Tegakkan Keadilan Untuk Allahyarham Mohd Salleh Hamdan

Tinggalkan komen

Keadilan Untuk Anggota Tentera Yang Terkorban Dalam Nahas Membabitkan Kereta Tian Chua

Komunis gila bernama Tiang Chuak ni akan mengambil kesempatan atas apa sahaja isu yang menguntungkannya termasuklah isu Adik Aminul Rasyid. Kes ini akan diperbesar-besarkan biar satu dunia tahu kononnya Polis Di Raja Malaysia kejam.

Tetapi tidakkah korang sedar yang Tiang Chuak cukup licik dan bijak. Kemalangan yang membabitkan kenderaannya dia tidak mahu diperbesar-besarkan. Tetapi kes Aminul Rasyid lagi dia mahu menghebohkannya biar satu pelusuk dunia tahu…

Oleh itu aku atas dasar tanggungjawab untuk menegakkan keadilan untuk Allahyarham Mohd Salleh Hamdan, iaitu anggota tentera yang terkorban dilanggar kereta Tiang Chuak. Jika Tiang Chuak berusaha menegakkan keadilan untuk Adik Aminul Rasyid, sekarang marilah sama-sama kita tegakkan keadilan untuk Allahyarham Mohd Salleh Hamdan dan kita pastikan Tiang Chuak serta pemandunya di bawa ke muka pengadilan…

Berikut aku selitkan sedikit tragedi yang berlaku pada bulan Mac yang lepas…


Tentera terbunuh berlanggar dengan kereta Tian Chua

Seorang anggota tentera terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta yang dinaiki ahli parlimen Batu, Tian Chua di KM49, Jalan Johor Baru-Mersing dekat Hutan Lipur Pantai, dekat Kota Tinggi semalam.

Ketua polis daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohamad Sebot berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika anggota tentera berkenaan Mohd Salleh Hamdan, 22, dari Kem Iskandar, Mersing dalam perjalanan ke Kota Tinggi, manakala Tin Chua pula menuju ke arah Mersing selepas menghadiri satu majlis di Kota Tinggi.

Pemandu kereta yang dinaiki Tian Chua – Zaharuddin Ayob, 45 – dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam lorong sebelahnya dan berlanggar dengan motosikal tersebut, katanya

Zaharuddin dan Tian Chua tidak cedera.

Sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Mersing, turut terlanggar motosikal Mohd Sallah tetapi penunggangnya, Mohd Zairi Mansor, 29, hanya cedera ringan

Bernama

Dalam pada itu Tiang Chuak mati-mati (kalo mati lagi baik) mengatakan mangsa memotong kenderaan lain kemudian bertembung dengan keretanya. Tindakan Tiang Chuak seolah-olah cuba menafikan kesilapan pemandunya memotong di garisan berkembar, kemudian meletakkan beban kesalahannya terhadap mangsa. mentanglah mangsa sudah meninggal dunia, senang-senang dia bebankan kesalahan tersebut kepada mangsa.

Malam kejadian, Tiang Chuak tergesa-gesa menuju ke Mersing kerana mahu segera menghadiri ceramah politik di sana. Apa lagi, nak tabur fitnah dan mengapikan emosi orang la kerjanya. Tetapi Allah Maha Berkuasa, nak dijadikan cerita ketika kenderaan yang dinaiki Tiang Chuak sedang memotong dua buah kereta di garisan berkembar. Dua buah motorsikal yang ditunggangi oleh mangsa dan seorang lagi pemuda bernama Mohd Zairy Bin Mansor yang datang dari arah Mersing kebetulan melalui jalan tersebut. Kemudian motor mangsa gagal mengelak kenderaan yang dinaiki Tiang Chuak yang masuk ke lorong bertentangan kemudian melanggar kenderaan yang dinaiki cina komunis ini. Manakala mangsa kedua, Mohd Zairy Bin Mansor pula cedera setelah gagal mengelak motor mangsa yang kemalangan.

