Ustaz Khawarij PAS Kuat Fitnah. Macam Tok Garu Dia Jugak

Aku terbaca artikel yang ditulis di dalam blog Pisau: Ustaz Khawarij PAS Pembohong Fitnah, berkenaan artikel fitnah di di dalam blog Ustaz Saiful Bahri, totok khawarij PAS yang kuat memfitnah kerajaan dengan mengatakan berlaku kenaikan harga minyak bulan September yang lepas.

Aku tak hairan sangat, walaupun bergelar USTAZ tapi mulut memang tahap longkang tak tersumbat… Busuk!! Sepatutnya orang yang bergelar ustaz ni menunjukkan teladan yang baik, menasihati orang lain supaya tidak membuat fitnah… Tapi totok PAS ni… Walaupun ada title Ustaz, dia menggunakan title tersebut untuk menyebarkan fitnah… Sila baca artikel di dalam blog khawarij PAS ni: Minyak naik lagi! BN pencekik dalam senyap. Kita ada hanya 2 pilihan!

Ini adalah antara kenyataan di dalam blog khawarij PAS ni:


Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini. Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.

Semua tahu bahawa kenaikan harga minyak telah diumumkan pada Julai yang lepas. Tetapi khawarij PAS ni mengambil kesempatan menyebarkan fitnah mengatakan kenaikan harga minyak berlaku dalam senyap semasa isu pembunuhan Datuk Sosilawati sedang hangat di perkatakan.

Aku percaya, fitnah ni disebarkan supaya rakyat mengalihkan perhatian dari isu pembunuhan Datuk Sosilawati kepada isu kenaikan harga minyak yang kononnya berlaku pada bulan Ramadhan lepas…

Banyak komen yang mengutuk kenyataan fitnah yang dibuat oleh khawarij PAS ni langsung tidak dijawab bagi menjelaskan cerita yang disampaikan itu adalah benar… Nampak sangat khawarij PAS ni suka baling batu sembunyi tangan…

Advertisements