Ulang Tahun Ke-41 Peristiwa 13 Mei 1969

Hari ini genaplah 41 tahun selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang mragut banyak nyawa dek kerana gagal mengawal emosi dan provokasi yang melampau. Insiden yang bermula di Kg Baru tercetus apabila orang-orang melayu sekitar Selangor (ketika itu Kuala Lumpur masih di dalam Selangor) berkumpul di hadapan rumah Menteri Besar Selangor (ketika itu) Dato’ Harun Idris bagi membalas tindakan provokasi melampau kaum cina dan india yang ketika itu merayakan kemenangan besar DAP dan Gerakan dalam pilihanraya.

Disebabkan provokasi-provokasi melampau kaum cina dan india serta cercaan terhadap orang-orang melayu, orang-orang melayu bertindak untuk membalasnya dan bersiap-sedia dengan parang panjang dan pedang. Rusuhan tercetus apabila terdapat berita yang mengatakan seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi. Malah terdapat juga berita mengatakan terdapat pembunuhan orang melayu di Setapak.

Maka kemarahan orang-orang melayu tidak lagi dapat dibendung telah mencetuskan peristiwa berdarah ini. Pelbagai spekulasi misteri disebalik peristiwa ini di mana ada yang mengatakan peristiwa ini dirancang oleh Tun Abdul Razak yang kononnya tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Akan tetapi dakwaan tersebut masih menjadi misteri kerana tiada bukti yang kukuh bagi menguatkan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun dakwaan orang-orang cina yang membawa penyapu gergasi yang simboliknya bermaksud mahu menyapu terus orang melayu ke laut. Malah terdapat bukti bergambar di mana mereka berarak sambil membawa penyapu gergasi.

Terdapat juga cerita yang mengatakan pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan

Apapun harus diingatkan kepada semua bangsa melayu sekelian. Ambillah tragedi ini sebagai pengajaran agar perlu mengawal emosi. Malah kepada orang cina dan india, hormatilah hak orang melayu. Jangan dipersoalkan hak dan keistimewaan kami di sini, kerana anda semua bernasib baik kerana Tunku Abdul Rahman membenarkan nenek-moyang anda semua tinggal di Tanah Melayu selepas mendapat kemerdekaan dari British. Nenek-moyang anda datang ke Tanah Melayu juga sebab di bawa masuk oleh British. Jadi ukurlah baju di badan sendiri. Kerana kami orang melayu sudah bertapak lama di sini…

Al-Fatihah buat semua pejuang bangsa dan askar melayu yang terkorban di dalam peristiwa ini… Jasa dan pengorbanan anda akan terus kami kenang… Amin…

Sumber:

Peristiwa 13 Mei

Kronologi Peristiwa 13 Mei