PAS Menyokong Bashar Al-Assad Dalam Senyap??

Tinggalkan komen

PAS Menyokong Bashar Al-Assad Dalam Senyap??

Lihatlah kekejaman Tentera Bashar Al-Assad terhadap rakyat Syria…

Kanak-kanak tak terlepas dari menjadi mangsa…

Walaupun umat Islam seluruh dunia mengecam Rejim Bashar Al-Assad…

PAS pula bernada sebaliknya…

Malah siap hantar wakil bertemu Bashar Al-Assad…

Apa motif PAS menghantar Mat Sabu bertemu dengan Bashar Al-Assad??

Jika kedatangan Mat Sabu adalah untuk melihat sendiri kekejaman Bashar Al-Assad…

Mengapa perlu bertemu dengan manusia yang melakukan kekejaman tersebut??

Apa tak cukup lagikah dengan apa yang dilaporkan di dalam media cetak dan elektronik??

Mengapa tidak terus melihat dengan mata kepala sendiri akan kekejaman Rejim Bashar Al-Assad??

Sepatutnya Mat Sabu bawak rombongan dari Malaysia untuk bantu rakyat Syria…

Bawa bekalan ubat-ubatan…

Bawa bekalan makanan…

Bawa bekalan pakaian…

Bukan dengan melawat Bashar Al-Assad…

Ianya takkan menyelesaikan pertumpahan darah dari terus berlaku di Syria…

Jelas sekali PAS seolah-olah menyokong kepimpinan Bashar Al-Assad dalam diam…

Tahniah Rakyat Libya. Anda Sedang Menuju Ke Arah Kehancuran…

Tinggalkan komen

Muammar Gaddafi Terbunuh. Rakyat Bersorak. Libya Menuju Ke Arah Kehancuran

Berita mengenai bekas Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terbunuh semalam tersebar seluruh dunia… Beliau bukan dibunuh oleh Amerika ataupun kuasa asing lain, tetapi rakyat sendiri….

eXception ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Libya terutamanya di sebelah pihak pembangkang kerana anda semua berjaya menempah pakej-pakej malapetaka yang bakal dihadapi nanti.

Lihat sahaja bagaimana keadaan Iraq selepas Saddam Hussein dijatuhkan… Lihat pula keadaan Mesir selepas kerajaan Hosni Mubarak runtuh… Bukan semakin baik, tetapi semakin buruk… Penguatkuasaan undang-undang sudah tiada lagi… Undang-undang rimba diterima pakai… Jika dahulu makan dan pakai cukup… Hari ini kehidupan menjadi daif… Yang kaya bertukar menjadi miskin sekelip mata… Apa gunanya wang bertimbun-timbun di dalam peti besi jika ianya tidak lagi laku? Jenayah berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengenal usia dan jantina… Rakyat bebas membawa senjata ke sana dan ke mari… Undang-undang sudah tiada, maka bebas sahaja mahu membunuh sesiapa yang tidak disuka… Peluru menjadi penegak undang-undang sendiri…

Yang mempunyai senjata, dialah yang berkuasa… Dia bermaharajalela… Akan tetapi semua yang berlaku salah siapa? Adakah salah Amerika? Tidak… semuanya adalah salah rakyat sendiri yang terpengaruh dengan hasutan Amerika… Tujuan mereka tak lain ialah untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan Islam yang menjadi batu penghalang serta pemimpin Islam yang telah lama menjadi duri di dalam daging yang harus dicabut… Maka selepas Iraq, Mesir dan Libya… Kini Syria pula bakal menjadi mangsa… Amerika menyuntik jarum beracun mereka… Segala dakyah-dakyah kebencian serta cerita sengaja direka-reka untuk memburukkan imej pemimpin Syiria bertujuan agar rakyat terpengaruh dan membenci pemimpin… Akhirnya kerana kebencian dan kemarahan… Sebuah negara yang dahulunya aman dan makmur serta dilimpahi rezeki menjadi huru-hara dan miskin… Amerika di belakang hanya ketawa melihat kebodohan rakyat negara tersebut… Ingatlah marah itu api… Api adalah sifat syaitan… Api boleh membakar diri sendiri jika tidak boleh mengawal amarah…

Di Malaysia juga tak kurang menerima tempias atas kematian Muammar Gaddafi… Ramai kalangan anjing-anjing pembangkang beriya-iya mahu Amerika segera campur tangan di dalam politik negara ini. Malah ada yang turut merancang revolusi seperti Mesir dan Libya… Mereka dibutakan dengan kebencian terhadap pemimpin sendiri sehingga sanggup membuka pintu kepada musuh Islam menyelinap… Anjing-anjing kurap ini wajar sekali dihantar ke Libya, Mesir dan Iraq… Biar mereka merasa azab sesebuah negara tidak mempunyai undang-undang… Biar mereka merasa seksa apabila terpaksa berlapar kerana kekurangan makanan…

Kepada anjing-anjing kurap ini, teruskanlah niat anda… Yang bakal menerima padahnya ialah anak cucu anda kelak… Sebuah negara yang aman dan makmur yang sepatutnya kita warisi kepada mereka… Tetapi negara yang mengalami kehancuran yang terpaksa kita wariskan kepada mereka… Suatu hari nanti, anak cucu kita akan kencing di atas kubur kita dek kerana KEBODOHAN kita menggadaikan negara demi kepentingan politik sempit… InsyaAllah semuanya akan terjadi jika itu yang anjing-anjing ini mahukan…