasa mahkamah

79. Tanpa menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, selain suatu kesalahan yang boleh dihukum mati, dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.

Sekatan ke atas pendakwaan

80. Sesuatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tujuh tahun atau tidak boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Pendakwa Raya:

Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah

(a) seseorang yang dipertuduhkan dengan suatu kesalahan sedemikian boleh ditangkap, atau suatu waran penangkapannya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang sedemikian boleh direman dalam jagaan atau atas jaminan, walaupun keizinan Pendakwa Raya mengenai permulaan pendakwaan bagi kesalahan itu belum lagi diperoleh, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu diperoleh; dan

(b) jika seseorang dibawa ke hadapan suatu mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinannya kepada pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dijelaskan kepadanya tetapi dia tidak boleh dipanggil untuk membuat pli dan peruntukan undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya.

Sekyen 8B ISA pula menyatakan bahawa:

Kajian semula kehakiman tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri

8B. (1) Tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman di dalam mana-mana mahkamah, dan tiada mahkamah boleh mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan kuasa budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.

(2) Kecualian mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam sub seksyen (1) tidaklah terpakai jika alasan seperti yang diperihalkan dalam seksyen 8A.

Apakah pula maksud “kajian semula kehakiman”?

Seksyen 8C selanjutnya menyatakan bahawa:

Tafsiran “kajian semula kehakiman”

8C. Dalam Akta ini, “kajian semula kehakiman” termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara:

(a) Permohonan untuk mendapatkan mana-mana perintah prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;

(b) Permohonan untuk mendapatkan deklarasi atau injunksi;

(c) Writ habeas corpus; dan

(d) Apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undang-undang lain yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini.

Mengapakah tiba-tiba tertulis kuasa Yang di-Pertuan Agong selain kuasa Menteri dalam kedua-dua seksyen di atas? Bukankah di canangkan se-Malaya bahawa semata-mata Perdana Menteri yang berkuasa penuh? Ternyata fitnah telah tersebar luas.

Seorang yang di tahan di bawah Sekyen 8 ISA boleh mempertikaikan perintah tahanan oleh Menteri tersebut kepada sebuah Lembaga Penasihat yang di lantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 151(2) Perlembagaan Persekutuan.

Anda mula terkejut? Seksyen 11 dan 12 ISA selanjutnya menyatakan bahawa:

Representasi terhadap perintah tahanan

11. (1) Suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah sub seksyen 8(1) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat disampaikan kepada orang yang dimaksudkan olehnya, dan tiap-tiap orang itu berhak untuk membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.

(2) Bagi maksud membolehkan seseorang untuk membuat representasi di bawah sub seksyen (1) dia hendaklah, pada masa perintah itu disampaikan kepadanya:

(a) Diberitahu mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan

(b) Diberikan oleh Menteri suatu pernyataan bertulis-

(i) Mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;

(ii) Mengenai pernyataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan

(iii) Mengenai apa-apa butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin semunasabahnya dikehendaki olehnya supaya dapat dia membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah tentang cara bagaimana representasi boleh dibuat di bawah seksyen ini dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.

Laporan Lembaga Penasihat

12. (1) Bilamana mana-mana orang telah membuat apa-apa representasi di bawah subseksyen 11(1) kepada suatu Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rayuan itu diterima olehnya, atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.

(2) Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri apa-apa arahan, jika ada, yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri itu; dan tiap-tiap keputusan Yang di- Pertuan Agong mengenainya, tertakluk kepada seksyen 13, muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Keenam-enam seksyen di atas seharusnya mengubah terus persepsi kita terhadap momokan pihak-pihak tertentu yang mereka sendiri keliru dengan tuntutan perjuangan mereka. Jelas kepada kita bahawa kuasa Lembaga Penasihat dan Baginda Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui kedua-dua seksyen di atas rupanya “Puasnya hati Baginda” adalah jauh lebih penting daripada “Puasnya hati” seorang Menteri Dalam Negeri.

Seperkara yang menarik untuk anda tahu iaitu tahukah anda bahawa anda boleh menjadi “jutawan segera” jika anda menang kes di mahkamah kerana di tahan di bawah ISA? Pada 18 Oktober 2007, seorang bekas tahanan ISA daripada parti PAS bernama Malik Hussin telah di perintahkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kerajaan Malaysia membayar gantirugi sebanyak RM 2.5 juta kepada beliau atas alasan penahanan beliau di bawah Seksyen 8 ISA oleh Menteri telah di buat secara salah di sisi undang-undang dan berniat jahat “mala fide”. Aktivis PAS telah menjadi jutawan kerana menang bicara terhadap “Akta Tanpa Bicara”. Pelik kan?

