MB Perak saman Suara Keadilan RM100 Juta?? Wow!!

4 Komen



IPOH 3 Jan. – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan beliau sebagai fitnah keterlaluan.

Katanya, beliau telah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan.

“Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM 1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong bersama-sama Majlis Bandaraya Ipoh di Kampung Tai Lee di Buntong di sini hari ini.

Sebelum ini katanya, beliau tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacam-macam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya.

“Tetapi dengan pembohongan yang keterlaluan dalam artikel keluaran terbaru mereka, sudah tiba masanya untuk saya bertindak,” katanya.

Zambry berkata akhbar itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menulis berita atau laporan kerana ia turut mencerminkan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia…laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata,” katanya.

-Utusan Malaysia

Wah kah kah kah kah… Hambik nko Suara Keadilan… Haa… Rasakan… Ingat sedap-2 je nak tokok-tambah cerita yang takde… Ha nko… Terduduk… RM 100 Juta tu beb!! Bukan RM 100… Well apapun tindakan Dr Zambry menyaman Suara Keadilan berhubung artikel yang mengatakan beliau di tahan di US sememangnya di alu-alukan…

Bagi yang belum mengetahui kisahnya sila lawati laman blog teman seperjuangan, Parpukari… FITNAH JAHAT PAKATAN HARAM TERHADAP DR ZAMBRY!

Kemudian bacalah berita palsu ini yang dicedok dari Suara Keadilan Online dan dimuatkan ke dalam blog seorang budak hingusan… Zambry Ditahan Di San Franscisco

Satu lagi boleh di dapati berita fitnah ini di sini: AS halang Zambry masuk kerana didakwa pengganas

Ha ha ha, aku cadangkan kedua-dua pemilik blog ini di saman juga sebab menyiarkan artikel yang berunsur fitnah….

Sivakuman mau bikin wayang lagi?

Tinggalkan komen

Ulang tayang drama bawah pokok

IPOH 26 Ogos – Pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sengaja mahu mengadakan ‘ulang tayang drama bawah pokok’ kerana berhasrat mengadakan ‘persidangan Dewan Undangan Negeri’ (DUN) pada 2 September ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan berkenaan yang jelas tidak menghormati Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan tidak mempedulikan undang-undang dipercayai sengaja dirancang bagi mewujudkan suasana anarki atau kekacauan.

Beliau berkata, mereka juga mahu menggambarkan kepada dunia kononnya negeri ini berada dalam keadaan huru-hara jika tidak dibenarkan memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada tarikh berkenaan.

“Dia orang bukan peduli pun tentang perkenan sultan atau kesejahteraan rakyat, dia orang tak peduli itu semua. Apa yang mereka nak ialah bagaimana hendak wujudkan keadaan huru-hara dan tidak stabil.

“Mereka sengaja hendak tunjuk kononnya merekalah pilihan rakyat. Saya ingin tegaskan di sini mereka boleh buat tetapi kena ingat ‘pihak yang lagi satu tidak akan berdiam diri’.

“Mereka kena belajar daripada sejarah dan jangan main politik secara keterlaluan. Dewan bawah pokok dulu sudah tidak berjaya tetapi mahu ulang tayang balik, agaknya mahu dapatkan status box office,” katanya di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas rancangan pakatan pembangkang mahu mengadakan persidangan DUN pada 2 September ini.

Hari ini, bekas Speaker DUN, V. Sivakumar menyaman Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abd. Rahman Hashim kerana menghalang wakil rakyat pakatan pembangkang untuk mengadakan persidangan DUN pada Mac lepas.

Pada 21 Ogos lalu, pakatan pembangkang juga telah menghantar notis guaman dan memberi tempoh selama 48 jam kepada Abd. Rahman untuk memberi aku janji supaya tidak campur tangan pada persidangan Dewan 2 September ini.

Zambry menegaskan, tindakan pembangkang itu jelas sekali menunjukkan betapa angkuh dan bongkaknya mereka hingga sanggup mengambil langkah melampau untuk mencapai hasrat dan cita-citanya.

“Anda lihatlah sendiri bagaimana berkuasanya mereka. Mereka fikir kuasa itu berada di tangan mereka dan rasa merekalah tuan. Siapa mereka hendak arah-arahkan kita,” ujarnya.

Jelas beliau, kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yakin, Abd. Rahman telah menjalankan tugasnya dengan baik serta mengikut segala peraturan ditetapkan.

“Datuk SS (Abd. Rahman) merupakan kakitangan kerajaan yang profesional. Dulu pun Abd. Rahman pernah berkhidmat dengan pembangkang tetapi kenapa tidak dipertikaikan,” katanya.

-Utusan Malaysia

Hai Sivakuman ni tak habis-habis nak bawak kuman gila babinya itu supaya berjangkit macam kuman H1N1… Sudah-sudahlah tu Sivakuman, terimalah hakikat bahawa anda bukan Speaker DUN lagi. Sedarlah. Bangkitlah lagi angan-angan.

