Inikah Pendidikan Percuma Yang Diperjuangkan Pakatan Rabak??

2 Komen

Pendidikan Percuma Hanyalah Retorik Semata-Mata

Janji berpuluh macam janji telah ditabur semata-mata untuk mengabui mata rakyat… Kini Pakatan Rabak cuba mengabui mata mahasiswa dengan retorik pendidikan percuma… Pendidikan percuma yang dilaung-laungkan Pakatan Rabak hanyalah sekadar retorik… Tidak ada bukti sepanjang Pakatan Rabak mentadbir Selangor, bidang pendidikan diberi keutamaan… Kenapa baru sekarang??

Jika korang masih ingat… Bagaimana kerajaan Selangor menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar… Apa alasan kerajaan Selangor pada masa itu?? Alasan mereka berikan ialah IKYS tidak memberikan keuntungan kepada mereka…


IKYS kini tinggal kenangan

Macam ni ke nak ke nak bagi pendidikan percuma?? Sedangkan IKYS ditutup hanya semata-mata tidak menguntungkan mereka… Inikan pula nak beri pendidikan percuma… Jangan harap!!

Selepas IKYS, Asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur pula menjadi mangsa seterusnya… Tanpa sebab dan alasan yang kukuh, asrama yang banyak berjasa itu mahu mereka tutup… Inikah pendidikan percuma yang mereka laung-laungkan sedangkan asrama ini pun tidak terurus… Malah mahu menutupnya pula…

Bukan itu sahaja… Pengarah Strategi PKR juga berdolak-dalik apabila desakan mahu kerajaan Selangor menanggung hutang PTPTN anak Selangor…

“Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata kerajaan PKR tidak boleh menampung hutang peminjam PTPTN daripada kalangan anak Selangor kerana ia tertakluk bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat.

Katanya, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.”

Kepada rakyat Malaysia dan mahasiswa-mahasiswi sekelian… Tak perlulah kalian percaya dengan manusia yang tahunya menabur janji, tetapi culas sekali untuk mengotakan janji mereka… Hanya bos mereka sahaja, Anwar Ibrahim yang berjaya… Itupun hanya berjaya ‘mengotey’ China Doll… Itu sahaja kejayaan mampu dikecap…

Tepuk dada tanya selera… Jangan terpedaya kepada janji manis Pakatan Rabak…

Artikel berkaitan:

Isu Mansuh PTPTN: Pakatan Rabak Kena Checkmate!!!

IKYS di tutup, Anwar masih sembang besar

Konon Nak Bagi Pendidikan Percuma, Tapi Tutup Institut Kemahiran Selangor Atas Sebab Rugi!!!

Yayasan Selangor Tutup Asrama Sebab Dah Nak Bankrap?

Advertisements

Isu Mansuh PTPTN: Pakatan Rabak Kena Checkmate!!!

7 Komen

Pakatan Rabak Kena Checkmate Apabila Berdolak-Dalik Soal Tanggung Hutang PTPTN Anak Selangor

“Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata kerajaan PKR tidak boleh menampung hutang peminjam PTPTN daripada kalangan anak Selangor kerana ia tertakluk bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat.

Katanya, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.”

Ha ha ha ha ha ha ha!! Pandai la nko Rafizi, putar belit… Macam-macam la ko pusing, pengubahan wang haram laa… BULLSHIT!! Kalau tak mampu cakap je la tak mampu!! Toksah la nak pusing-pusing sampai ke akta pencegahan penggubahan wang haram…

Nko nak menipu mahasewel boleh laa… Tapi kalo nak tipu mahasiswa, kita mintak maaf laa… Penipuan nko tak berhasil langsung!! Kenapa nak kaitkan pinjaman PTPTN dengan akta pencegahan penggubahan wang haram?? Adakah duit PTPTN tu adalah duit HARAM?? Iaitu dari hasil rasuah, judi, rompakan, penyelewengan, pembiyaan keganasan, skim cepat kaya… Toksah nak kelentong la Rafizi…

Kalo tak mampu nak biaya, cakap je terus terangan “BAHAWA KERAJAAN SELANGOR SEJUJURNYA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBIAYAI HUTANG PTPTN MAHASISWA KALANGAN ANAK SELANGOR”. Cukup sekadar ayat itu… Tak perlu nak pusing-pusing keliling… Bila dah tau diri tak mampu dok pusing-pusing cerita… Kah kah kah kah kah!!