Selain daripada mencabar keputusan Menteri yang “telah puas hatinya” itu, seseorang tahanan ISA juga boleh menjadikan aspek prosedur penahanan polis untuk tempoh tahanan 48 jam yang pertama sahaja, sama ada manual (Standard Operation Prosedur) penahanan telah di patuhi sebaiknya atau tidak. Alasan teknikal seperti ini amat popular dihujahkan oleh peguam yang tiada modal sangat untuk mencabar dari aspek “Perintah Tahanan oleh Menteri”. Selain daripada seksyen 73 ISA yang telah dihuraikan pada bahagian awal penulisan ini terdapat 3 lagi seksyen yang menerangkan tentang prosedur penahanan :-

Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan

74. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain maka sahlah bagi mana-mana pegawai polis untuk:

(a) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditahan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 8;

(b) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen 73(1) atau (2);

(c) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang dia mempunyai, dalam segala hal keadaan hal itu, alasan yang munasabah bagi mengesyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini atau terhadap mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini dinyatakan dalam Jadual Pertama;

(d) Mengatasi tentangan yang menggunakan kekerasan yang diberikan oleh mana-mana orang yang hendak ditangkap itu; atau

(e) Mengelakkan pelarian daripada tangkapan atau penyelamatan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan hal itu, dan kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.

(2) Tiap-tiap orang yang ditangkap kerana apa-apa kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberikan amaran dengan jelasnya mengenai kemungkinan dia ditembak jika dia berusaha untuk melarikan diri daripada jagaan.

(3) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, dan oleh mana-mana orang yang melaksanakan tugas pengawal atau jaga di dalam sesuatu tempat terkawal, dan oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara am bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis.

(4) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam seksyen 96 hingga 106 Kanun Keseksaan.

Penerimaan pernyataan sebagai keterangan

75. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan suatu penyiasatan polis atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhan atau sebahagiannya adalah jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran mana-mana pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai polis lain atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak, dalam penangkapan itu, walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, boleh diterima sebagai keterangan di perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:

Dengan syarat bahawa:

(a) Tiada pernyataan sedemikian boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang disebut terdahulu:

(i) Jika ternyata pada mahkamah bahawa pernyataan itu dibuat oleh sebab apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkenaan dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan, pada pendapat mahkamah mencukupi, untuk memberi orang itu alasan yang didapati munasabah oleh orang itu untuk menganggap bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dia boleh mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau

(ii) Dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberikan amaran dengan perkataan yang berikut yang bermaksud sedemikian:

“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”; dan

(b) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana dia tidak diberikan amaran jika dia diberikan amaran dengan seberapa segera yang mungkin.

(2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan hal itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut terdahulu telah diberikan kepadanya.

(3) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan manamana orang yang dibicarakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada atau tidak prosiding terhadap orang itu telah dimulakan dan sama ada atau tidak pernyataan yang berkaitan telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa itu.

Publisiti perintah

81. (1) Apabila apa-apa perintah atau peraturan dibuat atau arahan atau suruhan diberikan di bawah Akta ini, Menteri atau pihak berkuasa yang lain yang membuat perintah atau peraturan itu atau memberikan arahan atau suruhan itu hendaklah menyebabkan notis mengenai kuat kuasanya diberikan dengan seberapa segera yang mungkin dengan apa-apa cara yang difikirkannya perlu bagi membawanya kepada pengetahuan semua orang yang pada pendapatnya patut tahu mengenainya, dan perintah, peraturan, arahan atau suruhan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis yang disebut terdahulu telah diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.

(2) Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan khas yang terkandung dalam Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, suatu notis yang hendaklah disampaikan kepada mana-mana orang bagi maksud mana-mana seksyen boleh disampaikan dengan meninggalkannya, atau dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu surat yang dialamat kepada orang itu, di tempat kediaman atau tempat perniagaannya yang akhir atau biasa.

(3) Mana-mana perintah atau peraturan yang dibuat atau apa-apa arahan atau suruhan yang diberikan di bawah Akta ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dikensel oleh orang yang diberikan kuasa untuk membuat perintah atau peraturan itu atau untuk memberikan arahan atau suruhan itu, tetapi tanpa menyentuh kesahannya sebelum itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kepada kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah atau peraturan baru atau untuk memberikan suatu arahan atau suruhan baru di bawah peruntukan itu.

Kepada anda yang biasa mengikuti perbicaraan di mahkamah, anda mungkin biasa melihat, hanya kerana sedikit ketidakpatuhan elemen kepada perkataan “dan”, “atau”, “hendaklah”, “bolehlah” dan sebagainya yang di ulang beberapa kali dalam susunan ayat-ayat dalam mana-mana Akta Parlimen pun, hal sekecil itu pun boleh menyebabkan seorang peguam berhujah tanpa henti selama 2 minggu dan kes ditangguhkan selama 6 bulan semata-mata untuk menunjukkan bahawa anak guamnya teraniaya.