Tiang Chuak, kelihatan cuak apabila terlibat dengan kemalangan tersebut yang jelas kesalahan pada pihaknya kerana memotong garisan berkembar. Tiang Chuak langsung tidak membantu mangsa yang sedang bertarung nyawa, malah niat nak menghantar mangsa ke hospital sekelumit pun takde. Dalam otaknya asyik POLITIK… POLITIK… POLITIK… Tak habis-habis dengan politik…

Kemudian Tiang Chuak berjanji dengan keluarga mangsa untuk melawat. Tapi HARAMMM!! Inikah pemimpin berjiwa rakyat? Bukan, ini pemimpin berjiwa pentingkan politik sahaja… Tiang Chuak adalah salah seorang YB dari Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia… Jika kesilapan pada dirinya, dia akan lemparkan kesalahan kepada orang lain… Beginikan gaya seorang pemimpin? Rujuk berita ini (Suara Keldaian): Tian Chua Kemalangan Di Kota Tinggi

Di sini aku upload sekali salinan laporan Polis berkaitan kemalangan. Masing-masing saksi yang terlibat dengan kemalangan tersebut mengatakan kereta yang dinaiki Tiang Chuak dipandu dengan melulu.

Di atas merupakan kenyataan saksi pertama, Mohd Zairy Bin Mansor menyatakan semasa dia sedang menunggang motorsikalnya, JEV 7639, dia melihat kereta Mercedes Tiang Chuak memotong sebuah kereta lain sebelum melanggar anggota tentera tersebut, ketika jaraknya dengan tempat kemalangan adalah kira-kira 25 meter sahaja.

Saksi kedua Muhammad Nazirul bin Mohd Rosli mmebuat laporan bahawa semasa sedang memandu di KM 49.0 Johor Bahru-Mersing, dia terlihat sebuah kereta Mercedes warna silver, nombor pendaftaran WHR 727 telah memotongnya dari arah belakang dan dalam masa yang sama sebuah motorsikal yang datang dari arah bertentangan terpaksa membrek secara tiba-tiba untuk mengelak kereta Mercedes tersebut.

Beliau juga melihat penunggang motorsikal tersebut melambung ke tengah jalan. Menurut saksi ini, semasa dia memegang anggota tentera tersebut, dia masih sedar dan meminta air untuk minum. Tangan kanan mangsa juga hilang.

Tapi Tiang Chuak dalam laporannya pula menyatakan semasa dia melalui KM 49.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, tiba-tiba dia terlihat cahaya lampu kenderaan {motorsikal) dari arah bertentangan menuju kearah keretanya lalu melanggar bahagian depan sebelah kanan keretanya.

Apabila dia keluar daripada kereta dia dapati :

i. keretanya rosak
ii. cermin besar di hadapan pecah
iii. bumper depan sebelah kanan pecah
iv. mudguard pecah
v. pintu kanan kemek
vi. cermin sisi sebelah kanan pecah.

Dia tak tengokpun mangsa yang terbaring di tepi jalan yang dah hilang tangan kanannya. Inikah sikap seorang Ahli Palimen? Langsung takde hati perut.

Dia lebih ambil berat pasal keretanya tapi nyawa anggota tentera tersebut tidak dipedulikan. Sekarang pula nak sibuk-sibuk kumpulkan orang untuk demonstrasikan adik Amrulrasyid.

Apakah begitu rendah sekali moral dan perikemanusiaan Tiang Chuak yang sanggup sensasikan kematian seorang anak muda untuk tujuan politik padahal Tiang Chuak tidak pernah sekali pun melawati keluarga anggota tentera yang telah putus tangan dan mati dilanggar kereta Mercedesnya? Ada dia menziarahi anggota tentera semasa pengkebumiannya?

Lebih senang bagi Tiang Chuak untuk memburukkan nama Polis pada ketika orang merasa marah atas kematian seorang anak muda. Adik Aminul Rasyid sudah menjadi mangsa tembakan. Apakah sekarang adik Aminul Rasyid akan menjadi mangsa mainan politik pembangkang pula?

Anggota tentera yang putus tangan itu pula sudah dilupakan oleh Tiang Chuak.

