Black Out 505 – Minta Ahli Parlimen Puchong Dan ADUN Sri Serdang Letak Jawatan

2 Komen

Black Out 505 – Minta Ahli Parlimen Puchong Dan ADUN Sri Serdang Letak Jawatan

Terdapat bukti bahawa berlaku BLACKOUT semasa pengiraan undi di Sekolah Kebangsaan Serdang, Selangor. eXception minta dengan segala hormatnya penyandang kerusi Parlimen Puchong dan penyandang kerusi DUN Seri Serdang meletakkan jawatan dengan SEGERA!!

Penyandang bagi kerusi Parlimen Puchong ialah Gobind Singh Deo dari DAP, manakala penyandang kerusi DUN Sri Serdang ialah Noor Hanim Ismail dari parti PAS. Gambar di atas telah tersebar di dalam media sosial dan yang menyebarkannya ialah cybertrooper Pakatan Rakyat.

Maka sewajarnya kemenangan kedua-dua penyandang kerusi ini ditarik balik oleh SPR dan kiraan undi semula perlu diadakan. Insiden BLACKOUT ini tidak boleh disalahkan SPR, kerana yang menang kedua-dua kerusi ialah DAP dan PAS. Lainlah kalau yang menang ialah calon Barisan Nasional. Boleh lah kita katakan SPR berpakat untuk menangkan Barisan Nasional. Tetapi yang menang sekarang ialah DAP dan PAS, malah pada masa yang sama, mereka tidak berpuas hati dengan insiden BLACKOUT ini sekaligus mereka juga tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya bagi Parlimen Puchong dan DUN Sri Serdang.

eXception dan semua bloggers lain sebulat suara bersetuju jika SPR mahu menarik balik kemenangan Ahli Parlimen Puchong dan ADUN Sri Serdang.

Batalkan Segera Kemenangan Ahli Parlimen Puchong Dan ADUN Sri Serdang!!

Penjelasan Isu UMNO Roboh Masjid Bujal

Tinggalkan komen

Penjelasan Isu UMNO Roboh Masjid Bujal

Isu roboh Masjid Bujal kembali berkumandang di media-media sosial apabila semboyan PRU 13 dibunyikan. Ini bertujuan untuk cover isu video Stopa Ali dan isu manifesto yang gagal dilaksanakan oleh Pakatan Pembangang.

Persoalan sekarang benarkah bangunan yang dirobohkan itu adalah MASJID atau sebenarnya sebuah MARKAS PAS?

Semasa pemerintahan PAS di Terengganu selama satu penggal. Fungsi JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat) adalah melebihi kuasa Pegawai Daerah. Pegawai Daerah umpama lembu dicucuk hidung, terpaksa menurut perintah JSR. Kalau tidak kena ambil tindakan oleh BOSS mereka iaitu Hadi Awang.

Maka mereka berebut rebutlah membahagi tanah berkelompok diantara meraka. Mereka tidak mengikut peraturan Pejabat Tanah Daerah dalam kaedah mengagih tanah dan guna peraturan sendiri.

Mereka yang tersenarai dalam pembahagian tanah terpaksa membayar kepada JSR beribu ribu ringgit untuk mendapatkan tanah berkelompok tersebut. Duit diberi, tapi tiada resit dikeluarkan untuk dijadikan bukti pembayaran.

Namun begitu penguasaan PAS di Terengganu tidak kekal lama yang mana kemudiannya Barisan Nasional berjaya merampas semula Terengganu dari tangan PAS.

Apabila kerajaan BN kembali berkuasa, beribu ribu kawasan tanah berkelompok yang diduduki secara haram perlu dibersihkan. Mana mana bangunan yang didirikan tanpa permit oleh Pejabat tanah perlu dirobohkan. Maka keluarlah notis meroboh oleh Pejabat Tanah. Apabila empunya rumah yang didirikan secara haram tidak mengendahkan notis maka terpaksalah kerajaan sendiri menjalankan tugas merobohkan rumah-rumah tersebut.

Maka PAS tergesa gesa mendirikan sebuah premis di tapak tanah berkelompok ciptaan PAS di Kampung Bujal. Maka di istiharkan bangunan tersebut sebagai masjid tanpa kelulusan Jabatan Agama Islam ataupun Mufti Negeri. Tujuannya apabila premis itu dirobohkan oleh kerajaan maka mereka bolehlah membuat cerita, kononnya Kerajaan Barisan Nasional merobohkan masjid. Itulah strategi mereka.

