Mahfuz Bean Bodoh!! Cuba Putar Belit Kenyataan @NajibRazak

Tinggalkan komen

Mahfuz Bean Cuba Menunjukkan Kebodohannya

Nampaknya Mahfuz Bean cuba menunjuk sikap kurang cerdiknya dengan memutar belit kenyataan Datuk Seri Najib… Siapa tak kena dengan Mahfuz Bean… Bukan tahu buat kerja pun… Hanya pandai mencari populariti dengan membuat kenyataan yang BODOH dan KURANG CERDIK…

Cuba baca kenyataan sebenar Datuk Seri Najib di dalam Utusan Malaysia…

TAIPING 30 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya terhadap rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik.

“Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) kebangsaan kali ke-51 di sini hari ini.

Semalam, Najib berkata tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya.

Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN itu menegaskan, BN diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat. – BERNAMA

Jelas sekali, Datuk Seri Najib hanya menyatakan mandat rakyat terhadap Barisan Nasional… Ternyata kenyataan Mahfuz Bean adalah bersifat syok sendiri dan sekadar mencari populariti menjelang PRU 13 nanti.

Pesan eXception kepada Mahfuz Bean… Sekarang rakyat sudah bijak… Mereka takkan pilih pemimpin yang kerjanya hanya bercakap dan mencari populariti melalui kenyataan akhbar… Mereka pilih pemimpin yang bijak berkerja serta membantu rakyat…

Sumber Merapu: Rakyat beri mandat kepada Abdullah, bukan Najib

Sumber Hakiki: Guna tempoh mandat untuk yakinkan rakyat

Advertisements

Panas!! Parti Politik Islam Diharamkan??

1 Komen

Peraturan Mengharamkan Parti Politik Berteraskan Prinsip Agama Dikeluarkan??

TRIPOLI, Libya – Seorang jurucakap pemerintah Libya mengeluarkan peraturan bagi mengharamkan pembentukan parti politik berteraskan prinsip agama.

Jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan yang mentadbir Libya, Mohammed Al-Hareizi berkata, undang-undang berkenaan yang berkuat kuasa semalam digubal bagi mengekalkan “penyatuan nasional”.

Namun, ia pasti akan mencetuskan kemarahan parti berteraskan agama seperti Ikatan Ikhwanul Muslimin yang merupakan kumpulan politik utama di negara Afrika Utara berkenaan.

Kumpulan-kumpulan Islam telah lama dikongkong oleh bekas diktator Libya, Muammar Gaddafi.

Beliau dibunuh oleh para pemberontak Libya pada Oktober tahun lalu selepas pertempuran selama lapan bulan.

Undang-undang berkenaan dikuatkuasakan dua bulan sebelum pilihan raya pertama diadakan di Libya bagi memilih 200 anggota Parlimen yang bakal ditugaskan untuk menulis perlembagaan baharu dan membentuk pemerintahan. – Agensi

Sumber: MyNewsHub


Apa sudah jadi?? Kerajaan baru Libya sudah bertindak mengharamkan parti yang berteraskan agama… Apa pula kata ostad-ostad PAS yang dulu beriya-iya menyokong serangan ke atas Libya dan pembunuhan Muammar Gaddafi… Kini parti seumpama PAS sudah diharamkan di Libya…

Kerajaan Malaysia masih bertolenransi dengan membenarkan PAS meneruskan agenda politiknya, walaupun hanya 10% sahaja perjuangan Islamnya… Manakala sebahagian lagi perjuangan untuk kepentingan politik semata-mata… Kenapa tak mahu maki kerajaan baru Libya??