Nik Nazmi (tengah). Orang kepercayaan Anwar Ibrahim di Pejabat MB Selangor

Dalam masa beberapa hari ini ramai blogger yang berbicara mengenai kes rasuah yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail@Kak Ogy.

Saya sebenarnya tidak berminat untuk turut serta membicarakan perkara tersebut,walaupun pada peringkat awal tempohari saya turut serta membicarakan hal berkenaan. Ini kerana pada masa itu saya tidak mengetahui bahawa YB yang terlibat adalah Kak Ogy. Selepas saya mengetahuinya saya tidak campur tangan lagi.

Ini kerana saya mengenali beliau serta suaminya dan beliau juga mengenali saya sejak 11 tahun yang lalu. Perbezaan idealogi politik tidak semestinya kita mesti bermusuh atau memutuskan silaturahim sesama islam. Politik hanya idealogi,manakala silaturahim kekal berpanjangan. Saya juga tidak tergamak untuk menghentam orang yang saya kenali sekian lama.

Bukan maksud saya untuk mempertahankan beliau,sekiranya beliau bersalah maka beliau harus dihukum. Sekiranya dia tidak bersalah kita juga harus bersyukur kerana seorang muslim telah terselamat daripada hukuman penjara.

Apa yang saya ingin bicarakan disini ialah hasil pertemuan saya dengan beberapa orang ‘hard core’ PKR Shah Alam dan Batu Tiga. Saya berjumpa dengan mereka dan berbincang berbual mesra selama dua hari tanpa henti. Dua hari beb ! Jangan terkejut pulak. Jumpa jam 11.00 malam, 4.Ogos.2009 dan habis jam 3.00 pagi,5.Ogos.2009 . Maknanya dua hari.

 

Mengikut cerita mereka dokumen berkenaan diserahkan oleh seorang Pimpinan PKR Bahagian Kapar kepada Pejabat MB Selangor. Lalu MB melihatnya dan meninggalkan dalam pejabat beliau tanpa mengambil sebarang tindakan. Selepas itu timbul cerita mengenai rombakan exco Selangor yang dibangkitkan oleh Azmin Ali. MB dan semua exco Selangor membantah cadangan tersebut termasuk Kak Ogy .

 

Ini telah menimbulkan kemarahan Azmin Ali dan mentornya Anwar Ibrahim. Seperti yang kita semua tahu cadangan yang dibawa oleh Azmin itu,sudah tentu ianya cadangan Anwar Ibrahim. Azmin tidak akan berani bersuara jika tanpa arahan Anwar. Mereka berdua sudah sinonim sejak berpuluh tahun lalu. Suara Azmin,suara Anwar,cadangan Azmin,cadangan Anwar malah bini Azmin pun ‘bini’ Anwar. Tetapi bini Anwar bukan ‘bini’ Azmin.

Berbalik kepada cerita asal,keesokan harinya pada jumaat 10.julai.2009 Adun Sri Muda Suhaimie Shafie dan S/Usaha Politik MB Selangor,Nik Nazmi membuat kenyataan menyokong cadangan Azmin Ali.

Pada masa itu juga hubungan antara Khalid Ibrahim dengan Anwar dan Azmin telah pun dingin ekoran keengganan Khalid mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid Ibrahim bertanding disana.

Nik Nazmi adalah Adun Seri Setia yang juga Setpol Khalid Ibrahim. Sebelum PRU 2008 Nik Nazmi berkerja dengan Anwar Ibrahim. Selepas Nik Nazmi menang dalam PRU 2008 beliau berhenti kerja dengan Anwar dan tempat Nik Nazmi di pejabat Anwar telah diambil oleh Saiful Bukhari. Selepas Khalid dilantik sebagai MB,Anwar telah memaksa Khalid mengambil Nik Nazmi sebagai Setpol. Ini kerana Nik Nazmi adalah orang kepercayaan Anwar dan Anwar mesti pasang mata dan telinga beliau dalam pejabat MB Selangor. Supaya segala pergerakan dan perbuatan Khalid dapat dilaporkan terus kepada Anwar tanpa kelong-kelong.

