Pesawat MAS MH370 Hilang

Tinggalkan komen


Sebuah pesawat MAS MH370 yang dalam penerbangan menuju ke Beijing telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara dan sehingga kini masih gagal dikesan. TUDM dan APMM telah menghantar pasukan mencari dan mengesan pesawat tersebut.

Pesawat yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 orang krew itu dijadualkan tiba di Beijing jam 6:30 pagi tadi. Bagaimanapun ianya terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang kira-kira jam 2.40 pagi tadi. Berita yang tersebar sebelum ini yang mendakwa pesawat tesebut mendarat cemas di Nanning, China disangkal oleh MAS dan mendakwa ianya tidak benar.

Pihak berkuasa Vietnam pula melaporkan, pesawat tersebut kali terakhir dikesan oleh Pusat Kawalan Trafik Udara di Ho Chin Minh.

Flightradar24 pula mendakwa pesawat tersebut terputus hubungan ketika melalui perairan Vietnam…

Bagaimanapun nasib penumpang dan krew pesawat masih belum diketahui hingga kini… Berikut adalah senarai nama krew MH370 yang berada di dalam pesawat tersebut.

Maklumat terkini mendakwa bangkai pesawat tersebut telah ditemui di perairan Vietnam, bagaimanapun ianya belum dapat disahkan oleh DCA dan MAS… Penumpang pesawat terdiri dari…

1. China – 152 dan 1 bayi
2. Malaysia – 38
3. Indonesia – 12
4. Australia – 7
5. Perancis – 3
6. Amerika Syarikat – 3 dan 1 bayi
7. New Zealand – 2
8. Ukraine – 2
9. Kanada – 2
10. Rusia – 1
11. Italy – 1
12. Taiwan – 1
13. Belanda – 1
14. Austria – 1

Apapun kita doakan semoga nasib mereka dapat diketahui segera…

Maaf Lama Tak Update

Tinggalkan komen

Maaf Lama Tak Update

Maaflah para pengunjung blog ini sebab lama tak update posting…

Bukan apa… Tengah menunggu waktu edah dengan hosting sekarang ni tamat…

Admin tengah plan nak transfer hosting lain yang lebih affordable dan murah…

Hu hu hu hu hu hu…

Maaf ya sahabat…