Just Ghosts & Demons…. Meanwhile In Malaysia….

Anda percaya akan kewujudan hantu serta jembalang??

Ya sebagai orang Islam memang kita tidak mempercayai hantu dan jembalang…

Yang hanya wajib kita percayai wujud ialah Iblis dan Syaitan…

Ianya sudah tertulis di dalam Al-Quran akan kewujudan dua makhluk ini…

Akan tetapi bagi masyarakat luar negara, mereka mempercayai kewujudan hantu atau jembalang…

Sebagai contoh…

Di China, mereka percaya bahawa makhluk di bawah ini ialah pontianak (vampire)…
Makhluk di bawah ini juga dikenali sebagai nama Jiangshi…
Sejenis spesis jembalang yang tidak tahu berjalan… Kerjanya melompat-lompat…
Menurut kepercayaan masyarakat di negara China, Jiangshi ini akan menyedut nyawa anda sehingga kering…

Di Romania pula mereka mempercayai makhluk di bawah ini adalah drakula (dracula)…
Sejenis spesis jembalang yang hanya keluar pada waktu malam dan takutkan matahari…
Menurut kepercayaan masyarakat di Romania… Drakula suka menghisap darah mangsanya sehingga kering…
Dipercayai kebanyakan mangsanya adalah wanita…

Manakala di Barat pula, mereka mempercayai makhluk di bawah ini ialah serigala jadian (werewolf)…
Salah satu spesis jembalang yang juga hanya keluar pada waktu malam…
Menurut kepercayaan masyarakat barat, serigala jadian ini asalnya manusia yang telah disumpah…
Apabila malam bulan mengambang (tak kira la Jumaat Kliwon ke…) manusia tersebut akan berubah menjadi serigala jadian…
Dipercayai kebanyakan mangsanya adalah wanita yang terpedaya…


Itu kepercayaan masyarakat di luar negara… Jangan fikir di Malaysia tidak ada spesis-spesis jembalang dan hantu macam di atas tadi…

Kat Malaysia juga tak kurang hebatnya… Jika kita sebut langsuir… hantu galah… hantu air… hantu raya… hantu kopek… Semua tahu… Betul tak??

Tapi spesis yang eXception nak cerita ni agak berlainan… Walaupun tingkah laku spesis ini serupa…

Di Malaysia… Rakyat mempercayai imej di bawah ialah satu spesis jembalang yang dinamakan PONTIANAK…
Kerjanya… Menghirup kekayaan dalam negeri untuk kepentingan peribadi dan kroni…
Malah spesis ini dikatakan cakapnya berbelit-belit macam ular…
Siang cakap lain… Malam cakap lain…


Manusia yang sedang bertukar kepada pontianak apabila membaca mentera tertentu…

Rakyat Malaysia juga mempercayai imej di bawah ialah salah satu lagi spesis jembalang yang dinamakan DRAKULA…
Kerjanya tak ubah macam si PONTIANAK kat atas tadi…
Menghirup kekayaan dalam negeri untuk kepentingan peribadi dan kroni…
Spesis jembalang ini bila siang nampak baik… Bila malam terserlah perangai kejembalangannya…
Malah anak bini orang juga turut menjadi mangsanya…
Spesis ini juga suka cakap berbelit-belit… Banyak berbohong…
Apabila berlaku satu-satu masalah dalam jajahannya… Dipersalahkan orang lain yang berada di luar jajahannya…


Imej wajah manusia sebelum bertukar wajah menjadi drakula…

Selain drakula dan pontianak… masih ada satu lagi spesis jembalang yang tinggal, iaitu SERIGALA JADIAN…
Serigala jadian memerlukan bulan mengambang untuk bertukar rupa…
Maka tak hairanlah jika ramai manusia yang dulunya banyak maksiat melampau bila join kumpulan serigala jadian di bawah panji-panji bulan mengambang, menjadi alim-alim kucing…
Manusia yang pada mulanya nampak alim, apabila bulang mengambang sahaja terus bertukar menjadi serigla jadian…
Maka tak hairanlah banyak kes anak dara dan bini orang menjadi mangsa kerakusan serigala jadian ni…
Spesis ini juga suka cakap berbelit-belit… Banyak berbohong… Serupa je dengan spesis kat atas tadi…
Apabila berlaku satu-satu masalah dalam jajahannya… Dipersalahkan orang lain yang berada di luar jajahannya…


Ketua puak serigala jadian sedang meneropong bulan mengambang…

Advertisements