Inilah yang terjadi pada Kak Ogy. Beliau menjadi mangsa kepada mata dan telinga Anwar yang berada di dalam pejabat MB Selangor. Ini semua gara-gara Kak Ogy menyokong Khalid Ibrahim dan membantah cadangan Azmin Ali agar barisan exco Selangor dirombak. ‘Kau nak lawan aku ya,takpe tunggu kau ,aku akan kenakan kau’. Itulah agaknya bisik hati Anwar,Azmin dan Nik Nazmi. Saya juga pasti ramai lagi exco Selangor yang akan menjadi mangsa mereka bertiga selepas ini.

Surat aduan penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh Kak Ogy dihantar ke
pejabat MB dan sebagai Setpol Nik Nazmi membacanya lalu beliau lakukan satu salinan untuk disimpan bagi dijadikan senjata dimasa depan sekiranya diperlukan. Nik Nazmi serta orang-orangnya adalah dalang yang terlibat menghantar dokumen berkenaan ke Pejabat Gerak. Nik Nazmi dan orang-orangnya juga yang terlibat mengedarkan dokumen berkenaan kepada beberapa blogger agar disiarkan dalam blog. Sila klikdisini dan disini

 

Disini kita boleh lihat betapa liciknya permainan politik geng-geng ini. Siapa cuba melawan akan ‘disembelih’ oleh mereka sendiri. Selepas itu mereka ini juga berpura – pura menyokong, menghulurkan simpati dan menyalahkan UMNO. Secara logik akal pun rakyat boleh berfikir,mana mungkin orang-orang UMNO dapat menembusi pejabat MB dan keluarkan dokumen yang berkenaan. Jikalau orang UMNO boleh masuk pejabat MB dan selongkar fail,sudah lama saya masuk dan selongkar semua fail. Sudah pasti saya boleh mendapat banyak lagi fail-fail penyelewengan yang dilakukan oleh PKR dan MB sendiri ,termasuk penyelewengan pasir yang dilakukan oleh adik MB sendiri,iaitu Hajiman Ibrahim.

Tetapi inilah sebenarnya realiti politik ala Anwar Ibrahim,Pecah dan Perintah. Apabila beliau menyayangi seseorang,maka beliau akan sayang sungguh-sungguh hati. Tetapi jika seseorang itu mula melawan beliau,maka beliau akan benci habis-habisan dan akan pastikan riwayat politik orang tersebut hancur. Beliau sedaya-upaya memastikan setiap orang-orang beliau mesti bergantung kepada beliau. Tanpa beliau orang tersebut tidak boleh hidup. Beliau juga suka melaga-laga orang sana-sini.
Malah beliau juga suka cipta sesuatu isu,kemudian beliau juga yang akan menyelesaikan isu tersebut. Kemudian beliau akan dilihat sebagai hero. Contoh terbaru ialah,perebutan kerusi Permatang Pasir antara PAS dan PKR.

Sekarang Kak Ogy telah menjadi mangsa pertama di Selangor kerana melawan cakap Anwar dan Azmin. Sekarang juga sudah dua hari Kak Ogy tidak ke pejabat exco. Dikhabarkan beliau kurang sihat kerana tertekan dengan masalah-masalah yang melanda beliau sekarang. Kepada Kak Ogy dan Abang Rosdi harap bersabar dengan dugaan yang melanda ini. Yang benar tetap akan muncul.

 

Dalam PKR kalau hendak berpolitik dan hendak berjaya,mesti pandai JILAT Anwar dan Azmin. Sesiapa yang berani melawan pasti akan hancur.

Petikan dari blog: Ruang Bicara Faisal

Inilah politik cara Anwar Ibrahim, siapa tak dia berkenan dia akan tendang keluar tanpa rasa belas kasihan. Contohnya kes bekas Timb Ketua Menteri Pulau Pinang, yang di dakwa kononnya mempunyai kes rasuah. Dakwaan tersebut dilakukan oleh Angkata Muda Keadilan sendiri. Yang menghairankan mengapa AMK boleh bertindak sedemikian? Pastinya atas arahan big-boss mereka iaitu Anwar. Anwar sudah lama tidak berkenan dengan Fairus ni maka dia akan mencari jalan bagaimana hendak menyingkirkan Fairus. Iaitu mengenakannya dengan skandal rasuah dan memaksa Fairus meletakkan jawatan. Dan jawatan tersbut diberikan kepada orang kepercayaan dan kesayangan Anwar….