Panas!! Mengapa Ceramah Ustaz Azhar Idrus Dibatalkan??

11 Komen

Panas!! Mengapa Ceramah Ustaz Azhar Idrus Dibatalkan??

Memang panas!! Banyak blog-blog dan media elektronik tanpa segan dan silu mengunyah fitnah yang dilemparkan mentah-mentah… Tanpa memikirkan apa yang dikunyahnya itu adalah dari bahan yang HARAM atau HALAL… Apabila sudah ditelan dan baru mengetahui bahawa bahan yang ditelannya itu berunsur HARAM barulah dok terpekik terlolong salahkan kerajaan… Kebodohan mereka tidak mahu menyelidik sesuatu berita disampaikan kemudian menyalahkan orang lain tidak menyampaikan cerita yang betul kepada mereka sememangnya sudah dijangka… Apa lagi dengan mentaliti kelas keempat rakyat Malaysia terutama sekali di kalangan kebanyakan orang melayu… Lebih-lebih lagi remaja… Kalangan remaja melayu majoriti mempunyai mentaliti kelas rendah… Mereka menelan sahaja apa disuap tanpa mempedulikan yang disuap itu tahi atau nasi…

Maka begitulah ceriteranya hikayat sang Anak Sungai Derhaka yang beriya-iya dok menyebar agenda kununnya ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dikatakan diadakan di PICC DIBATALKAN… Ramai blogger Pro BN mengatakan ceramah Ust Azhar Idrus di pindahkan ke Puchong… Tapi eXception mempunyai pendapat lain…

Pertama… Sewaktu kebanyakan aktiviti kerohanian dilakukan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, mengapa hanya ceramah Ust Azhar Idrus diadakan di PICC?? Apa istimewanya Ustaz Azhar Idrus ini sampai dapat buat ceramah kat PICC, adakah Masjid Sultan Mizan tak mampu menampung jemaah?? Kecik sangat ke Masjid Sultan Mizan ni? Mengapa Kuliah Maghrib perlu diadakan di PICC bukan di masjid?? Ini yang menjadi PERSOALAN… Soal poster, itu boleh direka-reka oleh totok PR… Siapa tak kenal dengan totok PR… Kaki fitnah nombor WAHID!! Dah banyak kali kantoi fitnah… Masih tak serik…

Kedua… Jika hendak dikatakan bahawa ceramah ini dibatalkan pada saat-saat akhir, ianya tidak ada langsung dalam agenda Himpunan Sejuta Belia 2012… Malah dalam laman web Hari Belia Negara di dalam segmen Modal Insan tidak ada dimasukkan ceramah Ustaz Azhar Idrus… Malah segmen ini tidak pernah dipinda sejak 21 Mei 2012… Boleh lihat di bahagian bawah laman web Hari Belia di segmen tersebut di mana tercatat: Last Updated on Monday, 21 May 2012 09:34

Ketiga… Dikatakan PICC memberikan tempat untuk World Youth Jazz Festival mengadakan acara. Tetapi hakikatnya acara World Youth Jazz Festival adalah bertempat di Dataran Gemilang, Putrajaya BUKAN di PICC seperti yang dihikayatkan oleh Anak Sungai Derhaka…

Keempat… Dikatakan PICC memberikan tempat untuk konsert K-POP. Tetapi hakikatnya konsert K-POP tidak diadakan di dalam PICC, tetapi di pentas utama (antara NRE dan Istana Kehakiman) pada 25 dan 26 Mei… Ianya tidaklah seperti yang dihikayatkan oleh Anak Sungai Derhaka…

Kelima… Banyak segmen berbentuk KEROHANIAN dan KEISLAMAN dianjurkan… Tetapi satu pun TAK DIHIKAYATKAN OLEH ANAK SUNGAI DERHAKA… MENGAPA?? Antara segmen atau program berbentuk kerohanian dan ke Islaman termasuklah…

