Berapa Banyak Malaysia Pinjam Dari IMF Untuk Beri BR1M 2.0??

Tinggalkan komen

Berapa Banyak Malaysia Pinjam Dari IMF Untuk Beri BR1M 2.0??

Cybertroper Pakatan Rakyat dok mencanang kononnya Datuk Seri Najib meminjam berbillion dari International Monetary Fund (IMF) bagi memberi Bantuan Rakyat Malaysia 2.0 kepada rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja pinjaman yang dibuat juga dikatakan untuk peruntukan bantuan rebat telefon pintar dan untuk belanjawan yang dibentangkan lepas.

Jadi untuk kepastian… Mari kita check melalui IMF… Mesti IMF ada simpan maklumat jumlah pinjaman kerajaan Malaysia pada tahun 2012…

Cuba tengok pada bahagian ditandakan dalam kotak berwarna merah…

Outstanding Purchases and Loans: None
Latest Financial Arrangements: None

Ianya bermakna tidak ada sebarang pinjaman dibuat…

Malah IMF juga tidak ada mengaturkan sebarang pinjaman kepada Malaysia…

Jelas sekali cybertrooper Pakatan Rakyat hanya pandai bermain serkap jarang untuk bermain dengan persepsi rakyat…

Permohonan BR1M 2.0 Sudah Dibuka

Tinggalkan komen

Permohonan BR1M 2.0 Sudah Dibuka

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM 3000.00 sebulan, permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 sudah mula dibuka sejak semalam (1 November 2012). Bagi pemohon yang pernah memohon pada tahun lepas, anda tidak perlu lagi mengisi borang, kecuali sekiranya anda ingin mengemaskini permohonan anda disebabkan kematian ketua keluarga, perceraian atau hal yang lain.

Borang rasmi Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 boleh dimuat turun di sini: Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0

Sekiranya terasa malas nak memegang pen, dan menghantar borang ke LHDN… Tak perlu susahkan diri anda… Boleh isi secara online di sini: Permohonan Online Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0

Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah:

Isi rumah yang layak (RM500):

  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan
    jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
    Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang
    sama).
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953
    dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Individu yang layak (RM250):

  • Warganegara Malaysia;
  • Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun
    dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
    bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

#Bajet2013 – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia Diteruskan

Tinggalkan komen

Bajet 2013 – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia Diteruskan

Berita gembira kepada rakyat Malaysia khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.

Kumpulan sasaran ialah ketua keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 3000.00 sebulan ke bawah dan individu bujang yang mempunyai pendapatan tidak lebih dari RM 2000.00 sebulan. Bantuan RM 500.00 akan diberikan kepada ketua keluarga yang layak, manakala RM 250.00 untuk individu bujang yang layak.

Kerajaan Barisan Nasional akan memperuntukkan sebanyak RM 3 bilion bagi pemberian BR1M kali kedua ini. Penerima BR1M yang pernah menerimanya sebelum ini tidak perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala permohonan baru boleh mendaftar bermula bulan November 2012 nanti secara online atau melalui kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara.

Diharap dengan pemberian kali kedua BR1M ini dapat meringankan sedikit beban rakyat Malaysia yang berada di dalam kategori seperti yang disebutkan di atas. Sekalung terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Hj Najib Razak atas pemberian ini.

Untuk melihat kandungan initpati Bajet 2013 petang tadi boleh lihat di sini

Jelajah #JanjiDitepati Kini Di Selangor!!

Tinggalkan komen

Siri Jelajah Janji Ditepati Kini Akan Berada Selangor!!

Siri program Jelajah Janji Ditepati kini akan berada di Selangor pada 8 Julai nanti… Ayuh datang beramai-ramai… Lokasi program jelajah ini akan diadakan di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan…

Banyak program-program menarik menanti anda di sana… Untuk mengetahui lokasinya, sila rujuk peta di bawah ini…

@PapaGomo Tumbuk Blogger @Aku_Peduli_Apa?? Apa Kes??

Ulasan Dimatikan pada @PapaGomo Tumbuk Blogger @Aku_Peduli_Apa?? Apa Kes??

Papa Gomo Berselisih Faham Dengan Blogger Aku Peduli Apa??

Blogger Aku Peduli Apa (Azmi) bersama Blogger Umno Reform (Anuar Mohd Nor)
Blogger Aku Peduli Apa (Azmi) bersama Blogger Umno Reform (Anuar Mohd Nor)

eXception nak bantai gelak berguling-guling bila membaca artikel tahap longkang Amenoworld yang mendakwa Papa Gomo tumbuk Azmi (Aku Peduli Apa)… Tak tahulah mana dia dapat cerita ni… Mungkin dia dapat cerita ni dari longkang kot??

