Bukti!! Gaji Minima Dijanjikan Pakatan Hanyalah Retorik

Tinggalkan komen

Bukti!! Gaji Minima Dijanjikan Pakatan Hanyalah Retorik

Lihatlah… Gaji Guru PASTI pun tak mencapai matlamat gaji minimum yang dicanang oleh Pakatan Rakyat dalam buku Jinggay…

Macam ni ke gaya nak memerintah Malaysia?? Janji yang dibuat pun tak pernah nak ditepati… Lebih baik BN dari Pakatan Rakyat ni… Gaji kakitangan awam diselaraskan… Malah Ketua Setiausaha Negara juga mahu menaikkan kadar gaji minima kakitangan awam… Yang jelas ianya akan menjadi kenyataan berbanding janji Pakatan Rakyat…

Hanya orang bodoh sahaja percaya dengan janji kosong Pakatan Rakyat ni… Sedangkan lebuhraya dalam negeri sendiri pun tak termansuh tolnya… Mana taknya, anak syarikat negeri pun ada pegangan dalam konsesi tol…

KUIN Dah Bayar Gaji Kakitangan Ke Belum??

Tinggalkan komen

KUIN Dah Bayar Gaji Kakitangan Ke Belum??

Ni eXception nak tanya kat Ostad Jijan Razak…

Gaji kakitangan KUIN yang tertunggak dah bayar ke belum??

Dah nak raya ni… Kakitangan Awam yang lain semua dah dapat gaji, siap dapat bonus lagi…

Sebagai Lembaga Pengarah KUIN takkan Ostad Jijan tak tahu kot??

Asyik tak tahu jer… Apa benda yang hang tau Ostad Jijan oii??

Tak kesian ke kat kakitangan KUIN yang masih belum menerima gaji diorang??

Diorang pun nak berhari-raya jugak…

Ostad Jijan… Ooo… Ostad Jijan…

Man hang pi lari??

Terkini: SBPA Dibatalkan. SSM Dikekalkan. Gaji & Elaun Naik.

Tinggalkan komen

Datuk Seri Najib Umum SBPA Dibatalkan Dan Kekalkan SSM

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sumber – Bernama

Gaji Kakitangan Awam Dijangka Akan Dinaikkan?

Tinggalkan komen

Gaji Kakitangan Awam Naik? Siapa Paling Gembira?

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.

Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini… sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.

Sumber: Berita Harian


Pasti kalangan kakitangan awam gembira mendengar berita ini termasuk eXception juga. Dengan kenaikan gaji ini di harap dapat menampung hidup seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Walaupun ianya hanya jangkaan tetapi kita masih boleh mengharapkan ianya menjadi kenyataan lebih-lebih lagi menjelang PRU 13 nanti.

Walaupun begitu disebalik kegembiraan kakitangan awam, ada lagi yang lebih gembira apabila mendengar khabar ini… Iaitu… Kalangan pemborong, pembekal dan peruncit yang terdiri dari kalangan kaum cha ya nun alif…

JANGAN MANSUHKAN COLA (ELAUN SARA HIDUP) KAMI!!

27 Komen


URA-URA COLA AKAN DIMANSUHKAN DAN GAJI CUMA DINAIKKAN 10%

Khabar-khabar angin yang bertiup mula meresahkan jiwa kakitangan awam. Terutama bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur yang sudah ramai tahu kos sara hidup di sana amat tinggi. Khabar yang bermain di minda samaada benar atau tidak. Khabar yang membawa berita bahawa kemungkinan elaun sara hidup kakitangan awam dimansuhkan dan gaji cuma dinaikkan sebanyak 10%. Pada mulanya kami jangka ianya akan diumumkan dalam Bajet 2010, tetapi lega ianya tidak dibentangkan. Kemudian baru-baru ini mendapat lagi khabar yang sama. Tidak pasti betul atau tidak…

Mungkin bagi kakitangan awam gred 40 ke atas tak terasa sangat. Tetapi bagi kami yang bergred rendah bakal mengalami seksanya. Apa keperluannya elaun sara hidup kami dimansuhkan? Apa faedah yang akan kami dapat jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Kami tidak dapat sebarang faedah, malah hidup kami makin terbeban.

