Zahid jumpa menteri Israel tak boleh, Anwar buat pakatan sulit dengan agen Yahudi tak bising lak…

23 Komen

Demo bantah Zahid jumpa menteri Israel


Sekumpulan kira-kira 20 mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Haji Saad Tanah Liat, Bukit Mertajam, membantah pertemuan Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan rakan sejawatannya dari Israel, Jun lalu.

Dalam demonstrasi selama kira-kira 10 minit, mulai jam 2.05 petang tadi, seorang daripada mereka berceramah mengecam tindakan Zahid yang juga ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, berjumpa menteri Israel itu.

Sehubungan itu, dia bertanya siapakah yang sebenarnya khianat kepada agama, bangsa dan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, anggota polis bertindak menyuraikan perhimpunan tersebut.

Sementara itu, setiausaha ahli jawatankuasa masjid berkenaan, Roslan Arshad berkata, mereka yang mengadakan demonstrasi tersebut adalah orang luar.

Ketika ditemui Malaysiakini, Roslan berkata, mereka bukan penduduk tempatan kerana beliau tidak mengenali mereka.

Menurutnya, beliau mendapat tahu mengenai rancangan untuk mengadakan demonstrasi itu pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Berikutan itu, kata Roslan, beliau meminta supaya dihubungi polis kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini di situ.

Menurutnya, enam anggota polis, termasuk timbalan ketua polis Seberang Perai Tengah, Supt Mohan Singh, datang untuk mengawal keadaan.

Roslan berkata, kumpulan tersebut bersurai selepas diarahkan oleh pihak polis berbuat demikian.

Sebelum ini, akhbar rasmi PKR – Suara Keadilan – mendedahkan pertemuan Zahid dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris Jun lalu.

Ia juga melaporkan bahawa Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut.

Ia mendakwa pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon, secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid.

– Malaysiakini

Ni semua mangkuk-mangkuk upahan Anwar belaka. Anwar punya plan nak menjatuhkan Zahid Hamidi dengan menyebar cerita pertemuan Zahid dengan menteri Israel. Tetapi mangkuk-mangkuk hayun ni semua tak sedar. Godfather Anwar Al-Juburi yang depa puja-puja dan jilat-jilat tu ejen no 1 Yahudi di Malaysia.

Aku bukan buat cerita fitnah atau rekaan… Banyak bukti bergambar menunjukkan Anwar menghadiri majlis anjuran pertubuhan Yahudi dan Nasrani. Antara pertubuhan tersebut termasuklah IKD, IFC dan NED.

Zahid mengadakan pertemuan dengan menteri Israel adalah sebagai salah satu tugas dia. Mungkin dia bertemu dengan menteri Israel itu untuk menyerahkan memo bantahan terhadap serangan terhadap Palestin. Tetapi apa pula Godfather diorang buat? Ada nak bantu Palestin? Takde, lagi dia mengampu Yahudi ada la…

Berikut adalah gambar-gambar menarik pertemuan Anwar dengan ejen Yahudi dan Menteri Sekular Turki…


Gambar Anwar bersama Wolfowitz, perancang perang Iraq


Gambar Anwar bersama Albright yg juga salah seorang ejen Yahudi


Anwar dan Azmin berbual mesra dengan Wolfowitz ejen Yahudi yang juga perancang utama perang Iraq.


Anwar bergambar bersama Recep Tayyip Erdogan (PM Turki) dan Abdullah Gull (Presiden Turki). Erdogan bersama parti AKP memperjuangkan Muslim Moderat berkiblatkan Amerika

Replika Datuk Seri Najib mula jadi isu

3 Komen


Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.


Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan “tidak ada masalah apa-apa” kerana “kami tidak pernah menganggapnya haram”.

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia “berunsur keberhalaan” dan “perlu dihapuskan dengan segera.”

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat – selain dianggap “patung” yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

“Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib),” kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.

“Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama.”

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas – di pintu masuk gua Batu Caves – bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan “bantahan terbuka” sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan “belum melihat sendiri imej tersebut”.

Sementara blog rasmi Amirudin semalam menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri yang disifatkan sebagai “bising bagai nak rak” terhadap replika Anwar.

“Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.


“Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu,” artikel penulis Shahabaker dipetik.

Dalam tulisan ‘Kata dulang paku serpih, dulu kata orang, sekarang kau pula lebih-lebih’, penulis itu memuatkan kenyataan dua pemimpin Umno yang mengkritik isu replika Anwar, antaranya:

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR “mendewa-dewakan pemimpinnya”.

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu “tidak diizinkan di sisi agama” dan “usaha taksub” penyokong PKR yang bukan Islam.

Sumber – Malaysiakini

Apa yang aku pasti replika ini mungkin sengaja dibuat oleh pemimpin Pakatan Syaitan untuk memfitnah Datuk Seri Najib. Nampaknya mereka terdesak, menjadikan replika Datuk Seri Najib sebagai isu pula. Perkara ini harus disiasat betul-betul. Jika benar UMNO atau BN tidak terlibat dalam pembinaan replika tersebut dan luar pengetahuan Datuk Seri Najib, pembuat fitnah ini harus ditangkap.