Whatever… Samaada Papa Gomo nak tumbuk ke… Nak lempang ke si Azmi ni… eXception pedulik hape!! Yang Amenoworld dok sibuk jaga tepi kain orang pehal?? Mungkin hang nak merasa tumbukan eXception tepat kat ulu hati tu?? Biar rasa senak tak hilang selama seminggu…

eXception sebenarnya malas nak mengulas pasal blogger Aku Peduli Apa ni… Sebab Papa Gomo sendiri pernah cakap kat eXception yang blogger APA ni gila… Mau tak gilanya… eXception tau taulah dia ni kat sebelah pihak mana… PR dia hentam… BN pun dia hentam… Malah dendam dia kat Tun Abdullah Ahmad Badawi masih belum padam-padam… Kadang-kadang bila baca artikel dalam blog dia… Seolah-olah macam tulisan seorang blogger yang tengah mengalami sindrom MEROYAN…

Biasa meroyan ni kena kat wanita lepas melahirkan anak… Tetapi ni kena kat jantan plak… Sindrom ni akan membuatkan pesakit meracau-racau tak tentu hala… Apa yang dia cakap pun kita tak faham… Dia sorang sahaja yang faham…

Pernah ada satu artikel yang blogger APA ni dok meroyan pasal tak dapat bantuan BR1M… Habis semua dihentamnya… Datuk Seri Najib pun turut sama kena tempias… Walhal… dia yang gagal uruskan sendiri hal ehwal permohonan BR1M dan menyerahkan 100% kepada BININYA… eXception bantai balik dalam ruangan komen menggunakan nama Anonymous… Lepas tu terus dia block Anonymous Comment dalam blog dia dan padam komen tersebut… Keh keh keh keh…

Blogger APA ni akan senyap bila dapat duit… Bila tak dapat dia akan meroyan tak habis-habis… Semua dikutuknya… Hatta ayam dengan itik pun dia maki… Memang padan la gelaran yang Papa Gomo berikan… Blogger Gila…

Kepada Blogger APA, diharap anda tidak tersinggung dengan artikel ini… Hospital Putrajaya dekat jer… Boleh try check otak tu… Mana tau ada fius yang terbakar… Hospital Serdang pun dekat… Jika nak duit… Tak payah jadi blogger… Jadi balaci Anwar Ibrahim laa… Macam Amenoworld…

Nota: Boss UMB… Teruskanlah sindrom penafian anda… Ramai blogger dah tahu…

Penyampaian Baucer BR1M Putrajaya

Tinggalkan komen

Sekitar Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Hari ini eXception telah menghadiri Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mana baucar tersebut di sampaikan oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen Putrajaya…

Seawal jam 10 pagi keadaan Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya sudah mula dipenuhi oleh penerima bantuan berserta keluarga masing-masing. Lihat sahaja gambar di bawah… (Maaf kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana eXception cuma menggunakan kamera pada telefon bimbit)

Setelah selesai ucapan perasmian dari Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, maka bermulalah majlis penyampaian baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia…

Mereka yang menerima baucar ada yang sanggup beratur panjang untuk menebusnya dengan wang tunai… Malah ada yang bersabar dan menanti keesokan hari untuk menebusnya di bank.

Menurut Encik Amir Onn Bin Hj Mustapha, yang merupakan wakil dari Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, baucar ini boleh ditebus di mana-mana 3 bank di dalam Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank dan Maybank… Tarikh tamat tempoh penebusan baucar BR1M ini ialah pada 15 April 2012…

Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya meringankan sedikit beban rakyat Malaysia walaupun pemberian ini cuma sekali…

Bagi mereka yang gagal, peluang masih terbuka untuk anda membuat rayuan… Tarikh tamat rayuan BR1M ialah pada 15 Mac 2012… Anda boleh muat turun borang asli BR1M di sini: Borang Rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Kredit: Terima kasih kepada UMNO Bahagian Putrajaya yang sudi menjemput eXception ke majlis tersebut.

BR1M: Hotline Kerap Sibuk. Emel Tidak Berjawab. Apa Sudah Jadi?

1 Komen

BR1M: Talian Hotline Sentiasa Sibuk. Emel Tidak Berjawab. Apa Sudah Jadi?

Ramai yang dok bising sebab tak dapat nak ketahui status permohonan BR1M mereka samaada berjaya atau tidak.

Seolah-olah susah sangat nak tahu status diorang…

Dail talian hotline BR1M, sentiasa sibuk… Ramai yang merungut…

Malah emel juga langsung tidak berjawab…

Apa punya mekanisma BR1M ni?? Macam ni ke cara nak bantu rakyat??

Perdana Menteri lantik korang uruskan BR1M bukan untuk suka-suka…

Spesis macam ni la yang banyak merosakkan nama baik kakitangan kerajaan…

Mengapa Kemeterian Kewangan tidak mengambil inisiatif membuat sistem semakan online?

Semakan terus di dalam talian boleh dikatakan langsung tidak membantu…

Hanya talian 1-800-222-500 sahaja berjawab… Manakala talian 1-300-88-3010 langsung tak berfungsi…

Talian 1-800-222-500 yang jawab pun hanya mesin sahaja… Jawapan tetap sama dari jam 9.00 pagi sampai jam 5.00 petang…

All line are busy… Please try later…

Ini zaman IT… Bukan zaman batu… Ambil la inisiatif sikit buat sistem semakan online…

JPN boleh buat sistem semakan permohonan kad pengenalan online…

SPR boleh buat sistem semakan daftar pemilih online…

JPJ boleh buat sistem semakan saman online…

Mengapa Kementerian Kewangan tak boleh??

Apa guna lantik begitu ramai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di dalam Kementerian jika tak mampu membina sistem sebegitu??

Bagi yang gagal dalam permohonan BR1M, anda masih boleh membuat rayuan…

Sila muat turun borang ini: Borang Rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Older Entries