Pendedahan Eksklusif: Benarkah Dinar Emas Kelantan Tak Laku??

Ini bukan telahan yang dibuat oleh eXception sendiri tetapi pendedahan yang dibuat oleh saudara Rahim Rahman di dalam Nadi Rakyat. Beliau mendakwa pernah cuba membawa dinar emas ke sebuah pajak di Kuala Lumpur, tetapi taukeh pajak gadai mendakwa dinar emas itu tidak laku, kerana ianya bukan emas tulen tetapi hanyalah campuran besi dan tembaga kemudian disadur dengan emas.

Dakwaan yang dibuat oleh saudara Rahim Rahman itu perlu disiasat dengan teliti kebenarannya, jika ianya ternyata benar, maka rakyat Kelantan yang membeli dinar emas ini telah ditipu hidup-hidup oleh seorang Ulamak kerana menjual dinar emas yang hakikatnya nilainya jauh lebih rendah dari nilai semasa membelinya.

Setelah diselidik dengan saudara Rahim Rahman, barulah eXception faham bahawa Dinar Emas Kelantan ini hanyalah propa sahaja, ianya sama sahaja dengan wang syiling kita, yang mana wang syiling kita hanya laku dalam Malaysia, manakala Dinar Emas Kelantan ini hanya laku dalam Negeri Kelantan sahaja, kerana nilainya bergantung kepada sijil perakuan nilainya sahaja. Bermakna jika ada sijil perakuan tersebut, maka lakulah Dinar Emas Kelantan ini, tetapi hanya dalam Kelantan sahaja.

Ianya bukanlah emas 917 seperti yang tercetak pada Dinar Emas di atas. Kerana seperti didakwa oleh saudara Rahim Rahman, dinar emas tersebut bukanlah 100% emas, tetapi campuran besi dan tembaga yang disadur emas sahaja. Ianya tidak sama dengan syiling Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara yang mana syiling Kijang Emas adalah diperbuat dari emas dan ianya laku di mana sahaja di serata dunia, kerana ianya adalah emas tulen. Saudara Rahim Rahman dakwa lagi kandungan 917 emas pada Dinar Emas Kelantan hanyalah kandungan saduran emas sahaja.

Andai satu hari nanti Kerajaan PAS Kelantan tumbang dalam PRU, maka Dinar Emas Kelantan yang disimpan oleh rakyat Kelantan sudah tidak sah diperlakukan lagi kerana kerajaan negeri yang baru tidak akan memperakui nilainya kerana ianya bukanlah diperbuat oleh emas seperti didakwa saudara Rahim Rahman. Maka rakyat Kelantan tidak akan dapat menjual atau menggadai Dinar Emas Kelantan ini kerana nilainya hanya ditentukan oleh Kerajaan sekarang, walaupun ianya bukan emas tulen. Itupun selagi ada rizab simpanan emas sebagai jaminan dinar, jika kerajaan terdahulu tidak menggelapkannya, Itu yang dikatakan saudara Rahim Rahman.

Malah saudara Rahim Rahman juga mendakwa nilai Dinar Emas Kelantan ini tidak sah diperlakukan di mana-mana bank di Kelantan, kecuali di premis-premis perniagaan yang mempunyai aku janji dengan Kerajaan PAS Kelantan supaya menerima dinar emas ini seperti Ringgit Malaysia. Malah dakwa saudara Rahim Rahman lagi, Husam Musa juga telah mengumumkan beberapa pajak gadai di Kelantan (kawasan bandar sahaja) supaya boleh menerima dan memperakui sah nilai Dinar Emas Kelantan ini setaraf nilai yang tercatat dalam sijil. Pajak-pajak gadai yang tidak mempunyai aku janji dengan Kerajaan PAS Kelantan tidak memperakui dinar emas ini.

Untuk rujukan pengunjung sekelian berkenaan kenyataan saudara Rahim Rahman, anda boleh melihat ke dalam page ini: Rahim Rahman’s Photos – Wall Photos

Nota: Segala kenyataan adalah berdasarkan dakwaan saudara Rahim Rahman, eXception hanya mendedahkan untuk mencari kebenaran.