Kerajaan Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

“Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Lim berkata walaupun kerajaan negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.

Lim bagaimanapun, tidak menyatakan kos untuk mengambil alih tanah itu.

Beliau berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu.

Bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka itu.

Sumber: Malaysiakini

Kesian penduduk Kampung Buah Pala, harapkan pagar, pagar makan padi. Nampaknya Khalifah Lim Guan Eng cuba lepas tangan dan mahu serahkan bulat-bulat isu Kampung Buah Pala ini kepada Kerajaan Persekutuan. Apa punya Ketua Menteri dah. Tak boleh pakai langsung. Satu sen pun tak guna. Harap cakap dan menipu je banyak, tapi habuk pun takde. Inilah dia contoh pemimpin yang tak boleh diharap sama sekali. Sepatutnya Lim Guan Eng wajib menyelesaikan sendiri isu Kampung Buah Pala ini tanpa meminta bantuan Kerajaan Persekutuan. Mintak tolong kat Anwar ke. Oh ya lupa pulak, Anwar pun dua kali lima je dengan Lim Guan Eng. Semua kaki kelentong. Harap kokok je berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi. Apa nak jadi tak tahulah. Apapun aku harap Datuk Seri Najib tidak melayan permintaan Lim Guan Eng, jangan kita campuri urusan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya lebih berkebajikan dari Kerajaan Persekutuan. Biar mereka uruskan sendiri dan biar rakyat tengok sendiri kemampuan atau kemampusan Kerajaan Pakatan Rakyat yang mereka bangga-banggakan sangat.