BUKTI KERATAN AKHBAR, MAHFUZ SANGGUP KELUAR PAS

Tinggalkan komen


Hari ni sebelum tulis entri lain, saya nak ucapkan syabas dan terima kasih kepada Megat Pisau (blog Pisau.Net) dan saudara Hambali (blog Rakyat Malaysia)kerana tidak meragui entri saya “Mahfuz Sanggup Keluar Pas” dan mereka pastekan di blog masing-masing.

Pagi tadi, selepas berhubung emel dengan rakan saya dari Terengganu tu, maka dia dengan susah payah pinjam kamera digital kawan untuk snap laporan asal dari paper Cina tersebut. inilah gambar yang membuktikan memang Mahfuz bercakap seperti yang saya tampalkan pada blog ini.

Menurut rakan saya itu, tulisan bold besar tu bermaksud, MAHFUZ:SAYA BERUNDUR DARI PAS. , manakala tulisan kecil sikit kat tepi tu pula ialah Jika Kedah Sekat Cina Makan Babi.

Memang sah, tak ada tipu-tipu lagi. semoga tercapai maksud kenyataannya itu dan semoga orang lain mencari erti dan tujuan di sebalik kenyataan tersebut.
JANGAN PREJUDIS, SEGALA YANG TERJADI ITU ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA. wasalam.

Petikan dari blog: Rakyat Malaysia

Advertisements

KERANA BABI MAHFUZ SANGGUP KELUAR PAS?

2 Komen

Saya tak tahu sama ada korang semua perasan tak berita ni, rakan saya dari Ganu Kite petik dari paper Cina, dasyat sungguh tajuknya – MAHFUZ: SAYA KELUAR PAS, jika Kedah sekat Cina makan babi.

Menurut rakan saya yang pernah mengaji di Wei Sin, Ganu tu kata, para pertamanya gini – Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Kedah yang dipimpin MB Pas tidak membenarkan bukan islam atau orang Cina makan babi, beliau bersedia keluar dari Pas.

Beliau menegaskan bahawa Islam hanya haramkan umatnya makan babi tapi tidak sekat Cina makan babi. Beliau harap rakyat tidak terpengaruh dengan laporan Fulamak, yakin betul Mahfuz pada kerajaan Kedah, jangan jadi tunggang terbalik dah le, kerana babi Mahfuz hilang jawatan Naib Presiden, hilang keahlian Pas.

Tapi pastilah dia dah tanya habis-habisan dengan MB Kedah barulah berani buat kenyataan demikian. Terharu giler orang Cina kat Kedah. Tapi menurut teman saya tu, impak berita ni cukup besar kerana ia dipaparkan pada muka depan paper tersebut, tak pulak dia bagitau nama paper tu, saya pun lupa tanya.

Ramai cina memang termakan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dibuat oleh pemimpin tinggi Pas. Dah pasti juga “berita baik” ni dijaja oleh Kelab Penyokong Pas untuk raih lebih banyak sokongan bukan Islam.

Oh ya, diberitakan lagi bahawa muka depan paper Cina paling berpengaruh itu turut menjadikan kenyataan hadi sebagai berita lead dengan tajuk Kedah Akan Bina Pusat Ternakan Babi Baru.

Sama-sama kita cari kesimpulan sejauh mana berita sedemikian dapat “memujuk” hati orang Cina dan apa pula kesannya terhadap penyokong pas khususnya, selain Umno. Harap komen cikit,jangan kedekut ilham beb.

Petikan dari blog: Rakyat Malaysia