Ramai yang berkeinginan memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja. Malah ada juga yang ingin mendirikan rumah tangga. Dari mana mereka dapat sumber kewangan tersebut? Sudah tentulah dari pinjaman bank. Bayangkan sekiranya gaji pokok hanya RM 800.00 kemudian dicampur dengan elaun tetap perumahan sebanyak RM 180.00 dan elaun sara hidup sebanyak RM 300.00. Maka gaji sebulan adalah RM 1280.00 sebulan. Kemudian terpaksa pula gaji dipotong untuk Tabung Haji, KWSP (bagi kakitangan yang baru), serta Angkasa. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM 40,000.00 dan perlu membayar melalui potongan gaji selama 10 tahun, maka setiap bulan Angkasa akan memotong sebanyak RM 600.00 . Berapa sangatkah yang tinggal? Itu belum lagi tolak sewa rumah, bil api dan air, bil telefon, bil internet serta minyak untuk kenderaan. Yang tinggal lebih kurang RM 300 sahaja. Bayangkan jika elaun sara hidup dimansuhkan. Apa yang tinggal? Habuk!! Habuk yang tinggal.

Maka selepas itu kes-kes rasuah akan terus meningkat. Kes-kes jenayah yang sebelum ini didominasi oleh warga asing sepeti rompakan, samun dan ragut akan didominasi oleh kakitangan-kakitangan awam. Apakah puncanya? Puncanya kerajaan sendiri yang tak mahu ambil tahu rintihan hati kami. Kerajaan hanya sibuk berpolitik siang dan malam. Mencari salah dan kesilapan pembangkang, tetapi tak mahu belajar kesilapan sendiri sewaktu pilihanraya umum yang lepas. Adakah kerajaan Barisan Nasional yang hampir tumbang dulu akan tumbang pada pilihanraya akan datang? Undi di tangan rakyat. Kebanyakan rakyat juga adalah kakitangan awam juga. Jika kerajaan sendiri silap membuat keputusan yang boleh membangkitkan kemarahan kakitangan awam. Jangan mengeluh atau melenting jika semua kakitangan awam seluruh Malaysia akan melakukan mogok. Kami bukan kuli! Kami bukan hamba abdi! Kami ada maruah! Kami ada kehidupan masing-masing! Semakin lama, harga barang dan minyak akan naik. Tetapi apa yang kakitangan awam dapat? Kenaikan gaji? Bila kenaikan yang kami dapat? Ini sahaja sudah cukup membuatkan kami terseksa. Apa lagi jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Hidup kakitangan awam bergred rendah makin tersepit. Jika sebelum ini kami makan mee segera sekali-sekala. Kali ini mungkin kami terpaksa menjadikan mee segera makanan asasi kami. Adakah menteri-menteri sekelian mahu lihat kami kakitangan awam mogok? Adakah kamu semua tahu apa akan terjadi jika semua mogok? Ekonomi Malaysia akan jatuh merudum. Pasaran saham terpaksa ditutup. Peristiwa Kemelesetan Ekonomi tahun 1997 bakal berlaku lagi, malah lebih teruk. Malah kes-kes perceraian akan berlaku apabila suami tidak lagi mampu menyara keluarga. Malah lebih teruk akan ada ramai kakitangan awam terjun bangunan dan membunuh diri kerana terseksa dengan kehidupan di dunia. Adakah para menteri sekelian mahukan itu? Para menteri sekelian tentu tidak kisah elaun sara hidup kami dimansuhkan, kerana para menteri sendiri menikmati berbagai jenis elaun. Hinggakan isi minyak pun boleh claim lagi. Kami kakitangan awam cuma mengharapkan pada gaji sahaja untuk menyara kehidupan kami. Kami kakitangan semua menuntut…

JANGAN MANSUHKAN ELAUN SARA HIDUP KAMI!! DAN KAMI JUGA MINTA GAJI KAMI DINAIKKAN!!

Kami kakitangan awam juga ingin mengingatkan kepada kerajaan…

KAMI BUKAN KULI!! KAMI JUGA BUKAN HAMBA ABDI!!

Dan pesanan terakhir…

JANGAN BUAT KAMI HILANG KESABARAN!! INGATLAH KAMI JUGA RAKYAT!! KAMI YANG MENENTUKAN KERAJAAN MANA YANG BERHAK KAMI PILIH!!