Nelson Mandela Meninggal Dunia

Tinggalkan komen

Nelson Mandela Meninggal Dunia

Mantan Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela (gambar) meninggal dunia secara tenang di rumahnya di Johannesberg selepas menderitai penyakit jangkitan paru-paru kata Presiden Jacob Zuma dalam kenyataan secara langsung disiarkan stesen televisyen negara itu.

Mandela, 95, yang merupakan bekas presiden kulit presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan itu memimpin perlawanan terhadap dasar Apartheid dan pernah dipenjarakan selama 27 tahun.

Beliau menerima rawatan di rumahnya selepas tiga bulan terlantar di hospital.

Mandela akan dikebumikan dalam upacara negara dan bendera Afrika Selatan akan dikibarkan separuh tiang.

Advertisements

Update Keadaan Banjir Pantai Timur

Tinggalkan komen

Update Keadaan Banjir Pantai Timur

Sebenarnya aku tak tahu nak update apa, sumber maklumat pun tak boleh pakai satu sen pun… Biasanya aku bergantung kepada maklumat dari portal infobanjir JPS, portal bencana Majlis Keselamatan Negara dan portal bencana alam Jabatan Kerja Raya…

Akan tetapi portal infobanjir tidak memaparkan kemaskini terkini paras air sungai serta kadar hujan yang turun sejak 2 Disember yang lepas. Tak tahulah apa masalah dengan Jabatan Pengairan dan Saliran ni… Mungkin Pengarahnya tidur… Manakala portal bencana Majlis Keselamatan Negara pula mengalami masalah bandwidth yang tepu dan menyukarkan akses ke portal tersebut kerana terlalu lembab untuk loading. Manakala portal bencana Jabatan Kerja Raya pula, baru hari ini dapat dibuka…

Apa yang aku dapat beri di sini ialah infografik tentang keadaan banjir di Pantai Timur…