Khalid Gagap Ibarat Masuk Bakul Angkat Sendiri

Tinggalkan komen

Khalid Gagap Puji PBT Selangor Melangit… Sampah Menggunung…

Khalid Gagap puji PBT Selangor melangit… Tapi tak sedar sampah di Selangor dah tinggi menggunung… Apa pasal Khalid? Mau cover lagi ka?? Hang gebang dalam Harakah pun tak guna jugak… Hang boleh tipu dalam Harakah… Hang boleh tipu rakyat negeri lain… Tidak rakyat negeri Selangor… Tidak sama sekali…

Hang gebang la macam mana sekalipun Khalid… Realitinya… Tengok aje lah kat bawah ni… Ni bukan kat Pahang… Bukan kat Johor… Bukan kat Perak… Tapi kat Selangor… Wak lu la Khalid!!

Jika eXception nak bagi star rating kat PBT Selangor ni… eXception akan bagi….

Nah hambik bintang tiga…

Sumber: Haramjadah Daily: Selangor yang terbaik – Sistem Star Rating

DAP campur tangan dalam operasi PBT di Selangor?

Tinggalkan komen


Oleh Teruna Kelana

Peristiwa ini diberitahu oleh seorang rakan rapat dan berlaku beberapa bulan lepas. Katnya, ini sudah jadi satu perkara lumrah di negeri Selangor sejak Majlis Perbandaran Tempatan (MPT) di bawah kuasa Ronnie Liu.

Majlis Perbandaran Subang sedang menjalankan tugas untuk menyerbu masuk sebuah kedai kerana ada laporan komplen dari orang ramai. Apabila mereka ingin masuk kedai, peniaga itu enggan membenarkan orang-orang Majlis masuk. Mereka tidak peduli dan menghormati lamgsung kuasa pihak penguatkuasa.

Pada masa itu berlakulah pertikaman lidah antara pihak penguatkuasa dengan tuan punya kedai tersebut. Tiba-tiba muncul Wakil Parlimen Puchong, Gobind Singh Deol. Nampaknya ada sorang dalam kedai telah menalipon MP mereka.

Sampai saja di situ, dia terus mengarahkan pihak penguatkausa supaya jangan lakukan apa-apa kerana dia akan menalipon YDP. Selesai saja dia talipon, dia terus kata, “Awak boleh balik. Business as usual.”

Tak lama kemudian pihak penguatkuasa mendapat arahan untuk pulang. Terang-terang dikhalayak ramai ahli politik telah masuk campur dalam urusan kerajaan tempatan. Inilah MPT di bawah pentadbiran Ronnie Liu.

Sepatutnya penguatkuasa dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka. Kedai itu akan ditutup sementara untuk urusan pemeriksaan dan jika tidak ada apa-apa masaalah, mereka boleh membuka perniagaan kemudian atau keesokkan hari.

Sudahlah pihak penguatkuasa tidak menjalankan tugas, rungutan orang ramai akan terbiar tidak diambil tindakan. Kenapa Gobind hanya pentingkan pekedai saja? Jeng jeng jeng …

Petikan dari blog: The Unspinners

DAP salah guna kuasa takpe, jangan BN. Kalo BN salah guna kuasa, diorang arak satu kampung, jaja satu kampung…

Ahli MPPP dari PKR didakwa salahguna kuasa

Tinggalkan komen

Belumpun reda kemelut antara DAP dengan PKR berhubung isu pelucutan jawatan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Johari Kassim dari PKR, kini timbul pula dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.

Dakwaan itu dibuat oleh ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP berkaitan cubaan ahli majlis berkenaan membatalkan arahan berhenti kerja yang dikeluarkan MPPP terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan di kawasan Jelutong.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, beliau mendakwa ahli majlis itu berusaha melobi supaya perintah berhenti kerja itu ditarik balik bagi membolehkan pemaju meneruskan kerja pembinaan kondominium berkenaan, lapor Bernama.

Katanya, ahli majlis itu juga dikatakan bertindak mendesak pegawai-pegawai MPPP untuk membentang semula arahan berkenaan supaya ia boleh dikaji semula dan ditarik balik.

“Saya berpendapat ahli majlis berkenaan tidak mematuhi etika prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus kerana bertindak seperti ‘koboi’ dengan melobi serta mendesak bagi menyebelahi kepentingan pihak pemaju.

“Sepatutnya dia (ahli majlis) hanya boleh membawa sebarang usul secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan membuat tekanan atau desakan seperti itu,” katanya.

Menurut Jeff, perintah berhenti kerja itu dikeluarkan oleh MPPP pada 26 Jun lalu selepas pemaju projek berkenaan didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa menjalankan pembinaan.

Beliau mendakwa telah menerima banyak aduan dari penduduk di sekitar tapak projek pembinaan empat blok kondominium mewah itu yang menjalankan kerja melepasi had masa jam 6 petang tanpa kebenaran MPPP, pembuangan saki baki konkrit ke dalam parit berhampiran serta pembakaran terbuka.

Dakwaan akan disiasat

Katanya, beliau membuat aduan berhubung perkara berkenaan kepada MPPP, yang kemudiannya mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan perintah berhenti kerja itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas Negeri, Chow Kon Yeow ketika dihubungi berkata, beliau ada menerima

aduan mengenai tindakan ahli majlis itu daripada Jeff Ooi dan telah memanjangkan surat berkenaan kepada Yang Dipertua MPPP, Tan Cheng Chui untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, Tan tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut berkaitan perkara itu.

Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi pula berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu dan akan menyiasatnya.

“Apa yang buat saya marah dan kecewa selepas perintah itu dikeluarkan, ahli majlis berkenaan telah berjumpa dengan pegawai MPPP pada 26 dan 29 Jun lepas bagi mendesak supaya tarik balik arahan tersebut,” katanya yang enggan mendedahkan identiti ahli majlis terbabit.

Jeff berkata cubaan ahli majlis berkenaan seolah-olah menggadaikan kepentingan dan kesejahteraan hidup pengundi di kawasannya serta ia juga akan mengugat keyakinan rakyat terhadap gabungan pembangkang.

“Cara dia akan buat rakyat hilang kepercayaan kepada kita (kerajaan gabungan) dan atas sebab itu, saya telah hantar surat kepada kerajaan negeri berhubung tindakannya itu supaya satu siasatan dalaman dijalankan ke atas ahli majlis tersebut,” katanya. Sumber: Malaysiakini

Seperti biasa, satu demi satu pendedahan tentang kes rasuah Pakatan Rakyat didedahkan. Dan pastinya Anwar aan terus dengan flip-flopnya dengan mengatakan ianya cuma mainan media oleh puak-puak UMNO. Malah pasti ada dikalangan Pakatan Rakyat mengatakan UMNO sengaja guna SPRM untuk kenakan mereka. Tepuk dada tanya selera. Aku dah bosan dengan satu demi satu pembohongan oleh Pakatan Rakyat. Malah rakyat Malaysia pun semakin hari semakin menyampah dengan sandiwara Pakatan Rakyat. Cuma penyokong-penyokong mereka je percaya bulat-bulat dengan menadah air kencing pemimpin mereka dengan mulut dan menelannya dengan penuh nikmat.