Tahniah Kepada PDRM dan KPDNKK Kerana Berjaya Menumpaskan Sindiket Skim Cepat Kaya

Aku ingin ucapkan sekalung tahniah kepada PDRM dan KPDNKK kerana berjaya menumpaskan satu sindiket skim cepat kaya yang menyasarkan mangsa dari kalangan kakitangan kerajaan. Sindiket ini yang dikenali dengan banyak nama iaitu One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan 8282 Club itu dilumpuhkan dalam satu serbuan di Mentari Court, Bandar Sunway.


ANTARA kereta mewah yang dirampas dalam serbuan di Mentari Court, Bandar Sunway

Sindiket ini sebenarnya sudah lama bergiat aktif sejak 2007 lagi di mana mereka mensasarkan mangsa mereka dari kalangan kakitangan kerajaan. Ini kerana kakitangan kerajaan mudah untuk membuat pinjaman bank.

Mereka mensyaratkan mereka yang hendak menyertai skim ini membayar pada kadar tertentu mengikut pangkat yang ingin dimulai. Lagi tinggi pangkat, maka lagi tinggi nilainya hingga mencecah RM 40,000… Pada mulanya sindiket ini memujuk dan cuba menyakinkan mangsanya bahawa untuk menyertai skim ini yang mereka katakan sebagai ‘bisnes’. Sebagai umpan, mereka memperagakan kereta mewah yang mereka bawa sebagai bukti kononnya ‘bisnes’ tersebut benar-benar memberi pulangan lumayan.

Mulanya mereka berjanji akan menolong mangsa untuk mencari downline, sekiranya mangsa sukar mendapat downline. Namun apabila mangsa sudah membuat bayaran. Upline yang dahulunya berjanji untuk menolong mangsa akan memberikan seribu satu macam alasan untuk mengelak apabila mangsa meminta bantuan mencari downline. Akhirnya mangsa dibiarkan terkontang-kanting. Malah ada yang terpaksa mengikat perut apabila gaji dipotong untuk membayar pinjaman.

Begitu licik sekali. Malah ada di antara yang sanggup menipu rakan-rakan dan saudara-mara sendiri dengan mempengaruhi mereka untuk menyertai skim ini dengan harapan rakan-rakan dan saudara-mara mereka menjadi downline mereka. Bagi mereka tidak kisah untuk menipu rakan-rakan serta saudara-mara sendiri, demi mengejar kekayaan yang diperolehi atas kesusahan orang lain.

Ahli-ahli sindiket ini kebanyakannya terdiri dari kaum cina yang bijak menggunakan ayat manis kononnya untuk membantu orang melayu. Tetapi hakikatnya mahu menjahanamkan orang melayu secara halus. Pada masa yang sama menikmati kekayaan melalui hasil ‘rompakan’ mereka.

Apapun, kepada yang sudah menjadi mangsa, aku harap korang bersabar. Kita tunggu sahaja pendakwaan yang akan dilakukan ke atas mereka. Ingatan kepada rakan-rakan kakitangan awam yang lain, supaya jangan terpengaruh dengan mana-mana skim cepat kaya. Ingatlah, tiada jalan mudah untuk mencari wang kecuali MENIPU DUIT ORANG LAIN…

P/S: Dengar kata Friends Club ni merupakan serpihan dari SYN (Steven Yeam Network) A.K.A RZ Corporation yang menjalankan modus operandi yang sama…

Berita Berkaitan:

Jerat Cepat Kaya : Kereta Mewah Pancing Mangsa

Skim cepat kaya tipu anak muda tumpas
Skim cepat kaya tumpas
Kereta mewah pancing mangsa