Sedangkan terdapat sebuah masjid yang hampir dengan Kampung Bujal yang terletak di Kampung Payoh yang mana boleh menampung sehingga 600 jemaah. Untuk apa dibina sebuah masjid lagi, lebih-lebih lagi ianya tidak digazetkan sebagai masjid oleh Jabatan Agama Islam Terengganu. Lebih-lebih lagi tapaknya adalah tanah yang diduduki secara haram.

Maka apa yang dirancang oleh PAS tadi, benar-benar berlaku. Kerajaan benar-benar merobohkan premis tersebut. PAS mengambil peluang menangguk di air yang keruh. Maka di canangkan ke seluruh saentero benua bahawa kerajaan BN zalim. Kerajaan BN roboh masjid. Rakyat jelata yang kurang cerdik mempercayai loyar buruk PAS ini. Hanya rakyat cerdik dah sudah maklum dengan penipuan PAS ini. Isu ini sengaja dibangkitkan semata-mata mahu meraih simpati rakyat Malaysia serta membangkitkan kemarahan rakyat terhadap isu Masjid Bujal ini.

Jika kita lihat bangunan separuh siap ini secara tiba-tiba boleh digazetkan sebagai masjid. Sudahlah struktur pembinaannya tunggang-langgang. Mungkin juga arkitek yang membina premis ini sama spesis dengan arkitek Stadium Sultan Mizan, iaitu Raja Bahrin yang kini menjadi calon PAS pula.

Bagi mereka yang masih percaya dengan isu meroboh masjid Bujal ni, sila bukakan minda anda. Tengok imej-imej ini semua. Adakah ini sebuah MASJID?


Sebenarnya apa yang dikatakan oleh pembangkang semuanya bohong Kalau dikatakan masjid tidak patut kerana penduduk sudah mempunyai masjid di kampung Payoh yang boleh muat hingga 600 jemaah pada setiap masa dan tidak sepatutnya didirikan masjid di kawasan berkenaan. – TUAN HAJI ISMAIL TAHIR (IMAM KG. PAYOH, KEMAMAN)

Saya menetap di kampung Bujal sudah 15 tahun dan sebenarnya kawasan yang dikatakan tanah RTB itu adalah kawasan pertanian berkelompok yang ditanam pokok cempedak serta rambutan dan hasilnya dibahagikan kepada penduduk kampung Payuh… – ENCIK ISMAIL BIN CHIK (WAKIL RTB KG. BUJAL, KEMAMAN)

Ustaz Nasha Digugurkan Keanggotaan Dalam Majlis Syura

Tinggalkan komen

Ustaz Nasha Digugurkan Keanggotaan Dalam Majlis Syura

Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah digugurkan keanggotaannya di dalam Majlis Syura PAS tanpa diberi peluang membela diri. Didalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu, Majlis Syura telah memutuskan untuk menggugurkan keanggotaan Ustaz Nasha.

Keputusan itu dibuat atas alasan kononnya Ustaz Nasha telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS mengikut laporan Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013. Nik Muhamad Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS mengatakan bahawa selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Ustaz Nasha didakwa sebagai ‘merugikan parti’.

Apa punya keadilan yang PAS perjuangkan apabila mengugurkan keanggotaan Ustaz Nasha tanpa memberi peluang beliau membela diri? Apa pula kesalahan yang Ustaz Nasha lakukan? Hanya kerana mengikut rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza? Sepatutnya PAS berbangga kerana ada wakil PAS melihat sendiri penderitaan rakyat Palestine di Gaza. Akan tetapi PAS langsung tidak berbangga dengan Ustaz Nasha.

Bagaimana pula dengan pemimpin PAS lain yang mempunyai rekod kesalahan seksual tetapi masih kekal menjadi pemimpin? Sebut sahaja Mat Sabu… Semua pasti ingat dengan kes zina dengan isteri kawan baiknya sendiri di dalam bilik 121 Hotel Perdana. Sebut sahaja Din Puduraya… Semua pasti ingat dengan skandal zina di dalam hotel Puduraya. Mengapa mereka masih kekal tanpa dipecat. Jawapannya, kerana mereka semua mempunyai hubungan akrab dengan Anwar. Mana-mana ahli PAS yang mempunyai hubungan akrab dengan Anwar akan cepat naik pangkat… Mana-mana ahli PAS yang menentang Anwar maka, ke tong sampah la jawabnya…

Bagaimana pula dengan Nik Aziz dan Hadi Awang yang pernah bersama-sama dengan Datuk Seri Najib dalam satu majlis? Mereka juga wajar digugurkan dari jawatan Mursyidul Am dan Presiden PAS… Tindakan mereka juga boleh dilihat sebagai ‘merugikan PAS’.