– PERTANDINGAN AMAL ISLAMI – KATEGORI MARHABAN
– PERTANDINGAN AMAL ISLAMI – TILAWAH AL-QURAN
– PROGRAM SUBUH BERSAMA PENDAKWAH MUDA
– PERSEMBAHAN NASYID
– PERTANDINGAN AMAL ISLAMI – KATEGORI HAFAZAN AL-QURAN
– PROGRAM TADARRUS AL-QURAN
– KURSUS PERKAHWINAN
– MAJLIS TAHLIL DOA SELAMAT HARI BELIA NEGARA/TAHLIL
– DOA SELAMAT/KHUTBAH & SOLAT JUMAAT/SOLAT HAJAT
– PERTANDINGAN AMAL ISLAMI AKHIR – NASYID
– SIARAN LANGSUNG AL-KULIYAH

Keenam… Totok PAS mengatakan program-program Hari Belia Negara banyak berunsur maksiat… Program manakah yang berunsur maksiat?? Adakah Hari Belia Negara ada menganjurkan Konsert Karburetor Dung yang menayangkan buntut?? Adakah Hari Belia Negara menayangkan klip video seks Anwar Ibrahim dan aksi Duduk & Kulum Azmin Ali?? Adakah Hari Belia Negara tidak menyediakan china doll yang gebu-gebu untuk Anwar?? Atau mungkin disebabkan banyak bilik hotel yang penuh dibooking menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat tak boleh melakukan kaunseling bersama isteri orang pada jam 3 pagi? Atau adakah ianya disebabkan bilik hotel 121 telah dibooking oleh pelanggan menyebabkan Abang Mat Sabu tak dapat jual ubat kuat??

Ketujuh… Jika hendak mengatakan program Hari Belia Negara banyak maksiat, bagaimana dengan perlawanan bola sepak yang melibat aksi penyokong Kelantan??

Kelapan… Jika hendak mengatakan penganjuran Himpunan Jutaan Belia adalah MAKSIAT… Mana lebih MAKSIAT antara Putrajaya dengan Kota Bharu?? Siapa tak kenal gelaran baru Kelantan… SERAMBI MAKSIAT?? Pusat pelacuran terkenal ialah Kg Limau Manis dan Jalan Hamzah…

Nota: eXception tidak hairan sangat dengan mentaliti anak muda melayu zaman sekarang… Zaman manusia malas membaca… Zaman manusia malas nak mencari maklumat… Hanya menanti maklumat disuap terus ke dalam mulut… Lantak korang la…

Sumber:

Segmen Modal Insan HBN 2012

World Youth Jazz Festival

Jadual Acara HBN 23 Mei 2013

Jadual Acara HBN 24 Mei 2013

Jadual Acara HBN 25 Mei 2013

Jadual Acara HBN 26 Mei 2013

Jadual Acara HBN 27 Mei 2013

Lahir Anak Luar Nikah Hasil Tarbiyah Ularmak PAS

Tinggalkan komen

Pelajar Sekolah Agama Di Tumpat Lahir Anak Luar Nikah

Bayi pelajar sekolah agama masih di ICU

KOTA BHARU: Keadaan bayi lelaki yang dilahirkan seorang pelajar sebuah sekolah agama di Tumpat, baru-baru ini dilaporkan sihat tetapi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Zaid Ahmad berkata, bayi lelaki dilahirkan cukup bulan seberat tiga kilogram dalam keadaan stabil.

“Bayi berkenaan stabil namun masih memerlukan pemerhatian lanjut daripada pihak hospital.

“Bayi itu kemungkinan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secepat mungkin untuk tindakan seterusnya,” katanya, semalam.

Ditanya mengenai keadaan ibu kepada bayi terbabit, Zaid berkata, pelajar berkenaan sudah dibenarkan keluar dari hospital sejak minggu lalu selepas pemeriksaan mendapati dia tidak menghadapi masalah kesihatan.

Mengenai tindakan selanjutnya ke atas ibu muda terbabit yang juga pelajar sebuah sekolah agama, Zaid menegaskan ia terpulang kepada pihak jabatan agama untuk melakukan siasatan.

Difahamkan, minggu lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Tumpat bertindak membuka kertas siasatan kes seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di Tumpat yang melahirkan seorang bayi di tandas asrama itu.

