Panas!! Persoalan Ibadah Haji Datuk Seri Najib…

6 Komen

Persoalan: Adakah Ibadah Haji Datuk Seri Najib Sah?

Heboh sekejap satu Malaysia apabila portal Meloya Kini menyiarkan kenyataan Mufti Perlis yang didakwa oleh Mufti Perlis sendiri yang kenyataannya diputarbelitkan oleh portal fitnah tersebut berkenaan ibadah Haji Datuk Seri Najib yang selesai lebih awal hanya semata-mata Twitter oleh Datuk Seri Najib yang menyatakan:

“Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,”

Anjing-anjing kurap Pakatan Haram galak dok menyalak mengatakan ibadah Haji Datuk Seri Najib tidak sah… Pelik… Diorang tu siapa nak mengata ibadah Haji seseorang tu tak sah? Ulamak ke Pu*imak??

Semalam hasil penjelasan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berjaya merungkai tandatanya ini…

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata, Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

“Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

“PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah.

Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

“Jadi pada petang itu mungkin… barangkali soalan itu ditanya petang itu… selesai itu, selesai Arafah. Haji itu belum selesai lagi.

“Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik.

Jadi ini yang mungkin disilap faham,” kata beliau. – Bernama

Hooo dasat betul anjing-anjing kurap pembangkang ni ya? Hanya semata-mata satu ayat twitter dari Datuk Seri Najib semua anjing-anjing kurap Pakatan Haram Jadah dok menyalak siang ke malam…

Anjing-anjing kurap ni tak mahu ke menyalak kat tuan diorang… Anwar Ibrahim yang mendakwa telah pergi sebanyak dua kali? Sedangkan gambar ‘Haji dua kali’ tu hasil super impose gambar ibadah haji, Haji Saiful Bukhari Azlan… Yang pasti isu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah menunaikan fardu haji berjaya memberikan satu tumbukan padu pada pungkok Nuar… Nuar begitu sakit hati apabila Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah menunaikan fardu haji… Maka dicanang satu kampung bahawa dirinya dah dua kali naik haji… Piiiraaahhh!!

Haji Anwar Dua Kali Mengerjakan Haji. Najib Baru Sekali…

Yang pasti anjing-anjing kurap Pakatan Haram Jadah ini selagi tidak disuntik dengan suntikan beracun kerana membawa penyakit anjing gila satu Malaysia, maka satu Malaysia mereka akan berterusan meroyan dan menggila… Itupun selagi tuan dia tak masuk Sg Buloh… Sebulan je lagi tinggal keputusan kes liwat tu bai…

Kepada rakyat Malaysia sekelian, tak usah lah percaya sangat kepada fitnah… Dengar macam cerita tu sahih… Kita pakat angguk sahaja… Pakat percaya… Selidik belum lagi… Terus meroyan… Bila terkantoi… Mula tak senang duduk… Ptuih!! Padan muka korang kena tipu Meloya Kini!! Ptuih!! Ptuih!! Aku ludah kau anjing!! Jangan layan Malaysiakini… Portal Fitnah Nombor 1 Malaysia yang dimiliki oleh Zionis dan Chauvinist…

Update…

Sebenarnya Datuk Seri Najib bermaksud selesai melakukan rukun Haji…

Dalam ibadat haji ada tiga perkara, iaitu, rukun, wajib dan sunat. Untuk perkara yang melibatkan rukun jika tidak dipenuhi atau tidak dilakukan dengan betul menyebabkan haji seseorang tidak sah. Manakala perkara wajib pula jika tidak dipenuhi atau tidak dilakukan dengan betul boleh dibayar dam tetapi berdosa. Yang sunat pula, lakukan dapat pahala, tidak lakukan tidak berdosa.

Rukun Haji (Tidak Boleh Dibayar Dam)

1) Niat
2) Wukuf
3) Tawaf
4) Saei
5) Bertahlul (bergunting/bercukur)
6) Tertib

Wajib Haji (Boleh Dibayar Dam)

1) Berniat ihram di Miqat
2) Bermalam di Mudzalifah
3) Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
4) Bermalam di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah (Nafar Thani) atau bermalam di Mina Pada 11 dan 12 Zulhijjah (Nafar Awwal)
5) Melontar Tiga Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah jika melakukan Nafar Thani atau melontar tiga Jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah jika melakukan Nafar Awwal.
6) Meninggalkan larangan ihram

Berhubung isu yang timbul yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia selesai awal dalam melakukan ibadat haji, saya merasa terpanggil untuk menyatakan pendapat saya. Punca kepada cakap-cakap tersebut apabila laman twitter PM menulis mengatakan beliau telah selesai melakukan urusan haji pada 6 November atau pada 10 Zulhijjah.

Pada pandangan saya apa yang cuba dimaksudkan dalam tulisan di laman twitter tersebut adalah PM telah selesai melakukan semua rukun haji dan beliau telah pun keluar dari ihram. Saya berkeyakinan itu yang dimaksudkan, dan saya juga yakin pegawai-pegawai yang menjaga laman twitter PM tertinggal perkataan rukun dalam tulisan tersebut.

PM hadir melakukan ibadat haji pada tahun ini sebagai tetamu Kerajaan Arab Saudi. Oleh yang demikian segala pergerakan atau urusan untuk menunaikan haji termasuk waktu-waktu untuk melakukan urusan haji telah ditentukan oleh tuan rumah. Saya difahamkan PM melontar Jamrah Aqabah selepas tengah malam 10 Zulhijjah (malam hari raya), dan melakukan Tawaf serta Saei pada jam 2 pagi hari yang sama. Selepas selesai semua itu beliau bertahlul, dan tamatlah urusan Rukun Haji bagi beliau dan beliau sudah boleh memakai pakaian biasa. Cuma beliau masih lagi terikat dengan melontar tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah.

Jika diikutkan banyak lagi yang saya ingin perincikan , tetapi kita tidak perlu pening-peningkan kepala. Jika PM selesai urusan haji pada 6 November (10 Zulhijjah), apa gunanya beliau masih berada di Mekah pada 11 dan 12 Zulhijjah ?

Tidakkah ianya untuk ibadat melontar tiga jamrah pada tarikh-tarikh berkenaan ? Selepas semua urusan melontar selesai beliau terus pulang ke tanah air pada malamnya tanpa menunggu sehari atau dua hari kerana masa amat-amat berharga bagi seorang PM. Jika semuanya telah selesai pada 10 Zulhijjah, maka sudah tentu beliau akan terus pulang pada tarikh berkenaan.

Artikel berkaitan:

Ibadat Haji DS Najib Razak Tidak Sah!!
Kontroversi Ibadah Haji PM @Najibrazak
Selesai Haji atau Selesai Rukun Haji ?

Advertisements

Awas! Blog menghina Mufti Perlis dan Bekas Mufti Perlis

2 Komen


Aku mendapat tahu ada satu blog yg terang-terangan menghina mufti perlis dan bekas mufti perlis serta bekas mb perlis….

http://agama-perlis.blogspot.com