Minta sebarkan artikel Al-Islam di saman Katholik

Tinggalkan komen


Ini merupakan permintaan seorang commentor yang berkunjung ke blog aku, setelah membaca artikel mengenai Katholik yang ingin menyaman Al-Islam.


Anonymous said…

tolong sebarkan semua hal hal al-islam disaman sebab hina katholik………..

TOLONG SEBARKAN KE SEMUA BLOG BPN..

dari: orang tua sedih

Di harap blogger-blogger BPN semua dapat menyiarkan artikel ini di blog masing-masing. Ini atas permintaan commentor yang bernama, orang tua sedih.

Artikel tersebut boleh di dapati di sini: Al-Islam di saman sebab hina Katholik, DAP hina Islam dibela…

Terima kasih atas kerjasama anda semua…

eXception

Al-Islam di saman sebab hina Katholik, DAP hina Islam dibela…

13 Komen


Memo ke KDN isu Al Islam hina Katholik

Selepas membuat laporan polis lebih sebulan, penganut Katholik masih tidak berpuas hati dengan kelewatan tindakan terhadap wartawan Al-Islam yang didakwa menghina agama itu.

“Sampai hari ini tidak ada apa-apa. Sedangkan kita dimaklumkan siasatan telah selesai.

“Tidak dengar pula hendak dakwa (wartawan itu) atau bagaimana,” kata seorang penganut agama itu Sudhagaran Stanley.

Pada 8 Julai lalu, Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier membuat aduan polis berhubung isu penyamaran wartawan majalah itu Muhd Ridwan Abdul Jalil sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam.

Tindakan Muhd Ridwan mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur – termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Sudhagaran berkata, beliau dan Persatuan Peguam Katholik akan mengunjungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Isnin depan bagi menyatakan kekecewaan mereka itu.

Satu memorandum mendesak tindakan segera berhubung kes itu akan dikemukakan kepada kementerian, tambah Sudhagaran.

Mengulas siasatan terhadap aduan mereka di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Sudhagaran berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa siasatan kes itu sudah selesai.

“Cuma, katanya, hanya tunggu arahan atasan (untuk tindakan selanjutnya),” kata Sudhagaran.

Artikel kontroversi itu “Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad” diterbitkan dalam edisi Mei lalu.

Artikel itu yang menceritakan pengalaman wartawan di gereja dimuatkan di halaman 28-30 yang menfokuskan isu “Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad”.

Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

“Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui.

“Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir,” artikel itu dipetik.

Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja.

“Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir.

“Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati,” tulis Muhd Ridhwan.

“Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu.”

Sumber: Malaysiakini

Katholik bertindak bijak dengan menyaman Al-Islam kerana menyiarkan artikel menghina agama mereka. Akan tetapi mengapa pemimpin beragama Islam yang sorang ni membiarkan malah membela DAP yang terang-terangan menghina dan mencerca Agama Islam? Adakah orang tua ini seorang yang bijak? Ya orang tua ini memang bijak, tetapi bijak berpolitik tetapi cetek dalam agama. Orang tua ini sanggup memihak kepada DAP dari memihak agama sendiri. Orang tua ini sanggup membiarkan agama sendiri dihina, dicerca asalkan cita-cita politik tak terjejas. Apa jenis umat Islamkah orang tua ini? Apa jenis kumankah dalam otak orang tua ini? Mengapa orang tua ini sanggup melakukan perkara sedemikian? Siapa orang tua ini? Korang faham-faham ajelah. Orang tua nyanyuk ini tidak layak menganut Agama Islam, sebaiknya di menganut agama Yahudi, Buddha atau Hindu… Aku malas menyebut nama orang tua nyanyuk ini, pandailah korang teka siapa dia…

Gereja Katholik seret Al-Islam ke balai

Tinggalkan komen

Roti suci yang diberi makan kepada penganut Kristian menjadi isu besar terhadap wartawan Al-Islam yang menyamar untuk menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.

Dalam satu laporan polis minggu lalu terhadap majalah bulanan tersebut, dua penganut Kristian turut meminta roti putih itu dikembalikan kepada pihak gereja.

Dalam artikel “Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad” yang diterbitkan dalam edisi Mei lalu, roti tersebut diluahkan dari mulut penulis untuk diambil foto.

Dalam aduan Joachim Francis Xavier dan rakannya Sudhagaran Stanley di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, tindakan wartawan lelaki tersebut juga dianggap menghina Katholik.

“Perbuatan dua lelaki ini iaitu meninjau di dalam gereja, menerima roti putih ini (daripada paderi), meludah keluar roti putih tersebut bagi tujuan mengambil gambar dan kemudian menulis mengenai pengalaman tersebut dalam majalah Al-Islam merupakan perbuatan yang amat menghinakan kepada umat Katholik dan berprovokasi,” aduan polis 8 Julai lalu dipetik.

“Kami juga meminta polis supaya pihak Al-Islam mengembalikan secepat mungkin roti putih tersebut kepada pihak atasan gereja.”

Mereka juga dilaporkan mendakwa perbuatan wartawan itu sebagai “pencerobohan” satu majlis keagamaan di gereja dan boleh dianggap mempermain-mainkan ajaran agama tersebut.

Joachim memberitahu Malaysiakini dalam program video “Citizen Journalism” semalam, wartawan itu hadir di gereja dengan tanggapan yang salah.

“Isunya ialah mereka mengintip tentang aktiviti gereja yang pada sangkaan mereka menjalankan aktiviti memurtadkan orang Islam tertentu kepada agama Kristian,” katanya.

“Jadi mereka datang dalam keadaan andaian yang salah, (dan membuat) laporan salah. Bukan itu sahaja malah mereka juga tidak memahami maksud tubuh Isa.”

Sementara Sudhagaran, ditemubual dalam video “Police report against Al-Islam”, berkata setelah membelek-belek majalah tersebut, beliau rasa terkejut dan marah dengan gambar roti suci di majalah tersebut sehingga mendorongnya dan Joachim membuat aduan polis.

Artikel Muhammad Ridhwan Abdul Jalil tentang pengalamannya di dua gereja, termasuk sebuah dekat Puduraya, dimuatkan di halaman 28-30 edisi Mei yang menfokuskan isu “Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad”.

Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

“Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui.

“Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir,” artikel itu dipetik.

Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja.

“Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir.

“Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati,” tulis Muhammad Ridhwan.

“Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu.”

Sumber: Malaysiakini

Ini satu lagi gerakan cuba memurtadkan pelajar-pelajar Islam. Bagi gereja tersebut tindakan wartawan Al-Islam menghina agama Katholik. Tetapi mereka tidak sedar, bahawa tindakan mereka memurtadkan pelajar-pelajar melayu beragama Islam lebih menghina Agama Islam. Mereka ingat negara Malaysia ni demokrasi, mereka boleh melakukan sesuka hati? Malah tindakan untuk menggunakan nama Allah dalam anutan mereka juga lebih jelas menghina Agama Islam. Marilah sama-sama kita menentang pemurtadan orang Islam.