Kotaraya New York Diserang!! 17 Orang Terbunuh…

Tinggalkan komen

Kotaraya New York Diserang!! 17 Orang Terbunuh…

Jika insiden 11 September 2001 kita menyaksikan kota New York telah diserang ‘pengganas’ hingga mengakibatkan runtuhnya dua menara kebanggaan rakyat Amerika iaitu World Trade Center, kali ini kotaraya yang diberi jolokan sebagai The Big Apple hampir lumpuh apabila diserang ‘Sandy’ yang ganas… Malah laporan menyebut seramai 17 orang telah terbunuh akibat Sandy.

Keganasan taufan Sandy yang ‘menyerang’ New York tidak mampu ditepis oleh Amerika walau betapa hebat dan canggih sekalipun kelengkapan ketenteraan tentera Amerika.

Tiada manusia yang mampu menahan kuasa Allah SWT… Apabila Allah berkehendakkan sesuatu terjadi, tiada seorang manusia yang dapat menghalang kuasa Nya. Hatta Presiden Amerika Syarikat juga tak mampu melakukan apa-apa seperti mana yang mereka mampu lakukan dalam memusnahkan Iraq dan Afghanistan…

Allah akan bayar CASH setiap apa Amerika lakukan terhadap negara Islam… Lihatlah berapa banyak bencana Allah turunkan… Dari taufan Katrina, Irene hinggalah Sandy… Dari gempa bumi hinggalah kepada kebakaran besar…

Jika dibilang dengan jari, mungkin tak cukup jika hendak mencongak bilangan bencana alam yang sering melanda Amerika… Tetapi Amerika masih tetap berdegil dan terus tunduk kepada kaum penyembah Dajjal… Mungkin suatu hari nanti bencana terbesar akan melanda benua tersebut… Apakah mungkin dengan hidupnya kembali gunung berapi super di Taman Negara Yellow Stone bakal melenyapkan benua tersebut? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui…

Advertisements

Gaddafi – Mangsa Kelicikan Agenda Zionis

Tinggalkan komen

Agenda Licik Zionis Berjaya Membunuh Muammar Gaddafi

eXception ingin mengulas sedikit mengenai insiden pembunuhan Muammar Gaddafi, bekas Presiden Libya yang boleh dikatakan menjadi mangsa percaturan agenda licik Zionis… Mengapa eXception mengatakan sebegitu, sebab Muammar Gaddafi merupakan duri dalam daging yang harus dicabut segera oleh Zionis dan sekutunya Amerika… eXception tidak menyebut Yahudi tetapi Zionis kerana bukan semua bangsa Yahudi itu sukakan keganasan…

Antara fakta yang menyokong pendapat eXception ini ialah dengan apa yang terjadi pada pemimpin Islam yang menjadi mangsa Zionis dan sekutunya Amerika… Pertama sekali kita imbas kembali tragedi 11 September 2011… Di mana dua buah pesawat penumpang (dikatakan bukan pesawat penumpang, tetapi sebuah pesawat tentera yang diubahsuai menjadi pesawat penumpang) telah melanggar tingkat atas bangunan World Trade Centre New York, Amerika Syarikat yang menyebabkan kedua-dua bangunan tersebut menyembah ke bumi menjadi abu… Amerika menuduh serangan tersebut adalah serangan kumpulan pengganas Al-Qaeda dipimpin Osama Bin Laden…

Sebenarnya ada pendapat mengatakan bahawa insiden 11 September itu bukan didalangi oleh Al-Qaeda, tetapi Amerika sendiri dengan bantuan Zionis… eXception bersetuju dengan pendapat itu kerana terdapat banyak fakta yang diberitakan bahawa kononnya pesawat tersebut membawa sebuah bom… Banyak dakwaan yang mengatakan peristiwa 11 September merupakan rancangan Amerika sendiri… Bagaimanapun, Amerika berjaya menggunakan alasan tersebut untuk menyerang Afghanistan… Sungguh menghairankan serangan dilakukan di kawasan penempatan penduduk, sedangkan mereka mendakwa Osama Laden mungkin bersembunyi di pergunungan Tora Bora… Inilah kelicikan agenda jahat mereka…