Toksah bikin kalut lagi. Perak dah aman sekarang. Tiada lagi onar dari Pakatan Rosak. Tiada lagi wayang dari Nijar Tri Star. Tiada lagi hasutan dari Ngeh Ngeh Ngeh dan Nga Nga Nga…

Sivakumar Buat Gila Lagi…

2 Komen


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak pernah mengiktiraf V Sivakumar sebagai Speaker sejak Barisan Nasional (BN) menerajui kembali kerajaan negeri pada Februari lalu apabila Sivakumar sekali lagi menggantung beliau daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan didenda RM250,000.

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor berkata sejak BN mengambil alih kerajaan negeri selepas mempunyai majoriti dengan disokong tiga Adun bebas serta melantik Speaker yang baru, beliau tidak pernah mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker.

“Dia cuma mahukan saya memberi respons dan keutamaan komen kepada dia saja. Saya rasa tidak perlulah sebab saya tidak pernah iktiraf dia pun, sebelum (melantik Speaker) yang baru memang ya, tetapi selepas itu saya tidak pernah lagi iktiraf dia.

“Jadi saya tidak mahu tahu apa yang dia lakukan, sebab itu saya kata ”Siva oh! Siva”, saya kasihankan dia, ” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan memperkasa dan insentif kepada Persatuan Belia Negeri Perak di kediaman rasmi di sini hari ini.

Semalam, Sivakumar yang juga Adun Tronoh dan bekas Speaker mengumumkan penggantungan Zambry selama tiga bulan daripada menghadiri sidang DUN dan didenda RM250,000 dengan alasan Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lalu walaupun telah digantung sebelum itu.

Sivakumar yang masih menganggap dirinya sebagai Speaker dan mengetuai sebuah jawatankuasa yang dipanggil ”Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan” itu turut menggantung Exco Kanan Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama.

Selain itu, Timbalan Speaker Hee Yit Foong pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.

Zambry juga berkata pakatan pembangkang hanya mahu menunjukkan bahawa keadaan di Perak tidak stabil dan rakyat berada dalam keadaan tidak aman.

“Ini adalah sebahagian daripada strategi mereka. Saya yakin mereka tahu bahawa kerajaan di Perak hari ini berada dalam keadaan baik, ekonomi mula rancak dan pelabur mula datang. Jadi, bagi mereka langkah terbaik untuk ”menggoncang” semua ini adalah melalui keadaan huru-hara sana sini di mana orang ramai akan merasa tidak selamat,” katanya.

Katanya beliau tidak mahu terpengaruh dengan ”rentak tarian” yang dimainkan Sivakumar dan pakatan pembangkang kerana semua tindakan mereka adalah taktik ”perang psikologi”.

Ketika ditanya mengenai persidangan DUN akan datang yang dijangka lebih ”panas”, beliau berkata pihak kerajaan melakukan apa yang terbaik.

“Biarkan mereka dengan apa yang nak jadi, apapun kita buat dengan cara terbaik. Seluruh dunia menyaksikan siapa yang memulakan dulu (pada sidang DUN 7 Mei lalu). Siapa yang mula menyeberangi kawasan kita…mereka tidak pernah menyatakan tindakan ganas mereka,” katanya.

Semalam, bekas Speaker itu turut mengumumkan ”persidangan DUN Perak” akan diadakan pada 2 September ini pada 10 pagi dan sidang itu tidak perlu mendapat perkenan Sultan Perak kerana ia merupakan sidang yang ditangguhkan dan beliau mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan. – Bernama

Hai tak sudah-sudah pasal si Sivasinggam Serbuk Kari Linggam ni… Aku pun naik pusing kepala melihat gelagat orang gila ni, seeloknya Siva ni ditempatkan di wad first class Hospital Bahagia Tanjung Rambutan aje… Bikin semak sahaja… Negeri Perak yang semakin aman dia nak bikin kacau lagi…

Niat dia nak porak perandakan kerajaan BN Perak…

Pas Melaka kata Umno ganas?

6 Komen

Aku hampir nak tergelak berguling-guling hingga ke bawah bukit sambil diiringi penari-penari boria dan seorang awek yang cun. Macam cite hindustan pulak. Tapi cerita ni lagi kelakar dari cerita hindustan. PAS Melaka kata Pemuda UMNO ganas. Kah kah kah kah. Sikit punya hal pun nak kecoh. Baru kes pecahkan meja dah kata ganas. Belum pecahkan kepala orang lagi tu. Apapun samaada banar atau tak UMNO ganas, kita tengok gambar-2 yang di ambil semasa perhimpunan-perhimpunan haram anjuran pembangkang. Mari kita lihat siapa yang GANASZZZ….


Ini gambar semasa perhimpunan membantah PPSMI.


Ni satu lagi gambar. Tengok tu siap nak rampas cota Polis. Melampau betul.


Polis Trafik yang jaga lalulintas pun kena balun jugak?

Yang ni pulak, gambar perhimpunan yang bantah perlantikan Datuk Dr Zambry sebagai MB Perak yang baru


Tu dia, harap kepala pakai kopiah, tapi tanduk setan jelas kelihatan


Pak lebai pun ada gak. Dasat.

So tu antara gambar-gambar yang aku dapat carik. Sesiapa yang nak sumbangkan gambar lagi dipersilakan. He he he he