Ibu Aminulrasyid sudah mengeluarkan kenyataan usah disensasikan dan dipolitikkan kematian anaknya. Kini kenapa sudah ambil Kapal Sink sebagai loyar dan terikut2 sidang akhbar pembangkang?

Advertisements

PR – Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia

Tinggalkan komen


Tentera terbunuh berlanggar dengan kereta Tian Chua

Seorang anggota tentera terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta yang dinaiki ahli parlimen Batu, Tian Chua di KM49, Jalan Johor Baru-Mersing dekat Hutan Lipur Pantai, dekat Kota Tinggi semalam.

Ketua polis daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohamad Sebot berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika anggota tentera berkenaan Mohd Salleh Hamdan, 22, dari Kem Iskandar, Mersing dalam perjalanan ke Kota Tinggi, manakala Tin Chua pula menuju ke arah Mersing selepas menghadiri satu majlis di Kota Tinggi.

Pemandu kereta yang dinaiki Tian Chua – Zaharuddin Ayob, 45 – dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam lorong sebelahnya dan berlanggar dengan motosikal tersebut, katanya

Zaharuddin dan Tian Chua tidak cedera.

Sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Mersing, turut terlanggar motosikal Mohd Sallah tetapi penunggangnya, Mohd Zairi Mansor, 29, hanya cedera ringan

Bernama

Satu lagi YB PR (Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia) terlibat dengan kes kemalangan, kali ini kemalangan melibatkan maut. Jika bulan lepas Mohd Bakri dilanggar oleh Ng Suwey Lim, kali ni seorang anggota tentera pula dilanggar oleh kereta Tian Chua Phu Kang…

Akan tetapi berita yang dilaporkan oleh Bernama dan turut disiarkan dalam Malaysiakini adalah berbeza dengan berita yang keluar dalam Suara Keldaian. Dalam Suara Keldaian, anggota tentera tersebut dikatakan memotong sebuah bas kemudian melanggar kereta Tian Chua Phu Kang.

Jika ingin kesahihan berita dari Suara Keldaian tsb, sila baca di sini: Tian Chua Kemalangan Di Kota Tinggi

Seolah-olah Tian Chua Phu Kang cuba menyalahkan mangsa dan enggan mengakui kesalahan pemandunya. Ini kes kedua yang melibatkan YB PR (Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia) selepas Ng Suwey Lim melanggar Mohd Bakri hingga menyebabkan pemuda itu koma. Apa akan jadi pada rakyat Malaysia nanti apabila PR (Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia), menerajui Malaysia?

Sudah tentu ramai kalangan rakyat yang tak berdosa dilanggar sesuka hati oleh YB PR (Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia) ini kemudian meletakkan kesalahan tersebut ke atas mangsa. Apakah ini keadilan yang korang agung-agungkan? Keadilan untuk rakyat atau keadilan untuk korang sendiri? Jika inilah sikap YB-YB PR (Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia), maka rakyat Malaysia takkan selamat lagi…

Kepada pihak Polis segera jalankan siasatan… Tegakkan keadilan untuk mangsa dan keluarga mangsa terutamanya ibu mangsa yang kehilangan anak yang disayangi. Kepada rakyat Malaysia sekelian, teruskan memangkah PR (Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia) dalam pilihanraya akan datang dan anda akan lihat anak-anak anda seterusnya menjadi mangsa dilenyek kenderaan YB-YB PR (Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia) ini nanti… Mereka melenyek rakyat sepeti melenyek seekor kucing yang melintas di atas jalan… Seolah-olah tidak meninggalkan kudis pun bagi mereka.

Andaikata jika kes kemalangan ini melibatkan YB-YB BN, sudah tentu YB-YB PR (Pakatan Membunuh Rakyat Malaysia) akan menjerit terpekik terlolong macam orang disampuk polong mengatakan BN membunuh rakyat. Apabila terjadi pada diri sendiri, dengan mudah mereka mencampakkan kesalahan mereka kepada mangsa…

Apapun kepada keluarga Allahyarham Mohd Salleh Hamdan, eXception di sini ingin menyampaikan ucapan takziah. Semoga roh Allahyarham d tempatkan di kalangan para mukmin di akhirat kelak. Al-Fatihah…