Skuad Bawah 22 Myanmar Mempunyai Penyerang Berumur 25 Tahun??

Tinggalkan komen

Skuad Bawah 22 Myanmar Mempunyai Penyerang Berumur 25 Tahun??

Agak mengejutkan apabila mendapati penyerang Myanmar, Kaung Si Thu berumur 25 tahun, sedangkan dia bermain di dalam pasukan bawah 22 tahun??

18. Kaung Si Thu
Date of Birth : 22.01.1987
Place of Birth :
Nationality : Myanmar
Position : Striker
Height : 5′ 5″
Weight : 145 lbs
Joined YUFC :
Last Club :
Goal Score :

Lihat sahaja tarikh lahir pemain ini… Tahun 1987…

Tidakkah AFC menyedari akan hal ini??

Kaung Si Thu telah berjaya membolos gawang gol pasukan bawah 22 Malaysia pada minit 34 dan 53…

Apakah ramai lagi pemain dalam Myanmar yang BUKAN BAWAH 22 TAHUN tetapi tidak disedari AFC??

Persoalan di sini ialah samaada pengurus pasukan menipu tentang umur ataupun AFC langsung tidak ambil tahu…

AFC perlu menyiasat perkara ini dan segera membatalkan kemenangan pasukan Myanmar…

Sumber: Kaung Si Thu

Advertisements

Penyu Menangis Di Rantau Orang…

Tinggalkan komen

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia

Negeri Sembilan mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia dengan mengalahkan Terengganu 2-1… Walaupun pada awalnya Terengganu mendahului Negeri Sembilan 1-0, tetapi Negeri Sembilan tetap meneruskan perjuangan mereka… Berbekalkan semangat sedia ada, walaupun perlawanan diboikot oleh kebanyakan penyokong akibat kenaikan harga tiket oleh FAM, tetapi Negeri Sembilan tidak patah semangat… Tahniah Jang!!

Walaubagaimanapun, pujian juga harus diberikan kepada penyokong Terengganu yang menerima kekalahan pasukan mereka dengan hati yang terbuka… Tidak kedengaran berlakunya rusuhan serta trak Polis dibakar oleh penyokong Terengganu, seperti mana dilakukan oleh penyokong Kelantan yang boleh dikatakan mempunyai masalah dalam ‘Anger Management’…

Apapun diharap penyokong Terengganu terus menyokong pasukan mereka pada musim akan datang… Tak perlu nak marah-marah lagi… Terimalah kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka… Adat perlawanan ada menang dan kalah…