Adakah Perjuangan Bermakna Perlu Mengangkat Senjata Dan Berperang?

eXception mahu tergelak apabila ramai kalangan anjing-anjing kurap PR (blogger) yang sedaya upaya mempertahankan kenyataan Mat Sabu yang menyatakan komunis itu adalah pejuang kemerdekaan…

Malah lebih melucukan, usaha Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan bukan satu perjuangan tetapi perundingan… eXception tak faham apakah di dalam otak kuning anjing-anjing ini… Adakah penuh dengan cecair lendir hanyir busuk yang pekat? Adakah satu-satu perjuangan menuntut kita mengangkat senjata?


Tidak sama sekali!! Jika anjing-anjing ini melabelkan usaha Tunku Abdul Rahman dan UMNO mendapatkan kemerdekaan bukan satu perjuangan, mereka salah!! Perjuangan bukan semata-mata termaktub dengan mengangkat senjata ataupun berhimpun membuat tunjuk perasaan dan sebagainya yang menampakkan kebodohan diri sendiri… Konteks perjuangan boleh dikategorikan dalam banyak maksud, bukan hanya semata-mata mengangkat senjata…

Usaha Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman merupakan satu perjuangan yang murni kerana tidak ada setitik darah pun yang mengalir dalam usaha UMNO mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dari British… Malah usaha Tunku Abdul Rahman adalah sangat bijak kerana menuntut kemerdekaan secara diplomasi dengan British.

British merupakan sebuah negara yang mempunyai peradaban, jika kita menuntut kemerdekaan secara keras dari British, sampai bila kita takkan menikmati kemerdekaan seperti sekarang… Oleh itu cara Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan secara diplomasi adalah lebih beradab tanpa perlu menumpahkan darah… Hasilnya kini sudah 54 tahun kita merdeka…

Sedihnya sudah 54 tahun kita merdeka, masih ada lagi kalangan anjing-anjing yang tak sedar diri mempertikaikan cara Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan… Kalangan anjing-anjing yang dok menyalak 24 jam ini bukanlah antara golongan yang berjuang bersama-sama Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan, tetapi mereka adalah kalangan dari generasi baru yang tidak sedarkan diri dan bodoh… Mereka anggap perjuangan komunis adalah perjuangan yang suci…

Adakah perjuangan tersebut suci jika ramai yang mati dibunuh komunis? Kebanyakan yang mati adalah kalangan mereka yang tidak berdosa… Fikirkanlah… Jangan nanti kita menyesal di kemudian hari… Untuk membina sebuah negara mengambil masa yang amat panjang… Tetapi untuk memusnahkannya sekelip mata pun boleh…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54…