Kesian Nik Aziz… Kesian Kelantan… Semua Salah UMNO… Takdir…

Sedih eXception melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terpaksa bersolat di atas rumput dek kerana bilangan masjid-masjid Kelantan kurang dan ada yang sudah mulai uzur dimamah usia… Menitis air mata melihat betapa khusyuk dan tawaduk (bukan dibuat-buat ya!!) Tuan Guru bersolat seorang diri hanya dipayungi pokok-pokok dan beralaskan sejadah yang kusam dan kelihatan buruk, membayangkan kedaifan Tuan Guru…

Segala kemewahan yang dicanang seperti kononnya memiliki kereta rasmi yang mahal adalah tidak tepat dan berunsur… Fitnah… Kereta ini bukan kereta Tuan Guru… Malah gambar orang tua tak sedar diri di bawah juga bukan gambar Tuan Guru… Itu adalah penyamar dari UMNO yang menyerupai Tuan Guru…

Hakikatnya kereta Tuan Guru sangat daif… Malah lebih daif dari kereta di bawah ini…

Malah… UMNO sebenarnya menjadi punca Kelantan tidak mempunyai masjid… Ini kerana UMNO telah memberikan peruntukan kepada Kelantan tanpa memikirkan peruntukan tersebut BUKAN DISALURKAN UNTUK MEMBINA MASJID… Akan tetapi peruntukan itu disalurkan bagi membina BERHALA-BERHALA!! UMNO tidak langsung bertanya adakah peruntukan yang diberi disalurkan untuk membina masjid atau tidak… Malah UMNO juga mendiamkan diri apabila dipersoal pembaziran dengan membina banyak masjid-masjid berbanding Kelantan yang membina banyak berhala-berhala…

Malah UMNO juga langsung tidak bertanya kemanakah peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada Kerajaan Kelantan untuk menaik taraf bekalan air, tetapi sehingga kini tahap air di Kelantan amat menyedihkan… Mengapa UMNO membiarkan wang rakyat dibazirkan macam tu sahaja?? Itu wang pembayar cukai negara!! Sepatutnya UMNO perlu bertegas dengan Kelantan dengan mengenakan syarat yang sangat ketat sebelum menyalurkan peruntukan…

Kesian Nik Aziz… Kesian Kelantan… Semua Salah UMNO… Takdir!!