Kedua… Amerika menuduh Iraq menyimpan senjata pemusnah besar-besaran dan menggunakan alasan tersebut untuk menyerang Iraq… Hingga kini, selepas kematian Saddam Hussein, senjata pemusnah besar-besaran yang didakwa Amerika masih belum menampakkan bayangnya… Oleh itu sebagai menghalalkan tindakan mereka membunuh Saddam Hussein, maka tersebarlah cerita kononnya Saddam Hussein juga merupakan ahli Freemason… Tujuannya supaya umat Islam seluruh dunia mempercayainya dan membenci Saddam Hussein… Hal yang sama juga berlaku kepada Osama Laden yang mana kononnya terdapat cerita mengatakan Osama Laden itu tidak wujud… Jika benar Osama tidak wujud, mengapa Amerika beriya-iya memburu Osama Laden? Tujuannya satu sahaja. Iaitu mengelirukan umat Islam seluruh dunia…

Kemudian agenda Amerika berubah nada selepas Obama menjadi Presiden… Kini Amerika dengan bantuan Zionis menukar taktik… Taktik peperangan yang digunapakai oleh George W Bush kini ditukar kepada taktik serangan saraf… Melalui media yang dikuasai mereka seperti CNN, Reuters, AFP, BBC, Al-Jazeera dan lain-lain lagi… Mereka mengada-adakan cerita kononnya berlaku kekejaman ataupun salah laku yang dilakukan oleh pemimpin ini…

Media Amerika akan sentiasa memutarkan berita-berita palsu supaya dunia percaya berlaku perkara tersebut… Kita boleh lihat media yang dikuasai oleh pihak Zionis di Malaysia sentiasa memaparkan berita-berita berunsur fitnah bertujuan untuk mempengaruhi rakyat… Akan tetapi syukurlah Malaysia mempunyai ramai cybertrooper yang menyebelahi pihak kerajaan dan segera menangkis fitnah-fitnah tersebut… Tanpa bantuan cybertrooper ini, kemungkinan Malaysia bakal menjadi seperti Mesir dan Libya…

Amerika dan Zionis mampu membuat pakatan dengan melakukan satu pembunuhan… Kemudian mereka segera menuduh pemimpin ini melakukan perbuatan tersebut… Apabila lepas satu… satu insiden berlaku, maka rakyat mula menaruh syak kepada pemimpin… Rakyat mula memberontak…

Selain itu, Amerika dan Zionis juga mampu mengawal harga makanan seluruh dunia… Jika mereka mahu harga makanan satu-satu negara itu dinaikkan, maka mereka akan menggerakkan jentera mereka untuk menjadikan harga makanan melambung naik hingga menaikkan kemarahan rakyat kepada pemimpin…

Kita jangan rasa selesa dengan keadaan negara kita yang aman damai… Kerana musuh di dalam dan di luar negara sentiasa mencari peluang… Musuh di dalam negara sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan musuh di luar negara pula sentiasa memberi dana kepada musuh-musuh di dalam selimut ini… Malah BERSIH 2.0 juga tak kurangnya menerima dana dari agensi yang dikuasai Amerika dan Zionis…

Ramai rakyat Malaysia yang menyokong secara semberono tindakan Amerika dan Zionis itu… Terutama sekali kalangan anjing-anjing pembangkang… Ini disebabkan kebodohan dan ketololan mereka memahami agenda sebenar… Mereka juga berharap Amerika segera menyerang Malaysia… Dahsyat sungguh, sampai sanggup mintak perang berlaku kat negara kita… Mereka langsung tidak sedar dek kerana hati sudah dibutakan dengan fahaman politik sempit… eXception pasti jika berlaku perang di Malaysia nanti, merekalah antara orang pertama yang lari lintang-pukang serta melutut merayu-rayu di kaki tentera penceroboh… Pada masa itu segala penyesalan sudah tidak ada gunanya lagi…