Rahsia Disebalik Serangan Siber 24 Oktober 2011

1 Komen

Rahsia Disebalik Serangan Siber 24 Oktober 2011

Di dalam artikel sebelum ini eXception ada memberi amaran mengenai serangan siber yang bakal dilancarkan pada 24 Oktober 2011 nanti. Serangan tersebut bakal mensasarkan laman web-laman web kerajaan serta mana-mana laman web yang menyokong gagasan 1 Malaysia. Seolah-olah gagasan ini begitu menakutkan…

Melihat dari niat dan corak serangan nanti, eXception beranggapan bahawa penggodam yang menggelarkan diri mereka Anonymous ini merupakan ‘anjing-anjing kurap’ upahan Pakatan Rakyat. Kita boleh lihat ketakutan mereka pada gagasan 1 Malaysia dan berniat mahu menyerang mana-mana laman web yang menyokong gagasan 1 Malaysia… Serta berniat mahu menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib.

Malah ianya juga merupakan sebahagian kempen untuk memerangi niat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk menggunakan sistem biometrik bagi menggantikan penggunaan dakwat kekal. Mengapa eXception berkata sedemikian?

Apabila serangan tersebut berjaya, ianya berjaya memberikan persepsi yang buruk terhadap penggunaan biometrik yang pada anggapan mudah digodam walaupun hakikatnya amat sukar. Apabila persepsi buruk didedahkan, maka mudahlah Pakatan Rakyat mengacum rakyat yang mengatakan sistem yang bakal digunakan oleh SPR nanti mudah digodam dan tidak selamat.

Apabila itu berlaku, maka rakyat akan was-was dengan penggunaan biometrik. Ini kerana ramai dikalangan rakyat masih tidak faham dengan penggunaan biometrik ini. Terutama sekali dikalangan penduduk luar bandar. Mereka ini mudah sahaja ditipu dengan bermacam helah Pakatan Rakyat bagi memburuk-burukkan penggunaan sistem biomterik.

Maka inilah sebenarnya tujuan penggodam ini melancarkan serangan, kerana penggodam ini bukan bergerak sendirian tetapi telah ditaja oleh seseorang… Siapa? Cubalah teka… Siapa lagi yang tidak menyukai gagasan 1 Malaysia? Siapa yang bencikan Datuk Seri Najib? Dan siapakah yang tidak menyukai penggunaan biometrik oleh SPR?

Apapun, harapan eXception kepada personel IT Jabatan Kerajaan agar mengambil langkah pencegahan lebih awal dari bertindak apabila ianya sudah terlambat. Maruah jabatan berada di tangan anda, jika anda bertindak sambil lewa maka tercalarlah imej jabatan.

Hackers set Oct 24 for fresh attacks

Mengapa Nik Aziz Menyokong Anwar Al-Juburi?

Tinggalkan komen

Rahsia Nik Aziz Bela Anwar

Pendedahan Oleh Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu/Ketua Penerangan PAS Terengganu – Ustaz Omar Khalid

Inilah rahsianya kenapa Nik Aziz beriya-iya menyokong dan membela Anwar Al-Juburi… MasyaAllah… Dunia sudah tunggang-terbalik, Islam jadi tungangan politik…