Pegawai Agama Tumpat, Mohd Naim Ghazali, dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada pelajar berusia 18 tahun itu.

Sumber: myMetro



Apa sudah jadi… Kelantan yang diwar-warkan sebagai Serambi Mekah kini menjadi Serambi Maksiat?? Apa sudah jadi dengan kempen tutup aurat yang dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan? Adakah hanya kempen tutup aurat sahaja sudah memadai? Bagaimana kempen benteras maksiat??

Jika pelajar ini dari sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran tidaklah menghairankan sangat… Sebab ostad-ostad PAS sering mengatakan bahawa pengajaran di sekolah kebangsaan banyak berteraskan sekular… Jadi bagaimana pula dengan sekolah agama ni pulak hingga berjaya menempa nama di dada akhbar dek kerana hanya salah seorang pelajarnya melahirkan anak luar nikah…

Apakah penerapan nilai-nilai Islam tidak sampai kepada pelajar-pelajar ni? Apa ostad-ostad PAS buat?? Atau mereka hanya tau dok berceramah menghentam kerajaan BN?, tapi kelemahan pentadbiran sendiri buat-buat tak nampak… Ataupun kempen menutup aurat hanya satu propa sahaja… Cakap sahaja lebih… Habuk pun tarak…

eXception bukan mahu menghina kempen menutup aurat, malah menyokongnya 100%… Tetapi malangnya kempen yang dilakukan tidak serius… Apa gunanya kempen menutup aurat sedangkan maksiat di Kelantan berleluasa? Di Kota Bharu sebagai contoh… Sebut sahaja Jalan Hamzah… Sebut sahaja Kampung Limau Manis…

Atau PAS masih nak menuding jari kepada UMNO kononnya maksiat tersebut adalah tinggalan Kerajaan Barisan Nasional… Adakah PAS sudah lupa? PAS mentadbir Kelantan bukan setahun dua… Ataupun Kerajaan PAS Kelantan mahu mengambil jalan mudah dengan mengatakan ianya bukan salah mereka tetapi salah pelaku tersebut? Jika tiada penguatkuasaan undang-undang yang serius, mana mungkin pelaku tersebut bebas melakukan perkara terkutuk tersebut?

Satu lagi bukti bahawa kempen tutup aurat yang dilaksanakan PAS terutama di Selangor juga ibarat melepaskan batuk di tangga… Lihatlah betapa mudahnya Teo Ni Ching memberikan tazkirah dalam surau dengan pakaian yang ketat menampakkan susuk badan, dengan fesyen kain terbelah sana-sini… Seorang pun ostad PAS tak berani tegur… Bacul!!

Malah Teo Ni Ching juga bebas melakukan aktiviti senam-robik dengan pakaian yang ketat di perkarangan sebuah masjid… Sorang pun ostad PAS tak berani nak tegur… Mungkin ada yang berasa bangga…

Jelas sekali bahawa daulat undang-undang Islam yang dibawa oleh PAS hanyalah satu propaganda sahaja untuk mengaburi mata rakyat… Kerana PAS jelas sekali GAGAL membenteras maksiat di Kelantan, PAS juga gagal membenteras isu murtad dan hanya pandai menyalahkan UMNO, PAS juga gagal melaksanakan kempen menutup aurat dengan berkesan… PAS hanya tahu menyalahkan UMNO… Setiap apa yang berlaku akan dipersalahkan kepada UMNO… Tanpa mengkaji salah dan silap sendiri… Secara terburu-buru menuding jari kepada UMNO…

Persoalan sekarang, apakah perjuangan PAS yang sebenar? Menyalahkan orang lain jika berlaku sesuatu atau membenteras secara serius tanpa perlu menunggu serta menyalahkan orang lain? Ataupun perjuangan PAS sekarang tak lebih sekadar topeng? Sampai bila ianya akan terus berlaku jika PAS berterusan asyik dok berceramah menghentam BN dan UMNO, tetapi PAS sendiri GAGAL bertindak?