Siapa pula Ahli Lembaga Penasihat?

Lembaga Penasihat di tubuhkan di bawah Fasal 151(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu :-

(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jadi jelas kepada kita bahawa bukan calang-calang individu yang layak menganggotai Lembaga Penasihat ini dan kuasa mereka jika tidak pun sama adalah melebihi kuasa Menteri Dalam Negeri. Ahli Lembaga ini juga bukanlah “orang politik” . Oleh itu tindakan mereka haruslah di buat tanpa rasa takut dan pilih kasih demi memikul amanah Allah di muka bumi ini.

Cadangan pindaan ISA

Hanya undang-undang tuhan yang sempurna. Undang-undang ciptaan manusia tetap memiliki kelemahan. Namun sesuai dengan kepimpinan YAB Dato Seri Najib yang kelihatan mahu meminda ISA, saya mengemukakan beberapa cadangan berikut :-

1. Mungkin kita dapat mengesan satu frasa yang di gunakan dalam seksyen 8 ISA yang mungkin kelihatan agak “diktator” dan “gila kuasa” iaitu frasa “Jika Menteri berpuas hati…”. Dicadangkan sedikit pindaan terhadap frasa ayat tersebut kepada “Jika Menteri, selepas meneliti laporan siasatan polis…”. Mungkin struktur baru ayat ini boleh mengelakkan seseorang berdosa kerana memfitnah.

2. Kuasa polis untuk menahan suspek pengganas selama tempoh maksimum 60 hari wajar di pinda kepada 30 hari sahaja.

3. Penahanan suspek pengganas melebihi 48 jam menurut seksyen 73(3)(b) ISA dengan kebenaran Pegawai Polis berpangkat lebih tinggi dari Penolong Penguasa wajar di pinda kepada “dengan kebenaran Majistret” demi untuk mengelakkan salahguna kuasa di pihak polis.

4. Seksyen 5(2) Nota Pesuruhjaya yang di baca bersama seksyen 8 (1) ISA yang di jadikan satu-satunya hujah “tanpa bicara” wajar dimansuhkan atas alasan “kerana mengelirukan” .

5. Seksyen 16 ISA yang tidak mewajibkan Menteri atau Lembaga Penasihat daripada mendedahkan fakta yang difikirkan bertentangan dengan kepentingan Negara memerlukan sedikit pindaan. Pendedahan tersebut perlu dijadikan mandatori dan maklumat berkenaan perlu juga di kawal oleh Akta Rahsia Rasmi.

Kesimpulan

Saya berharap agar tulisan ini dapat membuka pintu hati manusia agar berfikiran rasional dalam tindakan. Fikirkan semula, sama ada berbaloi atau tidak anda turun ke jalan raya pada 1 Ogos 2009 nanti?. Adakah betul persepsi negatif anda terhadap ISA? Adakah anda dihukumkan wajib untuk hanya mempercayai kata-kata retorik segolongan ahli politik yang sedang rakus berkehendakkan kuasa? Adakah anda percaya bulat-bulat pidato berapi seorang yang kempunan menjadi Perdana Menteri? Adakah anda percaya kepada hujah-hujah ratusan barisan peguam yang menentang ISA kerana mereka ini tidak lebih umpama askar upahan professional yang dibayar secara “cash or kind”?

Sedarkah anda bahawa dengan tindakan anda menentang ISA, anda bermaksud menentang kuasa Yang Di Pertuan Agong kerana Baginda lebih berkuasa daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri. Ingat, polis yang menangkap, Menteri yang mengeluarkan Perintah Tahanan manakala Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkuasa membebaskan tahanan Kemunting lebih awal dari masanya.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan telah menyeru kepada kumpulan Penentang ISA agar jangan berdemonstrasi pada 1 Ogos nanti. Jika demonstrasi diteruskan, maka Ibrahim yang telah dua kali ditahan ISA akan turut turun ke jalan raya menyokong ISA. Kata dua daripada Presiden Perkasa ini perlu di beri perhatian. Jika GMI membatalkan hasrat mereka, kumpulan Tok Him juga akan membatalkan hasrat berdemonstrasi pada hari yang sama.

Sememangnya boleh di hujah dari kaca mata hak asasi manusia, sejuta rakyat untuk berhimpun. Namun hak sejuta rakyat tersebut tidak akan melebihi hak asasi seorang anak kecil untuk bermain-main di taman KLCC selepas seminggu ibu dan bapanya sibuk bekerja.

MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ ialah Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM). Beliau boleh dihubungi melalui emel: azamaziznco@gmail.com

Petikan dari blog: PISAU.NET

Kebanyakan pelajar ni masih mentah, belum pandai berfikir dan mudah dihasut.