Memang elok la nko jadi balaci Anwar… Bos kaki putar alam, balaci pun kaki putar alam…

Kepada mahasiswa-mahasiswa anak Selangor… Korang tengoklah… Betapa penipunya Rafizi Ramli…

Sumber:
Rafizi: Tampung hutang PTPTN bidang kuasa pusat

Rujukan:
BNM: Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001

SC: AMLA Guidelines

PTPTN: Wajarkah Pendidikan Pengajian Tinggi Pun Kerajaan Tanggung??

6 Komen

PTPTN: Wajarkah Pendidikan Pengajian Tinggi Pun Kerajaan Tanggung??

Cai-cai Pakatan Rabak, terutama sekali di kalangan mahasiswa yang singkat akal (mahasewel) masih dok mati-mati mengatakan kerajaan mampu membiayai pengajian semua mahasiswa di IPTA dan IPTS… Tapi bila disuruh calculate… Dia pusing cerita lain… Macam haram jadah…

Last-last bila dah takleh nak pusing… Jalan selamat ialah blah dengan cara yang amat pondan… Tu baru 2 orang yang bantai… Terkedu terus mamat tu… Tak tau nak pusing apa… Inilah contoh mahasewel cai PR yang malas nak berfikir…

Di sini eXception terangkan calculation yang diterangkan dalam perbualan di atas…

Katakan di Malaysia mempunyai 100 buah IPTA dan IPTS…

Kemudian katakan setiap IPTA/IPTS mempunyai 1000 orang pelajar…

Katakan dalam 1000 pelajar hanya 800 orang sahaja yang membuat pinjaman PTPTN…

Katakan setiap pelajar mendapat pinjaman berjumlah RM 20,000.00

Maka… 800 orang pelajar didarab dengan 100 buah IPT = 80,000 orang pelajar…

Maka 80,000 orang pelajar mendapat pinjaman PTPTN RM 20,000.00 = RM 1,600,000,000.00 (1 billion 6 ratus juta) setahun…

Itu baru setahun… Kalo 5 tahun… RM 1,600,000,000.00 x 5 tahun = 8,000,000,000 (lapan billion)

Kalo 10 tahun pulak… RM 1,600,000,000.00 x 10 tahun = 16,000,000,000 (enam belas billion)

Itu baru anggaran, bukan kiraan keadaan sebenar…

Jika dalam keadaan sebenar, mungkin dalam Malaysia ada lebih dari 100 buah IPT??

Jika dalam sebuah IPT, mungkin ada 5000 orang pelajar??

Jika pinjaman PTPTN maksima seorang pelajar boleh mencecah RM 50,000.00??

Satu soalan eXception nak tanya, berapakah hasil kutipan cukai oleh kerajaan dalam setahun??

Adakah kesemua hasil kutipan cukai perlu menanggung pendidikan percuma secara sepenuhnya??

Kerajaan perlu membayar gaji jutaan kakitangan awam…

Kerajaan perlu memberi bonus kepada jutaan kakitangan awam…

Kerajaan perlu salurkan peruntukan pada setiap negeri…

Kerajaan perlu salurkan peruntukan untuk pembinaan infrastruktur baru….

Kerajaan perlu salurkan peruntukan untuk menambah baik infrastruktur sedia ada…

Kerajaan perlu salurkan peruntukan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam…

Kerajaan perlu salurkan peruntukan untuk setiap Kementerian…

Kerajaan perlu tanggung subsidi untuk rakyat….

Adakah kita fikirkan semua itu??

Tak pernah bukan??

Sebab kita tak nak ambil tahu langsung…

Sebab kita hanya mendengar dari pakar ekonomi yang langsung tidak mempunyai kelulusan dalam bidang ekonomi…

Sebab kita hanya berminat dengan persepsi berbanding fakta….

Sebab kita MALAS BERFIKIR!!!