Pelajar Sekolah Agama Di Tumpat Lahir Anak Luar Nikah

Bayi pelajar sekolah agama masih di ICU

KOTA BHARU: Keadaan bayi lelaki yang dilahirkan seorang pelajar sebuah sekolah agama di Tumpat, baru-baru ini dilaporkan sihat tetapi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Zaid Ahmad berkata, bayi lelaki dilahirkan cukup bulan seberat tiga kilogram dalam keadaan stabil.

“Bayi berkenaan stabil namun masih memerlukan pemerhatian lanjut daripada pihak hospital.

“Bayi itu kemungkinan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secepat mungkin untuk tindakan seterusnya,” katanya, semalam.

Ditanya mengenai keadaan ibu kepada bayi terbabit, Zaid berkata, pelajar berkenaan sudah dibenarkan keluar dari hospital sejak minggu lalu selepas pemeriksaan mendapati dia tidak menghadapi masalah kesihatan.

Mengenai tindakan selanjutnya ke atas ibu muda terbabit yang juga pelajar sebuah sekolah agama, Zaid menegaskan ia terpulang kepada pihak jabatan agama untuk melakukan siasatan.

Difahamkan, minggu lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Tumpat bertindak membuka kertas siasatan kes seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di Tumpat yang melahirkan seorang bayi di tandas asrama itu.

Pegawai Agama Tumpat, Mohd Naim Ghazali, dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada pelajar berusia 18 tahun itu.

Sumber: myMetro



Apa sudah jadi… Kelantan yang diwar-warkan sebagai Serambi Mekah kini menjadi Serambi Maksiat?? Apa sudah jadi dengan kempen tutup aurat yang dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan? Adakah hanya kempen tutup aurat sahaja sudah memadai? Bagaimana kempen benteras maksiat??

Jika pelajar ini dari sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran tidaklah menghairankan sangat… Sebab ostad-ostad PAS sering mengatakan bahawa pengajaran di sekolah kebangsaan banyak berteraskan sekular… Jadi bagaimana pula dengan sekolah agama ni pulak hingga berjaya menempa nama di dada akhbar dek kerana hanya salah seorang pelajarnya melahirkan anak luar nikah…

Apakah penerapan nilai-nilai Islam tidak sampai kepada pelajar-pelajar ni? Apa ostad-ostad PAS buat?? Atau mereka hanya tau dok berceramah menghentam kerajaan BN?, tapi kelemahan pentadbiran sendiri buat-buat tak nampak… Ataupun kempen menutup aurat hanya satu propa sahaja… Cakap sahaja lebih… Habuk pun tarak…

eXception bukan mahu menghina kempen menutup aurat, malah menyokongnya 100%… Tetapi malangnya kempen yang dilakukan tidak serius… Apa gunanya kempen menutup aurat sedangkan maksiat di Kelantan berleluasa? Di Kota Bharu sebagai contoh… Sebut sahaja Jalan Hamzah… Sebut sahaja Kampung Limau Manis…

Atau PAS masih nak menuding jari kepada UMNO kononnya maksiat tersebut adalah tinggalan Kerajaan Barisan Nasional… Adakah PAS sudah lupa? PAS mentadbir Kelantan bukan setahun dua… Ataupun Kerajaan PAS Kelantan mahu mengambil jalan mudah dengan mengatakan ianya bukan salah mereka tetapi salah pelaku tersebut? Jika tiada penguatkuasaan undang-undang yang serius, mana mungkin pelaku tersebut bebas melakukan perkara terkutuk tersebut?

Satu lagi bukti bahawa kempen tutup aurat yang dilaksanakan PAS terutama di Selangor juga ibarat melepaskan batuk di tangga… Lihatlah betapa mudahnya Teo Ni Ching memberikan tazkirah dalam surau dengan pakaian yang ketat menampakkan susuk badan, dengan fesyen kain terbelah sana-sini… Seorang pun ostad PAS tak berani tegur… Bacul!!

Malah Teo Ni Ching juga bebas melakukan aktiviti senam-robik dengan pakaian yang ketat di perkarangan sebuah masjid… Sorang pun ostad PAS tak berani nak tegur… Mungkin ada yang berasa bangga…

Jelas sekali bahawa daulat undang-undang Islam yang dibawa oleh PAS hanyalah satu propaganda sahaja untuk mengaburi mata rakyat… Kerana PAS jelas sekali GAGAL membenteras maksiat di Kelantan, PAS juga gagal membenteras isu murtad dan hanya pandai menyalahkan UMNO, PAS juga gagal melaksanakan kempen menutup aurat dengan berkesan… PAS hanya tahu menyalahkan UMNO… Setiap apa yang berlaku akan dipersalahkan kepada UMNO… Tanpa mengkaji salah dan silap sendiri… Secara terburu-buru menuding jari kepada UMNO…

Persoalan sekarang, apakah perjuangan PAS yang sebenar? Menyalahkan orang lain jika berlaku sesuatu atau membenteras secara serius tanpa perlu menunggu serta menyalahkan orang lain? Ataupun perjuangan PAS sekarang tak lebih sekadar topeng? Sampai bila ianya akan terus berlaku jika PAS berterusan asyik dok berceramah menghentam BN dan UMNO, tetapi PAS sendiri GAGAL bertindak?