Respek Habis Sama Uncle Ni…

Tinggalkan komen

Respek Habis Sama Uncle Ni…

Baca pada tajuk, jangan pulak korang sangka eXception respek sama Uncle lalok tu… eXception cuma respek pada seorang pakcik (uncle) ni yang merupakan seorang pemandu lori perabot kemudian menjumpai wang sejumlah RM 133,000.00 ketika mencari kotak terbuang.

Respek habis dengan pakcik ni… Bukan ramai rakyat Malaysia yang jujur macam pakcik ni… Malah yang berada dalam parti Islam pun TAK SEJUJUR pakcik ni… Mana taknya… Duit tabung Memali pun disebat… Duit KOHILAL pun disebat… Entah ostad mana la agaknya… Nama sahaja Islam… Parti plak Islam… tapi perangai langsung TAK MENCERMINKAN KEISLAMAN… Apa pun tak buleh pakai…

Sikap pakcik ini jelas menunjukkan ciri-ciri sebenar seorang mukmin… Iaitu KEJUJURAN… Tak perlu masuk PAS, lepas tu berceramah sana-sini kutuk orang tu… kutuk orang ni… Semata-mata untuk mendapat label MUKMIN… Tapi bab KEJUJURAN… ZERO…

9 Januari 2012 – Peristiwa Memali Bakal Berulang?

Tinggalkan komen

Ulangan Sejarah Peristiwa Berdarah Memali Bakal Berlaku Januari Ini?

Tentu korang masih ingat dengan peristiwa berdarah 19 November 1985 yang berlaku di Memali. Banyak versi berbeza-beza mengenai tragedi ini… Ada versi PAS dan ada pula versi Kerajaan Barisan Nasional… Dikatakan juga operasi ini dilaksanakan atas arahan mantan Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Musa Hitam manakala Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir berada di China atas tugas rasmi.

Hakikatnya insiden tersebut adalah berpunca dari ini…

Malah antara punca tragedi Memali berlaku juga adalah kerana Ustaz Ibrahim Libya cuba melindungi dua penjenayah paling dikehendaki Polis, iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit di dalam Operasi Angkara… Bagaimanapun Ustaz Ibrahim Libya dikatakan menghasut penduduk kampung untuk mempertahankan dua penjenayah ini dan menentang pasukan keselamatan. Ustaz Ibrahim Libya juga dikatakan membacakan ‘Amanat Haji Hadi’ dihadapan pengikut-pengikutnya bagi menghalalkan menentang pihak keselamatan…

9 Januari 2012… Peristiwa sebegini bakal berulang apabila Anwar Ibrahim akan mempergunakan mahasiswa dan pengikut PAS dan PKR untuk mempertahankannya apabila didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari. Anwar seolah-olah sudah tahu bahawa dia akan didapati bersalah dan segera merancang agenda melakukan huru-hara di Kuala Lumpur pada tarikh di atas.

Faktor Anwar didapati bersalah juga atas dorongan faktor Peguam Bela Anwar sendiri, iaitu Karpal Singh yang seolah-olah cuba menjerat Anwar dengan mendakwa bahawa kes liwat dengan Saiful Bukhari adalah suka-sama-suka… Ini jelas Karpal sendiri bersetuju bahawa berlakunya liwat… Tak kira suka sama suka atau sebaliknya…

Seperti menjangkakan bahawa 9 Januari nanti keputusan tidak akan berpihak kepadanya, maka dihasutnya sekumpulan mahasiswa berotak kerbau dicucuk hidung, untuk melakukan huru-hara di Kuala Lumpur termasuklah mensabotaj perkhidmatan pengangkutan awam.

Malah pengikut-pengikut PAS dan PKR juga tidak ketinggalan melakukan rusuhan dan merosakkan harta benda awam nanti, atas hasutan pemimpin PAS sendiri yang mahu melindungi Anwar seperti kes Ibrahim Libya mahu melindungi dua penjenayah iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit.

eXception juga berasa kecewa dengan Kementerian Pengajian Tinggi kerana kelihatan tidak bersungguh-sungguh dalam menghalang mahasiswa-mahasiswi ini turun ke jalanan. Malah dikatakan tidak memberi amaran kepada mahasiswa dan mahasiswi ini. Malah ada menteri di dalam KPT juga seolah-olah menyokong tindakan golongan mahasiswa otak kerbau ini… Sepatutnya KPT bertegas di dalam isu ini dan menyingkirkan mahasiswa/mahasiswi yang terlibat dengan sebarang aktiviti, perhimpunan haram dan rusuhan bermotifkan politik.

9 Januari 2012 bakal menyaksikan pertempuran anda pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan yang menyokong peliwat… 9 Januari juga bakal menyaksikan adakah pasukan keselamatan kita berjaya mengekang insiden ini atau bakal bertukar menjadi rusuhan besar-besaran seperti di Mesir… PDRM perlu bergabung dengan Angkatan Tentera Malaysia merangka strategi mengekang perhimpunan haram ini dari terus merebak… Mudah-mudahan Malaysia selamat…. Selamat dari PELIWAT…

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Peristiwa Memali 1985