Lebih 1000 Sokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa Bakal Presiden PAS

Tinggalkan komen

Lebih 1000 Sokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa Bakal Presiden PAS

Sejumlah 1,379 pengikut fan page Isu Politik Semasa (IPS) menyokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS menjadi bakal Presiden PAS bagi menggantikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan pendapat fan page IPS, rata-rata menyokong Ustaz Nasha menjadi Presiden PAS memandangkan Presiden PAS sedia ada kelihatan terlalu tunduk kepada DAP lebih-lebih lagi berkaitan isu kalimah Allah.

Malah sokongan terhadap Ustaz Nasha bukan sahaja dari kalangan penyokong PAS, malah kalangan penyokong UMNO yang menyokong cadangan pelan perpaduan antara UMNO dan PAS yang pernah disuarakan oleh Ustaz Nasha dan Tuan Guru Hj Hadi Awang dulu, turut menyokong demi menyatupadukan semula umat Islam di Malaysia.

Walaupun demikian, Tuan Guru Hj Hadi Awang segera akur dengan titah perintah Tok Garu Nik Aziz yang mana menentang dasar perpaduan antara UMNO dan PAS. Malah akibat menyokong dasar tersebut, Tuan Guru Hj Hadi pernah dipulaukan semasa pilihanraya kecil yang mana poster beliau tidak dinaikkan sebagai poster.

Demi kebaikan perpaduan sesama Islam di Malaysia, eXception juga turut menyokong cadangan Ustaz Nasha sebagai bakal Presiden PAS… Ini dilihat dengan penglibatan Ustaz Nasha dengan rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza baru-baru ini dan ke Mekah tidak lama dahulu… Ustaz Nasha dilihat sebagai insan yang bakal membuat perubahan besar di dalam PAS dan bakal mengembalikan pengaruh ulamak memandangkan kini PAS masih dikuasai oleh mereka yang mempunyai kepentingan dan tunduk dengan dasar Anwar Ibrahim dan dasar DAP…

Sumber: Isu Politik Semasa

Perbezaan Antara Puak Khawarij Dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Tinggalkan komen

Perbezaan Antara Puak Khawarij Dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Inilah perbezaan antara puak khawarij dan ahli sunnah wal-jamaah… Lihat betapa murninya ahli sunnah wal-jamaah mendoakan keselamatan Palestin, sedangkan puak khawarij langsung tidak mendoakan keselamatan Palestin… Tetapi mendoakan kehancuran UMNO… Demi politik, mereka sanggup membelakangkan agama… Inilah khawarij…

Bukti PAS Memang Tiada Minat Laksanakan Hudud

Tinggalkan komen

Bukti PAS Memang Tiada Minat Laksanakan Hudud

Pemimpin PAS berjaya mengencing para penyokongnya untuk melaksanakan hudud, jika Pakatan Rakyat menang PRU 13 nanti akan melaksanakan hudud dan menghapuskan perlembagaan persekutuan yang dikatanya perlembagaan Lord Reid… Hakikatnya… Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke – 3… Pemimpin PAS bersama pemimpin PR lain telah berikrar untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan…

Kah kah kah kah… Terkulat-kulat pencacai PAS nak menjawab… Semua kena kencing hidup-hidup…

Jelas dalam kepimpinan PAS juga ada ramai MUNAFIK…

PAS Menyokong Bashar Al-Assad Dalam Senyap??

Tinggalkan komen

PAS Menyokong Bashar Al-Assad Dalam Senyap??

Lihatlah kekejaman Tentera Bashar Al-Assad terhadap rakyat Syria…

Kanak-kanak tak terlepas dari menjadi mangsa…

Walaupun umat Islam seluruh dunia mengecam Rejim Bashar Al-Assad…

PAS pula bernada sebaliknya…

Malah siap hantar wakil bertemu Bashar Al-Assad…

Apa motif PAS menghantar Mat Sabu bertemu dengan Bashar Al-Assad??

Jika kedatangan Mat Sabu adalah untuk melihat sendiri kekejaman Bashar Al-Assad…

Mengapa perlu bertemu dengan manusia yang melakukan kekejaman tersebut??

Apa tak cukup lagikah dengan apa yang dilaporkan di dalam media cetak dan elektronik??

Mengapa tidak terus melihat dengan mata kepala sendiri akan kekejaman Rejim Bashar Al-Assad??

Sepatutnya Mat Sabu bawak rombongan dari Malaysia untuk bantu rakyat Syria…

Bawa bekalan ubat-ubatan…

Bawa bekalan makanan…

Bawa bekalan pakaian…

Bukan dengan melawat Bashar Al-Assad…

Ianya takkan menyelesaikan pertumpahan darah dari terus berlaku di Syria…

Jelas sekali PAS seolah-olah menyokong kepimpinan Bashar Al-Assad dalam diam…

Older Entries