Suku Kaum Mah Meri Agen Yahudi??

Tinggalkan komen

Suku Kaum Mah Meri Agen Yahudi?? Biar Betik!!

Ramai kalangan bijak pandai, padahal tak bijak mana pun mengatakan corak pada duit sepuluh sen baru adalah lambang Yahudi, iaitu lambang Star of David…

Hakikatnya ianya adalah corak anyaman dari suku kaum asli Mah Meri… Adakah ini bermakna suku kaum Mah Meri adalah agen Yahudi??



Mungkin selepas ni akan keluar dalil yang mengatakan suku kaum Mah Meri merupakan agen Dajjal pulak… Kah kah kah kah kah kah!! Memang kelakar!!

eXception malas nak jelas panjang-panjang, korang ada otak korang pikir sendiri… Jika tak mampu berfikir dengan otak sendiri… Pergi jual otak tu kat kedai… Tak guna simpan otak kalo tak boleh berfikir…

Sumber:

Syiling Baru ada Logo Israel!

Duit Syiling Malaysia Siri Ke-3

Nota: eXception minta maaf kepada suku kaum asli Mah Meri, bukan niat untuk mempersendakan, tetapi ini bertujuan untuk mendidik manusia dari spesis yang suka percaya satu-satu perkara bulat-bulat tanpa menyelidik. Bagaimanapun tajuk di atas bukan satu kenyataan tetapi satu persoalan. Artikel ini bertujuan mahu membuka mata pihak-pihak yang berakal sempit supaya celik mata akan kewujudan motif ini… Maaf sekali lagi.

Advertisements

Video Bukti Polis Melanggar Peserta #Bersih3

Tinggalkan komen

Video Bukti Polis Melanggar Peserta Bersih 3.0

Di bawah ini ialah video yang memaparkan sebuah kereta polis melanggar seorang peserta Bersih 3.0 hingga menyebabkan mangsa terpelanting…

Gambar di bawah ini adalah gambar mangsa yang dilanggar oleh kereta peronda tersebut…

Mangsa bernama Su Kuang Hong, berumur 25 tahun mendakwa cuba mengelak ketika kereta peronda meluru kepadanya, tetapi tidak sempat…

Di bawah ini pula pengakuan pemandu kereta peronda Polis yang memandu kereta peronda tersebut…

Berdasarkan maklumat video di atas jelas sekali… Salah seorang peserta Bersih bertanggungjawab membaling objek kepada pemandu kereta peronda hingga menyebabkan pemandunya hilang kawalan kemudian merempuh salah seorang peserta Bersih…

Malah hanya seorang sahaja yang dirempuh dan mangsa tidak terperosok di bawah kereta… Tetapi terpelanting setelah dirempuh…

Bermakna TIDAK ADA MANGSA LAIN yang turut dirempuh dan terperosok di bawah kereta peronda…

PERSOALANNYA SEKARANG… Apa motif peserta Bersih melemparkan objek terhadap kereta peronda Polis, sedangkan anggota tersebut hanya melakukan tugas RONDAAN… Bukan MELAKUKAN TANGKAPAN…

Pengakuan Peserta Bersih: Crash victim did not blame patrol car driver