Sedang aku melayari Internet dan membuka Utusan Malaysia Online, aku agak terkejut apabila membaca berita mengenai pemergian Tan Sri Mohamed Rahmat atau lebih dikenali dengan nama Tok Mat pada pagi tadi. Walaupun agak lewat mendapat tahu berita tersebut, aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat (Tok Mat) atas pemergian beliau ke rahmatullah kira-kira jam 8 pagi tad (1 Januari 2009). Semoga roh Allayarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar bagi UMNO dan BN… Jasa yang ditaburkan oleh Allahyarham sepanjang perkhidmatan beliau di dalam parti dan kabinet amat-amat aku hargai…

Allayarham Tan Sri Mohamed Rahmat merupakan seorang bekas pemimpin UMNO dan pernah memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO sejak 1988 sehingga 1996 serta jawatan Setiausaha Agung BN dari tahun 1988 hingga 1999. Allahyarham pernah memegang jawatan Menteri Penerangan suatu ketika dulu dan pernah terkenal dengan ketegasannya tidak membenarkan artis lelaki berambut panjang menyertai program anjuran RTM.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat…

Advertisements